Lebatkan Rambut Yang Gugur Dengan Audace Regan Hair Fall Control Shampoo Dan Hair Fall Control Tonic

Lebatkan Rambut Gugur Dengan Audace Regan Hair Fall Control Shampoo Dan Hair Fall Control Tonic l Masalah rambut gugur jangan dipandang remeh sebab lama kelamaan boleh jadi botak. Masalah rambut gugur atau rambut nipis boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, tak kira lelaki atau wanita. Bayangkan umur dalam lingkungan 20-an, kepala dah botak sama ada di bahagian tengah atau bahagian depan. Kalau wanita, boleh la nak selindung disebalik tudung. Yang teruknya lelaki, sebab rambut adalah aset utama bagi diorang. 

Antara produk rambut gugur berkesan yang pernah aku guna

Kebanyakan mereka yang mengalami masalah rambut jarang yang kronik akibat gugur ini adalah kaum lelaki.. Malah, ada juga yang mengalami masalah botak yang bertompok- tompok. Kadang-kadang boleh jadi tekanan dan rasa rendah diri bila melihat keadaan rambut yang gugur teruk dan menipis. Bayangkan masa nak menyikat rambut, banyak rambut yang tersangkut pada sikat dan berguguran jatuh ke lantai. Satu pemandangan yang sangat menyedihkan!

Faktor Terjadinya Keguguran Rambut Dan Botak

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang tidak sekata di kawasan kepala. Puncanya adalah kekurangan nutrien untuk rambut. Rambut merupakan bahagian terakhir yang menerima nutrien dari tubuh. Jika nutrien yang diambil tak cukup, maka ia tidak akan sampai kepada rambut menyebabkan terjadinya rambut gugur. 

Punca-punca lain yang boleh menyebabkan rambut gugur berlaku pada lelaki dan wanita ialah cara penjagaan rambut yang salah, produk rambut yang terlebih banyak bahan kimia, cuaca yang tidak menentu, stres, keturunan, kulit kepala tidak sihat dan banyak lagi. Jika anda rasa anda mengalami masalah rambut gugur, jangan risau sebab penyelesaiaanya ada dibawah.

Teruskan pembacaan anda.

Cara Lebatkan Rambut Yang Gugur Dengan Audace Regan Hair Fall Control Shampoo dan Tonic
 
Kos rawatan di salon untuk merawat rambut gugur biasanya mencecah ribuan ringgit, malahan ada puluhan ribu ringgit. Bagi yang mampu membayarnya tidak menjadi masalah. Tapi yang berpendapatan sederhana atau berstatus pelajar, hanya mampu telan air liur je la tengok pada harga yang ditawarkan tu.

Setakat ini, dah banyak produk yang aku guna untuk mengatasi masalah rambut gugur. Sampai apa saja cara untuk atasi rambut gugur yang orang bagi aku dah cuba. Ya, aku pun ada masalah yang sama macam  korang.Tapi, bila dipakai, jumlah rambut yang gugur makin bertambah. Hairan jugak, sepatutnya makin kurang la. Sampai satu tahap malas nak fikir..malas nak layan..biarkan je la rambut tu gugur.

Finally, aku secara tak sengaja ternampak satu produk shampoo dan tonic Audace Regan. Terpampang pada botol "Hair Reactive and Hair Fall Control : Avoids Falling Hair For Healthier Scalp". Apa lagi, terus beli shampoo dan tonic dengan harga yang berpatutan.

Audace Regan Hair Fall Control Shampoo

Biasanya, kepala kita ni mudah untuk dipenuhi dengan bahan tercemar dan berminyak. Secara tak langsung, menyebabkan kepala kita gatal-gatal kerana dipenuhi dengan kelumumur. Selalunya bila kepala gatal, aku garu berulang kali dan bila tengok tapak tangan, ianya dipenuhi dengan rambut gugur. 

Seminggu pakai, kelemumur dan rambut gugur dah tak ada. Rambut pun bau wangi.

Tapi sejak guna Regan Hair Fall Control Shampoo, hanya satu atau dua saja rambut yang gugur. Memang tak percaya tapi itulah hakikatnya. Bau shampoo pun harum tau. Biasanya shampoo untuk rawatan rambut gugur ni busuk. Tapi yang ni tak..memang tersangat harum! 

Cara nak guna Regan Hair Fall Control Shampoo :
  • Basahkan rambut dengan air dan lumurkan Regan Hair Fall Control Shampoo ke kepala.
  • Pastikan shampoo tu kena pada kulit kepala dan semua bahagian rambut. Akhir sekali, bilas.

Audace Regan Hair Fall Control Tonic

Tonik yang mengandungi bahan-bahan yang telah diformulasi secara spesifik untuk melawan masalah rambut dan melindungi kesihatan kulit kepala. Diperkaya dengan vitamin, protein dan anti-oxidants, Regan Hair Fall Control Tonic membantu menyegarkan kulit kepala dan pengedaran darah untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Tonic ni bukat takat menyuburkan kulit kepala dan rambut tapi turut menyingkirkan rambut yang tidak sihat.

Cara nak guna Regan Hair Fall Control Tonic :
  • Tonic yang mudah guna..just titik je kat kulit kepala, urut-urut kulit kepala secara perlahan  selama 3 minit setiap hari. Then off you go!.. tanpa perlu bilas… tak perlu risau ada rasa melekit atau berminyak sebab serum ni cepat menyerap kat kulit kepala.

Berminat? Boleh Whatsapp 019-4781813 segera sebelum kepala terus botak dan masalah menjadi semakin teruk.
Lebatkan Rambut Yang Gugur Dengan Audace Regan Hair Fall Control Shampoo Dan Hair Fall Control Tonic Lebatkan Rambut Yang Gugur Dengan Audace Regan Hair Fall Control Shampoo Dan Hair Fall Control Tonic Reviewed by Nick Nashram on 01:23:00 Rating: 5

4 comments:

  1. mmg masalah rambut gugur skang ni, bila lps bersalin jer ini la masalah utama... 1st time dgr produk ni...

    ReplyDelete
  2. KALAU NK LEBATKN RMBUT BOLEHLE CUBA PRODUK NI

    ReplyDelete
  3. memang ada masalah rambut gugur sekarang ni.. boleh cuba prduk ni nanti.. tak pernah taw kewujudan produk ni

    ReplyDelete
  4. Baru taw tentang produk ni. CR mmg ada maslh rambut gugur yg kronik.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.