Cara Daftar Dan Transfer Duit Ke Tabung Haji Melalui Maybank2u

Segalanya dihujung jari cara simpan duit ke Tabung Haji melalui Maybank2uSebelum nak transfer secara online kena daftar dulu di mesin ATM. Daftar tak boleh melalui online, tapi kena pergi ke mesin ATM Maybank untuk daftarkan akaunTabung Haji dulu. Kalau tak daftar, tak boleh transfer duit ke Tabung Haji guna Maybank2u. Kira ni syarat wajib! Sekejap je. Tak sampai 2 minit pun tekan tekan siap!

Lepas ni tak perlu lagi nak bersesak-sesak lagi kan beratur kat Tabung Haji. Nak cari parking pun bukan mudah. Boleh terus transfer duit dari akaun Maybank masuk ke Tabung Haji.

P/s : Pastikan bawa buku akaun Tabung Haji semasa daftar di mesin ATM.

Bawah ni ada semua langkah. Cara daftar akaun Tabung Haji di ATM Maybank, cara transfer duit Tabung Haji melalui Maybank2u dan cara check baki Tabung Haji secara online. Setiaph langkah ada pada setiap caption. 

Cara Daftar Akaun Tabung Haji Ke ATM Maybank

1. Masukkan kad ATM Maybank dan masukkan no pin kad ATM macam biasa. Kemudian, pergi ke menu Tabung Haji dan tekan.

2. Seterusnya, pilih daftar akaun Tabung Haji ke ATM Kad. 

3. Masukkan nombor akaun dan seterusnya nombor siri Tabung Haji. Nombor akaun dan nombor siri ada dalam muka depan buku bank. Kedua-dua number tu memang depan mata. Buka buku akaun Tabung Haji terus jumpa. 

Okay, selesai daftar. Maknanya akaun Tabung Haji dah daftar dalam kad Maybank. Balik boleh buat saving secara online je. Jom pergi next step macam mana nak transfer duit melalui Maybank2u.

Cara Transfer Duit Tabung Haji Melalui Maybank2u

1. Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my dan pilih ruangan Account & Banking.

2. Kemudian, pilih ruangan Transfer dan pilih Tabung Haji.

3. Pilih Fund TransferPilih Maybank to TH Own Account Transfer

4. Masukkan amount berapa nak transfer. Setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj RM1.06.  Kalau nak check baki Tabung Haji selepas transfer, boleh pilih Balance Inquiry

Selamat menyimpan.

Post a Comment

8 Comments

  1. mmg senang skang ni... btl tu hanya di hujung jari....

    ReplyDelete
  2. Asalam Nick H..selamat maju jaya dalam penabungan ya

    ReplyDelete
  3. saya daftarkan tabung haji melalui bank islam. hehehe.. :) tpi thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  4. Saya tak daftar melalui bank islam atau maybank sbb takut senang sangat duit keluar. Hehe

    ReplyDelete
  5. setuju dengan aira, dulu xnak linkkna dgn maybank tp last2 terlink jugak. hee

    steps yang mudah difahami, good sharing :)

    ReplyDelete
  6. Hehe.. sebenarnya tak berani nak link kan sebabnya takut duit cepat keluar :)

    ReplyDelete
  7. Hehe.. sebenarnya tak berani nak link kan sebabnya takut duit cepat keluar :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.