Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna

Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna Dan Mengandungi Bahan Terlarang Serta Tidak Berdaftar Dengan KKM l Takutnya zaman sekarang ni. Banyak sangat produk-produk kosmetik, skincare serta kesihatan di pasaran yang yang dikesan berbahaya di pasaran dan menipu pengguna. Sebab tu kalau nak beli apa produk skincare atau kosmetik, periksa dulu syarikat dan kesahihan company melalui KKM. Sudah tiba masanya kita berhenti menyokong produk beracun dan repacking. Ramai sangat yang memikirkan keuntungan sehingga lupa menilai produk yang dijual.

Orang awam juga dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan pihak berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Antara Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna

Produk Bella Formula yang dikesan mengandungi Steroid

Produk Best Slim yang dikesan mengandungi Sibutramine

Produk D'Trim yang dikesan mengandungi Sibutramine

Produk Glow Glowing Beauty Skin yang dikesan mengandungi Merkuri,Hydroquinone dan Tretinoin

Produk Natasya Krim Herba/Gold yang dikesan mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Produk Surut Ayu yang dikesan mengandungi Sibutramine

Produk Tati Skincare yang dikesan mengandungi  Merkuri,Hydroquinone dan Tretinoin

Di atas adalah antara senarai produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Untuk senarai penuh produk yang tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini, boleh masuk laman web National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). 


Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual. 


Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut. Sesiapa yang mempunyai stok produk-produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini juga adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan.

Produk berbahaya ni banyak muncul sebab banyak permintaan. Orang kita semua memang nak cantik cepat tapi malas. Dengar boleh flawless dan putih dalam 3 hari terus pergi beli. Sayang la muka tu. Cantik tak semestinya putih. Beyonce tu cantik je walaupun kulit gelap. Takde dengar pun dia buat apa-apa untuk putihkn kulit sedangkan dia mampu. Embrace your skin colour!
Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna Senarai Produk Kosmetik,Skincare Dan Kesihatan Yang Berbahaya Untuk Diguna Reviewed by Nick Nashram on 10:23:00 PG Rating: 5

4 ulasan:

  1. banyak juga yea...naseb baek rietta jenis xminat semua ni...

    BalasPadam
  2. agak menakutkan dengan pelbagai produk yang dipasarkan tanpa pengawasan sebegini, terima kasih Nick atas perkongsian :)

    BalasPadam
  3. Semua tak pernah guna. hehehehe.

    BalasPadam
  4. Kena rajin teliti logo KKM sekiranya nk guna apa2 produk kshtn

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.