Kekal Wangi 24 Jam Dengan Dashing Anytime EDT

Kekal Wangi 24 Jam Dengan Dashing Anytime EDT l Setiap kali keluar rumah, benda yang pertama yang aku capai ialah perfume.Tak kisahlah wangian jenis apa, asalkan berbau wangi, satu badan aku sembur. Kadang-kadang tu, satu rumah penuh dengan wangian dari semburan perfume aku. Wife masuk rumah sampai terbatuk-batuk. Lelaki pun penampilan mesti jaga ye..tak guna kalau berpakaian kemas tapi badan berbau. Ingat, bau badan boleh menjejaskan imej dan personaliti seseorang. Orang nak dekat pun fikir banyak kali.

Tapi, tak semua perfume yang ada di pasaran wangiannya boleh bertahan lama dan boleh dimasukkan dalam poket untuk dibawa. Kebanyakkan perfume yang biasa kita beli bersaiz besar dan berat kerana dibuat daripada kaca. Masuk dalam poket londeh la jawabnya seluar. Sembur pagi dan tak sampai 3 jam, wangian yang disembur dah hilang. 

Produk Terbaru Dashing Malaysia : Dashing Anytime EDT


Ni bukan kotak gula-gula ye. Ni la penyembur minyak wangi EDT bersaiz mini terbaru dari Dashing Malaysia.

Tapi jangan risau sebab produk Dashing memahami masalah yang dialami oleh lelaki di Malaysia ni. Rugi kalau anda, yang tengah baca sekarang ni, tak beli produk penjagaan diri lelaki dari Dashing iaitu Dashing Anytime EDTPerfume yang terbaru ini merupakan wangian bersaiz kecil, senang digunakan serta mudah di bawa kemana sahaja. Bentuknya direka khas untuk poket korang seperti kad kredit, sesuai untuk lelaki yang aktif. Hanya masukkan dalam poket baju dan seluar tanpa melondehkan poket korang. Boleh sembur pada bila-bila masa je.

Dashing Anytime EDT Dalam 4 Variasi Wangian Berbeza


Dalam satu pek Dashing Anytime EDT, ada 4 variasi wangian yang berbeza. Wah, beli satu pek dapat 4 jenis perfume yang tahap wangi yang berbeza..memang terbaik produk Dashing ni! Korang boleh pilih sama ada nak pakai wangian jenis Cool, Active, Hattrick atau Ultimate Kick. Boleh untuk dijadikan hantaran kahwin pun sesuai ni.

Dashing Machester City Hattrick - gabungan unik kesegaran epal sitrus diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber.

Dashing Manchester City Ultimate Kick - rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.

Dashing Cool - gabungan menawan bergamot dan galbanum dilapisi dengan wangi amber dan kasturi sebagai nota asas.

Dashing Active - semarak haruman Fougére yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber

Apa yang unik mengenai perfume ni ialah semburan mampu bertahan untuk 250 kali semburan. Sebab aku dah guna guna, semua wangian 4 versi di atas adalah wangi. Memang sesuai sangat dengan jiwa lelaki. Sebelum nak pergi kerja, sembur dulu pada badan. Jangan lupa masukkan sekali dalam poket. Manalah tahu, korang tengah berpeluh, boleh atasi bau tu dengan perfume ni.

Harga Perfume Dashing Anytime EDT

Tunggu apa lagi..semua ini dijual di pasar raya yang terdekat dengan korang dah. DASHING Anytime EDT 18ml ini dijual dengan harga RM7.00 sahaja tau. Harga murah tetapi bau wangi..tu yang penting. Jadi yang nak bagi hadiah pada kawan, hari jadi suami,teman lelaki atau sesiapa sahaja, bolehlah pertimbangkan yang ini. 
Kekal Wangi 24 Jam Dengan Dashing Anytime EDT Kekal Wangi 24 Jam Dengan Dashing Anytime EDT Reviewed by Nick Nashram on 12:32:00 Rating: 5

1 comment:

  1. saya pun pakai ni. best. mudah nak bawa p mana2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.