30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 2)

30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 2) l Ramai yang rasa bersahur ni tak berapa penting. Masak pun ala kadar je. Ada yang bersahur dengan makan meggi dan tak kurang pulak bersahur dengan air kosong. Seelok-eloknya bersahurlah dengan memakan makanan yang berkhasiat supaya mendapat tenaga yang cukup untuk meneruskan puasa pada keesokan hari.

Kalau masih tercari-cari lagi resepi atau menu untuk bersahur, dibawah ada disediakan lagi 10 resepi bahagian kedua 30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan. Selamat mencuba!


HARI KE SEBELAS : KERABU TAUGEH DENGAN KERANG

Bahan-bahan :
- 2 cawan taugeh
- 5 batang kacang botor
- 1 biji bawang besar - boleh kurangkan
- 1 biji cili merah - boleh tambah
- 1/2 cawan udang kering
- 1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah jus limau nipis secukupnya
- sedikit belacan
- kerisik secukupnya
- garam dan gula secukup rasa ** boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi .
.
Cara-cara memasak: 

1. Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja . Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu 
2. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya. 
3. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.



HARI KEDUA BELAS : IKAN SINGGANG TERENGGANU

Bahan-bahan: 
( untuk 2/3 orang makan )
- 2-4 potong ikan tongkol/kembung/aya 
(ikan lain pun boleh juga)
- 1 cm lengkuas
- 1 cm kunyit hidup
- 3-4 ulas bawang putih
- 2-3 bawang merah
- 3 keping asam keping
- garam secukup rasa
- bendi ( rebus asing dulu )
- serbuk kunyit sikit
- cili padi ikut citarasa
- ajinomoto secukup rasa
- Air ( agak-agak kalau suka kuah banyak, lebihkan airnya)

Cara-cara memasak :
1. Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga hampir mendidih.
2. Kemudian, masukkan semua bahan - lengkuas, kunyit hidup, bawang merah + putih yang telah dihiris , asam keping, garam dan serbuk kunyit ke dalam periuk tadi.
3. Masuk ikan & rebus sehingga ikan betul-betul masak, seterusnya cili padi & bendi ke dalam periuk. 




HARI KETIGA BELAS : MEE GORENG

Bahan-bahan :
- 1 bungkus mee kuning
- isi ayam - dipotong dadu
- 1 mangkuk udang - saiz ikut suka
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 2 sudu makan kicap pekat masin
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 2 pokok sawi - dipotong 1 inci

Bahan tumbuk lumat:
- 4 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar

Cara-cara memasak:
1.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga terbit minyak dan wangi.
3. Masukkan isi ayam dan udang. Gaul rata.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap dan gaul rata hingga ayam dan udang masak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata. Rasa masin manisnya.
6. Masukkan sawi dan mee. Gaul rata hingga mee masak.
 7.Sedia untuk dihidangkan.




HARI KEEMPAT BELAS : IKAN CENCARU SUMBAT KELAPA

Bahan-bahan :
- 3 ekor ikan cencaru sederhana besar - dibelah belakang
- 1/2 biji kelapa parut
- 2 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan tumbuk:
- 3 batang serai
- 6 ulas bawang kecil
- 8 biji cili padi
- 3 biji cili merah
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- sedikit belacan
- garam dan gula
- perahan limau nipis

Cara-cara memasak :
1. Campur bahan tumbuk dengan kelapa parut dan daun kunyit, gaul rata kesemuanya.  
2. Masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga sedikit kering. Rasa garam dan gula secukupnya.
3. Seterusnya, ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh lah dibakar atau digoreng




HARI KELIMA BELAS : MASAK LEMAK CILI API KETAM DENGAN DAUN PEGAGA

Bahan-bahan: 
- 2 ekor ketam (dalam 1kg)
- 1 kotak santan 200ml
- 1 cawan air
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai, dititik
- garam dan sedikit gula
- daun pegaga

Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili merah
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 inci belacan
* kalau nak pedas boleh tambah cili padi

Cara-cara memasak :
1. Basuh ketam sampai bersih dan ketepikan.
2. Panaskan periuk then masukkan bahan-bahan kisar tu semua. Tunggu sampai mendidih.
3. Tuang santan dan air. Then,masukkan ketam. Kacau-kacau sikit.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bila ketam dah start berwarna oren dan santan pun dah mendidih, masukkan daun pegaga dan tutup api.



HARI KEENAM BELAS : DAGING MASAK MERAH ALA THAI
Bahan-bahan: 
- 200 gram daging
- pewarna merah
- 1 senduk minyak masak
- 1 inci halia, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
- 1/4 cawan cili kisar
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 helai daun limau purut
- 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
- 4 biji jagung muda, potong memanjang
- sedikit tepung jagung
- Karot, potong memanjang

Cara-cara memasak:

1. Rebus daging di dalam air yang diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk. 
2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah. 
3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan. 
4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau. 
5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. 
6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika. 
7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. 
8. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.



HARI KETUJUH BELAS : DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan:
- 2 sudu minyak masak
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inc halia
- 1 sudu Lada hitam yang telah di tumbuk
- kicap 4 sudu
- daging (tidak perlu rebus)
- seulas bawang holland
- air 1 cawan
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1.Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sekali.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan kicap dan kacau
4. Masukkaan air dan daging
5. Masukkan kicap, garam dan tunggu sehingga daging lembut dan mendidih.
6. Masukkan bawang holland. Potong bulat-bulat.
7. Apabila bawang Holland kelihatan layu, tutup api dan hidangkan.



HARI KELAPAN BELAS : SIAKAP STIM LIMAU
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan siakap sederhana besar
- 4 ulas bwg putih
- 1 biji bwg holland
- 1 kiub pati ayam
- 5 biji cili padi
- 2 inci halia
- 2 batang serai
- 3 sudu sos ikan
- 1 cawan jus limau nipis
- 1 sudu gula
- sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-cara memasak :
1. Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap.
2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yang dicampur sedikit jus limau + air
3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dlm perut ikan
4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
5. Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
6. Cincang halus bawang putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
7. Last sekali masukkan bawang holland yang dipotong halus...kukus sehingga ikan masak



HARI KESEMBILAN BELAS : KERABU SOTONG

Bahan-bahan :
- 10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap
- 2 ulas bawang merah - mayang
- 1/2 biji bawang besar holland - mayang
- 2 batang serai - mayang nipis
- 6 batang kacang panjang - potong nipis
- 2 biji tomato - potong dadu
- cili besar @ cili padi - mayang
- 2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak :
1. Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus.
2. Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3. Siap untuk di hidangkan.



HARI KEDUA PULUH : SAWI JEPUN SOS TIRAM

Bahan-bahan:
- 250gram sawi jepun
- 1 ulas bawang putih
- 2-3 inci isi ayam ( udang or sotong pun boleh)
- 2 sudu teh sos tiram
- 2 sudu teh kicap
- sedikit tepung jagung
- sedikit minyak untuk menumis
- garam gula perasa secukupnya

Cara-cara memasak:
1. Sawi basuh dan tos..selak selai-selai biar bersih.
2. Panaskan air dalam kuali, titiskan beberape titik minyak, masukkan sedikit garam
3. Bila air dah mendidih celur sawi tu dan susun dalam pinggan
4. Isi Ayam racik racik halus, dan ketepikan
5. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dititik dan dipotong/racik kecil-kecil.
6. Bila bawang dah kuning, masukkan sos tiram dan tuang air rebusan celur sawi tadi ( sukatan air lepas celur sawi ikut kesesuwaian masing2...nak banyak ke sikit)
7. Masukkan kicap, ayam racik ,gula dan perasa secukupnya...kalo kurang masin tambah sedikti garam.
8. Masak hingga mendidih, bancuh sedikit tepung jagung dan masukkan dalam masakan. kepekatan sos ni ikut kesukaan masing la ye...dah masak siram atas sawi yg disusun tadi.
9. Taburkan la sedikit bawang goreng dan daun bawang...siap untuk di hidang.
30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 2) 30 Resepi Sahur Sedap Dan Mudah Untuk Sebulan (Part 2) Reviewed by Nick Nashram on 12:49:00 PM Rating: 5

1 comment:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.