Cara Buang Background Gambar Tanpa Guna Adobe Photoshop

Cara Buang Background Gambar Tanpa Guna Adobe Photoshop l Ini adalah satu cara membuang background dalam gambar dengan menggunakan web tool www.befunky.com . Platform Befunky disediakan dalam bentuk aplikasi mobile dan desktop. Namun untuk menghasilkan editing yang lebih berkualiti, saya cadangkan anda menggunakan versi desktop supaya keratan bahagian yang hendak dibuang lebih kemas.

Di dalam tutorial ini saya hanya terangkan cara membuang background menggunakan Befunky dan sedikit design menggunakan Powerpoint. Mungkin anda terfikir kenapa saya tidak gunakan saja tool Remove Background dalam Powerpoint. Sebenarnya tool Befunky lebih user friendly dan sesuai untuk digunakan oleh beginner.  Selain itu, terdapat banyak tool editing lain di dalam Befunky yang hampir sama dengan tool asas Adobe Photoshop. 
.
Sekarang buka laptop / pc anda dan ikuti langkah-langkah  pada setiap gambar tersebut.

CARA MENGHILANGKAN BACKGROUND GAMBAR

1. Buka laman web befunky.com dan klik pada button 'Photo Editor'

2. Klik 'Upload' dan pilih 'Computer' untuk memuat naik gambar anda.

3. Pada menu sebelah kiri pilih 'EDIT' dan klik pada 'Cutout'.

4. Klik 'Polygonal Lasso' sebagai shape selection. Anda boleh juga pilih shape yang lain bergantung pada kesesuaian objek dan keselesaan anda.

5. Klik button 'Erase' kerana kita akan membuang bahagian yang tidak dikehendaki.

6. Untuk 'Feather' anda gunakan 5.00. 

7. Dengan menggunakan mouse, klik pada tepi objek dan buat satu bentuk yg mengelilingi bahagian yang hendak dibuang. Temukan semula point akhir dengan point mula tadi dan secara automatik bahagian tadi akan didelete. Untuk mendapatkan ketepatan ketika membuat garisan pada objek anda perlu zoom in gambar tersebut. Gunakan meter untuk zoom in sepertt anak panah di bahagian bawah gambar.

8. Ketika mouse anda masih sedang dalam active mode apabila membuat garisan tadi, anda boleh tekan 'Spacebar' pada keyboard anda dan klik mouse serentak sambil mengerakkannya supaya kedudukkan gambar dapat diubah untuk memudahkan anda menyiapkan garisan tadi.

9. Apabila selesai membuang semua background, klik pada button 'right'.

10. Anda boleh menggunakan tool lain dalam Menu Edit ini jika perlu. Untuk tutorial ini saya terus 'Save' sahaja kerana saya akan guna cara lebih mudah di Powerpoint nanti.

11. Pastikan anda save as PNG.

12. Buka Powerpoint (saya gunakan version 2010) dan pergi ke menu Design/Page Setup.

13. Tukarkan 'Slides Sized For: Custom'. Untuk kegunaan media sosial saya gunakan ukuran 15 inches x 15 inches. Klik OK.

14. Klik menu 'Insert'dan pilih gambar background yang anda ingini.

15. Masukkan juga gambar objek PNG yg telah anda buat tadi. Adjust size, kedudukan dan rotation semua gambar tadi mengikut kesesuaian.

16. Pada Menu 'Format', cuba mainkan tool 'Corrections', 'Color' dan 'Artistic Effect' untuk jadikan gambar anda lebih menarik.

17. Save as JPEG jika anda telah berpuas hati dengan gambar / poster baru anda.

Sumber : Hazrezal Ahmad
Cara Buang Background Gambar Tanpa Guna Adobe Photoshop Cara Buang Background Gambar Tanpa Guna Adobe Photoshop Reviewed by Nick Nashram on 12:14:00 PG Rating: 5

5 ulasan:

  1. Stylo lah hasil yg last tu, mmg cantik. Saya pun dh start mengedit gambar guna powerpoint dah sekarang, senang, lagipun laptop takda photoshop bagai..

    BalasPadam
  2. Wah elok sgt gambar tanpa background ni tapi kena teliti baik2 kalau nak pelajarinya.

    BalasPadam
  3. wah menariknye...thanks for the share....

    BalasPadam
  4. Good tips ni ...tq forsharing.

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.