Hati-Hati Bila Terima Panggilan Dari +603-88862222

Hati-Hati Bila Terima Panggilan Dari +603-88862222Saya baru saja tadi dapat telefon scam kononnya daripada IPD Putrajaya. Masa tengah elok kerja tadi, tiba-tiba nombor +603-8886 2222 ni naik. Katanya Koperal Izwan dari IPD Putrajaya. Saya cakaplah saya tengah sibuk sebab tengah kerja, dia pun sound balik cakap ini melibatkan kes jenayah berat. Nombor IC saya didapati terlibat di dalam kes kemalangan langgar lari 8hb Sept lepas jam 11.30 malam di Jalan Macalister. Mangsa koma. Serious ni, kes jenayah berat. Saya pun susah hati juga tapi saya teringat yang ada dengar kes scam polis Penang. Jadi saya 50/50 teruskan jugalah.

+603-88862222 ialah satu satu daripada nombor telefon scammer.

Kemudian, dia sambungkanlah saya kepada satu nombor ni kononnya nombor IPD Timur Laut. Sementara dia nak sambungkan tu, adalah bunyi background berbunyi "nombor anda akan disambungkan ke IPD bla bla. sila tunggu sebentar"...macam real je. Kemudian adalah satu orang ni tanya macam-macam...dari gaya dia bercakap tu macam orang Cina. Katanya nama dia Koperal Wan Rosli, dia kata dia dari Sabah (tapi bunyi macam menipu aje). Sebelum dihubungkan pada IPD Timur Laut ni, Koperal Izwan tadi ada pesan saya bagi semula nama penuh, nombor IC dan butir-butir kejadian pada orang tadi. Saya pun bagilah. Kemudian dia soal siasat lah saya. Dia kata IC saya terkait dengan kereta VIOS putih nombor plet WLA 7966. Dia kemudian cakap kereta sama dikesan berada di tempat penghasilan dadah la, kemudian ditangkap 3 orang penjenayah dan nombor IC saya dikesan terlibat digunakan untuk membuka akaun bank Affin di Seremban. Ada transfer RM2 juta.

Lepas cerita akaun bank Affin tu, masa tulah dia soal siasat tanya berapa bank saya ada. Saya bagitaulah bank apa tapi satu persatu dia tanya berapa duit tinggal (katanya sebab nak siasat kerana kononnya saya terkait dengan sindiket dadah RM2 juta). Masa ni saya dah rasa lain macam, saya pun cakaplah tak banyak tinggal. Dalam berpuluh ringgit je. Dia marah saya balik tanya kenapa tinggal sikit je duit dalam akaun (mungkin dia kecewa) dan saya cakaplah saya bayar banyak hutang. Mungkin kerana dia dapat tahu saya tak banyak duit dalam akaun bank, lepas tu dia tak berminat nak tanya no akaun bank saya sebab dia ada petik nama Bank Negara tadi.

Dekat 45 minit jugaklah sembang, I wasted 45 minutes of my life for this. Akhirnya selepas selesai call, saya call balik IPD Putrajaya dan perkara pertama sekali dia cakap ialah itu adalah SCAM. Saya pun search kat google dan dapati memang scam. Ramai jugak yang dah jadi mangsa dengan jalan cerita sama kecuali tarikh yang berbeza. Ni contoh cerita yang sama terjadi pada orang lain:



Hati-hati kawan-kawan. Terutama sekali kalau dipetik jalan cerita yang sama saya kena.. Langgar lari di Jalan Macalister. Kereta VIOS putih nombor plet WLA 7966. Fake tu. Berniat nak cungkil butir-butir peribadi akaun bank anda. (Sumber facebook).

Post a Comment

6 Comments

  1. Seram plak baca kes2 cmni..sbb viral dpt pggilan dri affin bank n hong leong bank ..dlm 1ari tu mmg dorang operasi besar2an kol org

    ReplyDelete
  2. Kalau ada no telefon pelik elok tak payah angkat

    Dah kenapa kan

    ReplyDelete
  3. mcm mcm scam sekarang ni....sampai polis pown dorg buat main...tapi no phone tu, xde la pelik, mcm normal je kan...

    ReplyDelete
  4. banyak sgt no pelik2 skang ni... nak angkat pun takut

    ReplyDelete
  5. Byk kali terima no 8 mcm ni. Mug takut nk angkat

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.