Tutup Pintu Rumah Waktu Maghrib Untuk Elak Gangguan Ummu Sibyan

Tutup Pintu Rumah Waktu Maghrib Untuk Elak Gangguan Ummu Sibyan l Pernah tak alami peristiwa dimana anak kecil menangis dengan kuat dan matanya terbeliak/meliar ke atas pada tempat yang sama terutamanya waktu maghrib? Ini kerana rumah tersebut telah dimasuki jin yang bernama Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka menganggu bayi dan kanak-kanak yang berusia kurang dari 2 tahun Sebab itulah, kanak kanak yang baru lahir perlu di azankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, 10 minit sebelum maghrib pastikan pintu rumah dan tingkap telah ditutup untuk elak rumah dimasuki oleh Ummu Sibyan. Ummu Sibyan ini hanya akan masuk ke dalam rumah yang mana pintu dan tingkap terbuka luas.

Apa Kerja Ummu Sibyan?

Tutup pintu rumah waktu maghrib, ummu sibyan suka ganggu anak kecil

Merupakan jin kafir yang suka mengusik dan menganggu kanak-kanak ketika waktu maghrib. Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar tetapi kepala kecil dan berjalan seperti cicak di celah bumbung. Apabila kanak-kanak melihat ke arahnya, dijelir lidahnya dan menyebabkan kanak-kanak itu menangis melalak.

Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan :
  • Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
  • Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
  • Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
  • Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh

Cara Nak Elak Dari Gangguan Ummu Sibyan

1. Amalkan doa dibawah untuk melindungi bayi dan kanak-kanak.

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لامَّةٍ

Maksud :Aku berlindung daripada kalimah yang sempurna daripada syaitan durjana daripada mata yang mencela

2.Tutup pintu dan tingkap rumah waktu maghrib.

Kaedah Rawatan Pada Bayi Dan Kanak-Kanak Yang Terkena Gangguan

Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis. Halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti : 

(Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak-anakku). 
InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Jadi, dinasihatkan kepada semua, terutamanya bagi mereka yang ada anak-anak kecil, sebelum pukul 7, tutuplah pintu dan tingkap rumahmandi dan ambil air sembahyang, buka channel 106 Astro..sambil menunggu azan maghrib kita berzikir. Kena ingat, makhluk halus ni kita tak nampak dia tapi dia nampak kita. Semoga kita semua terlindung dari gangguan syaitan,jin dan iblis.
Tutup Pintu Rumah Waktu Maghrib Untuk Elak Gangguan Ummu Sibyan Tutup Pintu Rumah Waktu Maghrib Untuk Elak Gangguan Ummu Sibyan Reviewed by Nick Nashram on 8:42:00 PTG Rating: 5

3 ulasan:

  1. kalau org2 dulu mmg la pantang waktu2 maghrib masih kat luar...sebelum pukul 7 dah kena ada dalam rumah...

    BalasPadam
  2. Seramnyaaa...tapi memang adat turun temurun pun tutup rumah waktu senja, hehehe.

    BalasPadam
  3. Tips yang baik untuk perkara seperti ini

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.