18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 2)

18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 2) l Bagi yang belum lagi baca artikel 18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 1), digalakkan baca artikel bahagian pertama terlebih dahulu. Biasanya, setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga, akan melalui banyak dugaan dan masalah yang mereka kena hadapi dan uruskan. Terutamanya sebelum menjelang hari perkahwinan.

Dengan adanya, 18 checklist di atas ni, diharapkan dapat membantu memastikan majlis perkahwinan korang berjalan dengan lancar.

Sumber gambar : FuyyooPictures

10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu. Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.


11. Tempah atau cetak kad jemputan. Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara ini perlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.


12. Tempah pelamin idaman anda. Pelamin tak semestinya mahal, tak ada pelamin pun takpe. Asalkan sedap mata memandang pun takpe. Kalau boleh DIY buatlah sendiri, takde sape nak marah..hehehe.


13. Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka.


14. Pilih busana pengantin yang sesuai dengan citarasa anda.


15. Selesaikan urusan menempah dewan / kanopi, kerusi & meja serta catering. Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.


16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.


17. Tempah kompang, silat gayung, marhaban, tarian, band, dj, p.a system. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempah servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.


18. Tempah dan cetak banting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab telefon sekiranya ada tetamu yang sesat mencari lokasi majlis.
18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 2) 18 Checklist Perkahwinan : 6 Bulan Sebelum Tarikh Perkahwinan (Part 2) Reviewed by Nick Nashram on 1:37:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. 18 tu mmg ptg... Slu nasib ada wave skang....

    ReplyDelete
  2. 👍👍👍 bookmark ni utk masa depan 😊

    ReplyDelete
  3. Saya rasa persediaan pengantin zaman sekarang lebih complicated berbanding zaman saya dulu.. Bagus tips ini, perancangan rapi memang perlu dibuat untuk mengelakkan kekalutan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.