Trafik Blog Mencecah 10k Pageview

Pertama kali blog ni mencecah pageview 10,000+ dalam masa sehari. Biasanya trafik harian yang dapat antara 5000+ dan 6000+ pageview. Biasanya kalau update blog pada hari minggu, trafik memang menurun. Mungkin ramai yang bercuti dan ramai yang tak surf internet.Tapi, semalam pun weekend (hari sabtu) masih trafik naik mencanak sehingga hari ini.


CARA UNTUK MENINGKATKAN TRAFIK BLOG

Berdasarkan aku punya pengalaman, banyak cara untuk tingkatkan trafik blog. Dan cara paling mudah ialah buat giveaway, segmen atau contest. Kebanyakkan blogger banyak aplikasikan cara ini, sebab pada masa yang sama, dapat jugak tambah followers. Bertukar RSS Feed (Exchange Feed) dengan blogger lain pun mampu untuk menjana trafik kerana link feed blog tersebut akan terpapar di blog lain pada bahagian yang ditetapkan. 

Cara untuk meningkatkan trafik blog dengan menulis entri, pada pendapat aku, bergantung pada jenis trafik yang blogger tersebut nak. Jenis trafik ni aku panggil trafik segera dan trafik kekal.

JENIS TRAFIK SEGERA

Trafik segera bermaksud jumlah trafik yang korang dapat dalam lingkungan masa yang tertentu sahaja dan cariannya oleh pembaca tidak berterusan.  Contoh :
  • Entri yang kontroversi dan gosip tentang selebriti atau artis.
  • Entri perlawanan bola sepak (biasanya live streaming).
  • Entri drama TV.
  • Entri tentang giveaway, segmen atau contest.

TRAFIK KEKAL

Trafik kekal bermaksud jumlah trafik yang berterusan hasil daripada entri ditulis yang sentiasa menjadi carian pembaca. Contoh :
  • Entri senarai top 10 yang pasti akan dicari oleh ramai pembaca seperti top 10 orang kaya Malaysia, top 10 blogger cantik Malaysia, top 10 blog Malaysia paling popular. 
  • Entri tentang pertunangan dan perkahwinan seperti tips memilih cincin pertunangan, contoh baju pengantin dan pelamin terbaru,hantaran perkahwinan.
  • Entri mengenaik cinta seperti cara nak buat kekasih menyesal, putus cinta, cara nak pilih pasangan.
  •  Entri yang berunsurkan informasi tentang gajet, isu semasa,novel online,kesihatan dsb.

Post a Comment

7 Comments

  1. tahniah tinggi trafik blog cikgu tu dgn n3 yg sentiasa diintai viewers...

    ReplyDelete
  2. Asalam Nick H..wow!!! 5 bintang blog ini..banyakknya tu..puuuhh!! hebat2..terasa kembang dapat trafik macam tu. Terasa sayang semua readers kan..tahnia ya dan terima kasih tips2 yang hebat perlahan akan praktikkan...cuma risau jika banyak tersalah info so buat ringan saja

    ReplyDelete
  3. Hari minggu mmg traffic kurang sebab biasanya ramai yg surf guna pc office waktu kerja... oppsssss

    ReplyDelete
  4. datang ke sini lagi N H

    ReplyDelete
  5. Ucing singgah sini (>x<) miau..

    ReplyDelete
  6. Saya belum sampai ke tahap ini. InsyaAllah akan terus update dari masa ke semasa dengan info-info terkini dan bermutu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.