Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah

Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah l Cerita ni bermula bila isteri aku http://www.mujadafewa.my/ datang period lambat. Sepatutnya 18hb 'kawan' dia dah datang melawat tapi masih tak ada lagi. Masing-masing semua dah excited, mengharapkan keajaiban berlaku disebalik tak datangnya period tu. Disebabkan mak mertua aku ni seorang doktor dan ada klinik persendirian, isteri aku cuba buat test. Kat klinik memang dah ada pregnancy test kit untuk buat urine pregnancy test (UPY). Senang je nak guna. Just buang air di ruang kit tu. Kalau keluar satu garisan, maknanya tak hamil. Kalau keluar dua garisan, itu tandanya hamil. 

Bila tahu isteri hamil, memang gembira sangat-sangatlah. Perasaan gembira tu sambil berdebar-debar..memang susah nak digambarkan. Mungkin tak sabar nak sambut orang baru kot. Tarikh untuk isteri dijangka bersalin ialah dalam bulan 8, mana tahu kot-kot jadi anak merdeka nanti..hehe. Tak sabar nak tengok wajah si kecil..ikut wajah ibu atau wajah ayah.. 
Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah

Pelbagai barang dan kelengkapan bayi dijual dengan harga murah sempena promosi  Lazada Malaysia Big Baby Fair. Rugi korang tak beli!

So, sekarang ni tengah buat persedian untuk menyambut  bayi pertama. Maklumlah, kali pertama bakal bergelar ibu dan ayah,susah jugak untuk membuat senarai kelengkapan yang perlu disediakan nanti. Sebelum ni, pernah berbincang dengan isteri untuk beli semua kelengkapan bayi tu di kedai je.Disebabkan gaji baru je masuk minggu lepas dan malam tadi terdetik pulak nak buka web Lazada. Bila bukak, terus keluar promosi Big Baby Fair. Lazada ni macam tau-tau je yang aku tengah mencari barang-barang untuk baby sekarang ni. Rupa-rupanya, Lazada sekarang ni tengah mengadakan promosi Lazada Malaysia Big Baby Fair yang berlangsung selama 7 hari bermula 27 March hingga 2 April. Dan yang paling menarik sekali, diskaun istimewa yang diberikan mencecah sehingga 85%. Korang abaikan korang rugi sebab korang takkan dapat harga murah macam ni jika beli di shopping mall !

Senarai Barang Dan Kelengkapan Bayi Yang Perlu Dibeli

What is your favourite brand of diapers for your baby (or future baby)?

Drypers Wee Wee Dry Disposable
Disebabkan isteri first time preggy dan tak ada lagi pengalaman, so, kawan-kawan yang dah ada title 'mak ayah' jadi kaunter pertanyaan aku tentang diaper atau lampin pakai buang mana yang terbaik untuk newborn baby. Banyak jugak cadangan diorang pasal diapers ni..maklumlah, anak dah 2 3 orang, memang pakar dalam bab ni. Antaranya ialah Mamy Poko, Huggies, Pet Pet dan,Diapex, Drypers dan sebagainya. Pemilihan diapers yang sesuai perlu diberikan penekanan untuk elak ruam pada punggung bayi.

Hasil daripada survey aku,9/10 orang pilih Drypers. Mamy Poko memang pampers terbaik sebab ada line kat tengah tu membantu ibu-ibu untuk tahu bila masa sesuai tukar pampers...tapi apakan daya..harganya mampu tengok je..hehe. So, pilihan aku ialah Drypers Wee Wee Dry Disposable sebab harganya mampu milik. Newborn baby ni kuat poo, so memang kerap kena tukar lampin tu. Murah, jimat dan selesa.

What is your favourite choice of baby formula for your baby (or future baby)? 

Susu Formula Dumex Dupro
Bukan mudah nak pilih susu formula bayi yang sesuai, lebih-lebih lagi untuk bayi yang baru lahir. Ini kerana, bayi yang baru lahir mempunyai usus yang sangat sensitif. Dan kesesuaian susu formula untuk bayi jugak tak semestinya bergantung pada harga mahal dan murah. Feedback dari kawan-kawan banyak yang suggest supaya guna susu Dumex Dupro untuk anak-anak memandangkan jenama susu ni serasi dengan anak diorang dan harga yang ditawarkan pun berpatutan.

Untuk pengetahuan korang, Dugro ni mempunyai khasiat DHA, 15 Vitamin dan mineral serta IcFos (kandungan serat) dan kesemua khasiat yang ada dalam susu Dugro sudah cukup untuk membantu anak-anak membesar dengan lebih lagi. Bila anak aku dah lahir nanti, susu formula ni yang menjadi pilihan aku.

Barang Yang Berminat Nak Dapatkan Dari Lazada

Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children (or future children)

Santa Barbara Stroller 
Stroller merupakan salah satu barang keperluan yang kitorang survey. Stroller ni penting tau terutama bila nak pergi ke mana-mana..takkan la nak kendong anak 24 jam, senget bahu nanti.So, sekarang ni tengah kumpul duit sikit-sikit nak beli stroller yang sesuai dan tahan lama. Bergantung pada jenis brand dan kualiti. Memang dalam plan  nak beli selepas bersalin.

Santa Barbara ST796 Travel System Stroller (Grey)

Dah survey kat Lazada pasal stroller ni dan hanya ada 2 warna yang memikat hati aku. Merah dan kelabu kehitaman. Dua-dua warna ni nampak lagi smart berbanding warna lain. Kalau ikutkan hati isteri aku, mau dibelinya stroller warna pink. Untuk anak perempuan katanya. Kalau dapat anak lelaki takkan nak pakai pink jugak..haha. So, antara yang banyak-banyak stroller yang dijual di Lazada, jenama Santa Barbara yang aku berkenan. Ciri-ciri keselamatan yang diutamakan pada stroller ni ialah :

Conformed to GB14748-2006 (Safety Requirements for Wheeled
Child Conveyances)
Adjustable Footrest
One Hand Folding System
Free Standing When Folded

Barangan Bayi Yang Dah Order Dari Lazada

Malam tadi, lepas tahu Lazada tengah buat promosi murah untuk barang bayi, terus pilih barang-barang untuk keperluan baby masa lahir nanti. Berpinau mata nak pilih sebab semuanya murah..haha. So, sempat la grab 8 items. Walaupun wife  due lambat lagi, tapi at least barang-barang persediaan tu sedikit sebanyak dah ada. Dapat gaji bulan seterusnya, beli lagi.
Antara barang yang aku dah order di Lazada. Korang bila lagi?

Yang dah ada baby dan bakal ada baby macam aku ni, nak beli barang barang baby yang murah boleh serbu ke Lazada Malaysia Big Baby Fair  yang bermula dari 27 Mac 2017 hingga 2 April 2017 dengan diskaun istimewa sehingga 85% tau. Siapa cepat dia dapat!
Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah Lazada Malaysia Big Baby Fair : Promosi Barang Bayi Murah Reviewed by Nick Nashram on 9:28:00 PG Rating: 5

6 ulasan:

  1. BOLEH PILIH2 N ODER APA YG PERLU

    BalasPadam
  2. Best kan banyak diskaun macam ni. Tahniah Nik & wife <3 <3 <3

    BalasPadam
  3. Ohhhh, syoknya wife pun blogger and cikgu pula tu hehe.
    Good luck! :)

    BalasPadam
  4. mantap review product kat webblog nicknashram ni ...100% good job....

    BalasPadam
  5. It is really interesting then that I heard of the Big Baby Fair Sale by Lazada Malaysia where we can enjoy the best deals and prices for a wide assortment of baby products.

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.