10 Resepi Pelbagai Jenis Nasi Goreng Yang Sedap (Part 1)

10 Resepi Pelbagai Jenis Nasi Goreng Yang Sedap (Part 1) l Nasi goreng ini memang kegemaran ramai. Tak kira waktu pagi petang malam, sesuai je untuk dihidang. Yang peliknya, kita tak jemu-jemu untuk makan. Biasanya, nasi goreng yang kita masak di rumah, sama saja. Tak nasi goreng biasa, kita buat nasi goreng kampung. Apa kata kali ni cuba buat nasi goreng jenis yang lain pulak melalui resepi nasi goreng di bawah.


1. NASI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
- 2 cawan beras dan dimasak menjadi nasi dan disejukkan.
- sedikit isi ayam
- sayur sawi

Bahan kisar
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi
- 1/2 sudu belacan
- 2 sudu ikan bilis


Cara memasak:
1. Gunakan api yang kuat sepanjang menggoreng nasi.
2. Panaskan minyak unuk menumis. Tumis bahan mesin hingga naik bau.
3. Masukkan ayam dan dikacau rata dan dibiarkan sebentar.
4. Masukkan nasi yang telah diramas dahulu.
5. Gorengkan nasi dan masukkan sayur.
6. Goreng hingga nasi kelihatan sedikit kering.



2. NASI GORENG TOMYAM 

Bahan-bahan:
- 2 mangkuk nasi
- 2 biji telor
- 1/2 labu bawang besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih-dihiris
- 1 1/2 sudu besar pes tomyam
- sedikit kobis dan sawi-dipotong2
- 5 biji cili padi - diketuk
- 1- 2 helai daun limau purut - hiris halus
- 1 batang serai-dihiris halus
- 1 sudu besar sos ikan-ni optional
- sedikit hirisan lengkuas
- 10 ekor udang
- minyak masak secukupnya
- garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali Pecahkan telor dan goreng seperti telor hancur hingga masak.
2. Masukkan bawang, serai, lengkuas dan cili padi . Goreng hingga wangi.
3. Masukkan udang , pes tomyam dan sos ikan. Kacau hingga udang masak.
4. Masukkan sayuran, daun limau purut dan kacau rata.
5. Masukkan nasi dan kacau balik hingga rata dan masukan garam secukup rasa.
6. Kacau hingga nasi berasap dan naik bau harum. Tutup api dan boleh lah dihidangkan dengan taburan bawang goreng.



3. NASI GORENG KERABU 

Bahan-bahan:
- bawang merah (tumbuk)
- nasi putih
- isi ayam
- bunga kantan
- serai
- timun
- kacang panjang
- kobis
- telur
- garam

Cara memasak:
1. Tumis bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil-kecil. Goreng hingga ayam empuk.
3. Masukkan telur. Kacau perlahan-lahan.
4. Masuk pulak nasi putih & seterusnya masuk semua sayur-sayuran yang telah dihiris nipis tadi. Gaul seketika.
5. Masuk garam dan gaul rata....pastu rasa la.
6. Siap! Boleh la dimakan panas-panas.



4. NASI GORENG SOTONG 

Bahan-bahan:
- 4 cawan nasi
- 500 gm sotong saiz kecil
- 2 biji telur
- 2 biji cili merah
- 3 biji cili api
- 5 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- sedikit belacan
- sedikit udang kering
- 1 sudu kecil serbuk cukup rasa
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- secubit garam

Cara memasak:
1. Kisar kasar cili merah, cili api, bawang merah, bawang putih, belacan dan udang kering.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong hingga airnya kering.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Pecahkan telur dan kacau sebati.
4. Tambahkan dengan sos tiram, kicap masin, serbuk cukup rasa dan garam. Kacau sebati.
5. Masukkan nasi diikuti dengan sotong. Gaul hingga nasi dan sotong mesra dengan bahan-bahan kisar yang ditumis tadi dan bahan-bahan lain.
6. Kalau suka boleh tambah sayuran.



5. NASI GORENG HAILAM 

Bahan-bahan:
- nasi putih
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- kicap secukup rasa
- garam secukup rasa

Cara memasak:
1. Tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak.
2. Masukkan nasi dan goreng rata.
3. Masukkan kicap dan garam secukup rasa.
4. Goreng sehingga kicap sebati dengan nasi.
5. Ketepikan/ boleh letakkan terus di atas pinggan.

Bahan-bahan kuah hailam:
- 1/2 kiub ayam
- 5-6 ekor udang
- 2 cawan air
- 1 sd besar tepung jagung ( larutkan dengan sedikit air)
- 2 sd besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- garam secukup rasa
- sayur-sayuran (kobis, kobis bunga, cendawan butang, tofu dll)

Cara memasak:

1. Masukkan air ke dalam kuali.
2. Masukkan kiub ayam. Biarkan air mendidih.
3. Masukkan udang, serbuk lada hitam, sos tiram.
4. Bila udang agak masak, masukkan sayuran dan rasakan garam.
5. Bila sayuran dah start mendidih, masukkan tepung jagung.
6. Kacau rata sehingga kuah menjadi likat.
7. Kemudian boleh diangkat dan tuang ke dalam pinggan nasi tadi.


6. NASI GORENG CENDAWAN 

Bahan-bahan:
- 3 mangkuk nasi putih
- 1 labu bawang besar - didadu
- 4 ulas bawang putih - cincang
- 200 gm isi ayam - potong kecil-kecil
- 1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1/2 biji kobis ungu - dihiris halus
- 1/2 biji capsicum kuning - didadu
- 1 tin cendawan butang - dibelah 4
- 3 sudu besar kicap cair
- garam secukup rasa
- sedikit minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu (*sedap rapuh-rapuh camtu). Tutup api.
7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam.


7. NASI GORENG PATAYA 

Bahan-bahan:
- 3 mangkuk sedang nasi putih
- 3 tangkai cili merah - ditumbuk
- 4 tangkai cili padi - ditumbuk
- 1 labu bawang besar - didadu
- 3 ulas bawang putih - dicincang
- 150 gm isi ayam - dipotong kecil-kecil
- 1 kiub pati ayam
- 1/2 batang lobak merah - dihiris
- 6 - 8 urat kacang panjang
- 2 sudu besar kicap pekat manis
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng nasi

Untuk telor dadar nipis:- (dapat 2 keping telor dadar nipis)

- 4 biji telor
- sedikit garam

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana. 
2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika. 
3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar. 
4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata. 
5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap. 
6. Tutup api dan ketepikan nasi. 
7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar. 
8. Masak dengan api perlahan (tutup pan) 
9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah-tengah pinggan. 
10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.


8. NASI GORENG KAMPUNG UDANG  & WANTAN GORENG 

Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi sejuk - lerai-leraikan
- 1 sudu besar udang kering, rendam kejap dan toskan - ditumbuk
- 10 biji cili padi - ditumbuk
- 1 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1 biji bawang merah - ditumbuk
- 2 biji bawang merah - dihiris
- 6 batang kacang buncis - dipotong
- 1 biji telur
- 1 sudu besar sos tiram maggi
- sedikit kiub ikan bilis
- ikan bilis yang digoreng dan ayam goreng dipotong
- sedikit lada sulah

* wantan dah digoreng

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah yang dihiris hingga layu dan masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga harum. 

2. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram, kacau sebati dan masukkan telur dan biar mengeras sikit , kacau dan gaul bersama bahan-bahan lain.

3. Masukkan nasi dan gaul sebati dan terus besarkan api dan gaul pantas. Renjiskan sedikit air panas atas nasi supaya nasi goreng tu tak terlalu kering dan kacau lagi.
4. Masukkan ikan bilis goreng dan ayam goreng yang dipotong dan sebatikan, masukkan lada sulah, kacau lagi , rasakan dan jika ok boleh tutup api.


9. NASI GORENG UDANG 

Bahan-bahan:
- 6 cawan nasi sejuk
- udang - dibersihkan dan digaul dengan garam
- 3 sudu makan cili kering kisar
- 1 biji karot - diparut
- 2 sudu makan kicap lemak masin
- garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- sejemput ikan bilis

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng udang hingga masak dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk,cili kisar dan garam hingga agak garing.
3. Masukkan udang dan nasi sejuk. Gaul rata.
4. Masukkan kicap, serbuk perasa dan parutan karot. Gaul rata.
5. Bila dah rata, setkan api dapur kepada yang paling kecil. Kacau nasi sesekali untuk elakkan bawahnya berkerak. Buat proses ini lebih kurang 10 minit. 
6. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama ayam goreng, telur mata kerbau dan keropok goreng.


10. NASI GORENG BIASA 

Bahan-bahan:
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 2 pokok sawi - dibersihkan dan dipotong 1 inci
- sedikit kobis - di bersihkan dan dipotong nipis
- 2 biji telur
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 1 sudu makan kicap lemak masin
- sedikit garam dan serbuk perasa

Bahan tumbuk:
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- 2 sudu makan ikan bilis

Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul rata hingga kobis agak layu.
4. Masukkan nasi sejuk. Gaul rata.


10 Resepi Pelbagai Jenis Nasi Goreng Yang Sedap (Part 1) 10 Resepi Pelbagai Jenis Nasi Goreng Yang Sedap (Part 1) Reviewed by Nick Nashram on 10:07:00 PM Rating: 5

1 comment:

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.