Cara Naikkan Earning Adsense Dengan Fungsi Ad Balance

Kalau anda perasan, ada beberapa fungsi baru yang telah diupgrade dalam Google Adsense pada tahun 2017. Salah satu fungsi yang baru ialah Ad Balance. Fungsi Ad Balance ini tujuannya adalah untuk nak seimbangkan antara kandungan blog dengan paparan iklan. Kebanyakkan blogger yang baru mempunyai akaun Adsense, mereka menganggap dengan meletakkan banyak iklan Adsense dalam blog, ianya akan meningkatkan earning pendapatan mereka.

Sebenarnya, ianya tak tepat!

Jika jumlah iklan yang anda letak dalam blog terlalu banyak, ianya boleh mempengaruhi pembaca blog anda. Pembaca akan mudah berasa bosan dan sakit hati dek kerana iklan yang banyak yang mana ianya boleh menganggu fokus pembacaan mereka. Secara tak langsung, mereka akan meninggalkan blog anda apabila selesai membaca artikel tersebut tanpa membaca artikel yang lain yang ada dalam blog anda. Dalam hal ini, trafik, bounce rate dan potensi untuk iklan dalam blog anda di klik adalah rendah. Bila benda ini berlaku, anda tak mampu untuk menjana pendapatan yang tinggi dengan Adsense.

Faktor Yang Menyebabkan Earning Adsense Meningkat

Perlu ingat, tujuan pembaca masuk dalam blog anda kerana mereka nak baca kandungan tulisan anda, bukan 'dipaksa' untuk klik iklan dalam blog anda. Penulisan yang menarik, berinformasi dan santai mampu menarik perhatian pembaca untuk 'tinggal' lebih lama dalam blog anda. Jika iklan yang terpapar dalam blog anda kurang, kebarangkalian jumlah iklan yang akan di klik juga turut meningkat, hasil daripada jumlah masa yang diluangkan oleh pembaca untuk membaca maklumat penulisan anda. 

Selain itu, perlu juga diingatkan, iklan yang sedikit boleh mewujudkan persaingan di antara para pengiklanan (advertisers) untuk berebut memaparkan servis atau produk mereka di dalam blog anda. Dalam kes ini, jumlah iklan yang kurang boleh meningkatkan harga iklan yang mana nilai CPC (cost per click) menjadi mahal. Faktor CPC menjadi mahal kerana advertisers terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk berebut ruang iklan yang terhad. Secara tak langsung, earning Adsense anda meningkat.

Atas sebab-sebab di atas inilah munculnya fungsi Ad Balance ni.

Cara nak setting Ad Balance di akaun Google Adsense

Cara Setting Ad Balance Di Akaun Google Adsense

Bagaimana nak setting Ad Balance untuk meningkatkan pendapatan Adsense? 

Langkah 1 : Login akaun Google Adsense

Langkah 2 : Klik My Ads

Langkah 3 : Klik Ad Balance

Langkah 4 : Tarik slider Ad Fill Rate dan buat tetapan yang anda nak.

Langkah 5: Kemudian, tengok pada Showing % of Potential Ads. Paparan ini untuk menunjukkan pengurangan ads yang anda mahukan

Langkah 6 : Klik Apply jika anda berpuas hati dengan tetapan Showing % of Potential Ads yang anda telah buat. Lihat perkembangan dan kesan kepada revenue adsense anda dalam masa 1 minggu/1 bulan

Cara Naikkan Earning Adsense Dengan Fungsi Ad Balance Cara Naikkan Earning Adsense Dengan Fungsi Ad Balance Reviewed by Nick Nashram on 3:40:00 PM Rating: 5

21 comments:

  1. Ada jg tambahan rezeki kan NIck..teruskan usaha ya

    ReplyDelete
  2. Perkongsian ilmu berguna, wajar dipraktikkan oleh bloggers yang memiliki akaun adsense..
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  3. Bagus, perkongsian ilmu yang sangat berguna, terima kasih...

    ReplyDelete
  4. thanks for the info. sangat membantu newbie macam saya

    ReplyDelete
  5. terbaiklah. Nanti boleh try praktis ni

    ReplyDelete
  6. haish... byknya adsense nash... juling mata akak.... hehe... apa pun nice sharing terus apply

    ReplyDelete
  7. PERKONGSIANBERMANFAAT...MMBAH TAHU

    ReplyDelete
  8. kena cari jalan nak naikkan pendapatan adsense ni. asyik x gerak2 aje. huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. tq sharing. dah buat .. nanti nak tengok progress macam mana.. kiranya semakin rendah showing tu semakin tinggi earnings ke camner?

    ReplyDelete
  10. terimakasih admin,sangat berguna buat newbie

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg menarik nick..useful for publisher adsense.

    ReplyDelete
  12. Tq info..baru nk blajar guna adsense

    ReplyDelete
  13. Tq info berguna ni. Baru belajar nak letak iklan adsense ni. Sgt membantu. Tq

    ReplyDelete
  14. saya try buat cara ni.. nnti nk tngok prubahannya. InshaAllah. tq ye :)

    ReplyDelete
  15. pening2,,time elok..cntik naiknya..pas tuu..huhuhu..kena baiki lg neh..tq nick

    ReplyDelete
  16. Sangat berguna..nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  17. Macam main tarik tali eaa dengan Google nih. Blogger template (blogspot) kalau nak tambah pendapatan melalui FB Instant Article, boleh juga. Dan juga AMP version dari Google. AMP dengan Instant Article bersaing untuk mobile users. Cuba lah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.