Cara-Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin


Ujian saringan HIV merupakan salah satu syarat wajib kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ujian ini hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Tak buat tak dapat kahwin. Aku baru je selesai buat test semalam, resultnya negatif/ tidak reaktif. Yang first time nak kahwin mesti nak tahu proses ujian saringan HIV ni kan. Kena bawa apa? Datang pukul berapa? Banyak tak ambil darah? Bayaran berapa?

Cara- Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Di Klinik

Langkah 1 : Kenalpasti Klinik
Untuk memudahkan kerja, telefon klinik tersebut untuk tanya tentang ujian saringan HIV. Lain klinik, lain prosedur dan masa. Sesetengah klinik, ada yang kena buat appointment terlebih dahulu dan ada juga yang terus walk in. Masa untuk ujian HIV juga berbeza mengikut lokasi. Ada klinik yang buat 2 sesi iaitu bermula 8.00 pagi-12.00  tengahari dan 2.00 petang - 4.00 petang. Macam Klinik Jeram, Pasir Puteh, Kelantan..tempat aku buat ujian HIV ni hanya ada sesi petang sahaja.

Langkah 2 : Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Sampai je di klinik, pergi ke kaunter pendaftaran dan bagitahu nurse yang bertugas untuk buat ujian HIV. Beri kad pengenalan korang dan nurse akan bagi borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan  dan borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV (mengikut negeri) yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.  

Borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV di Kelantan

Langkah 3 : Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test
Dah siap isi borang, serahkan borang tersebut ke kaunter yang diarahkan oleh nurse bertugas. tadi. Tunggu nama korang dipanggil. Untuk ujian HIV, nurse akan menggunakan Rapid Test Kit dan keputusan boleh diketahui dalam masa 5-20 minit. Darah akan diambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle. Sakit tak? Korang rasa la sendiri..hehe 

 Contoh keputusan ujian saringan HIV melalui Rapid Test Kit.

Langkah 4 : Keputusan Ujian HIV Reaktif Atau Tidak Reaktif
Korang akan terus dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan diberi satu sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan nanti. Bagi yang keputusannya tidak reaktif (negatif), terus la balik ye..hehe. 

 Sampul surat keputusan ujian saringan HIV

Bagi keputusan yang reaktif (positif), bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.

 P/S : Yang nak kahwin kali ke 2,3,4,5 pun kena buat jugak ye ujian HIV ni :)

Post a Comment

67 Comments

  1. tips menarik..bagus buat mereka yang nak kahwin

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan kepada orang ramai. . hehe

    http://www.adarain.com/

    ReplyDelete
  3. hmm ujian hiv perlu sgt masakini bagi mrk yg hendak berkahwin utk kebaikan pasangan itu juga kan...dulu2 xyah pun bukn sbb hiv tiada mungkin kurang sdkt brbnding la ni..

    ReplyDelete
  4. nice info ^_^ xtahu sbb belum nk kahwin lgi. hehe

    ReplyDelete
  5. pesanan kat bawa tu , x blh blah ... heheheeee

    ReplyDelete
  6. note last tu tak menahan ye..ada hatiiiii nk kawen lebih dri 1,2,3 haipp! >_< hahhaa

    ReplyDelete
  7. Nice sharing. Memudahkan utk bakal2 pengantin me-research mklumat ni. (Y) good job cg.nick.

    ReplyDelete
  8. bertambah lg ilmu, blh save nie print cantik2 utk bekalan masa depan ..

    ReplyDelete
  9. dah nak kawen? jgn lupa invite.

    ReplyDelete
  10. Ooo, kena isi borang.
    Ingatkan pergi melenggang je la

    ReplyDelete
  11. susah gak erk nk kawin pon he3

    ReplyDelete
  12. Haiiooo sy nak tanya kalau test ni berapa harganya? Depends on klinik or hospital ke or fixed price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap bayar RM1 sahaja untuk test hiv..tak kira kat hospital atau klinik kesihatan.

      Delete
  13. Kalau sy dok johor tp nk buat kt klnk kt kl boleh ke? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je nak buat di klinik kat kl tapi dengan syarat kena ambik borang hiv test kat pejabat agama di johor kemudian bawak pegi ke klinik di kl tu.

      satu lagi, boleh masuk website e-ncr johor untuk tahu proses kahwin ni.

      Delete
  14. bpe lame ea valid hiv test ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiv test valid selama 6 bulan sahaja.selepas 6 bulan hiv test tu dah tak valid dan kena buat yang baru.

      Delete
    2. Nick, Valid selama 6 bulan tu kira dari tarikh kita buat test sampai ke hari kita submit semua documents ke Jabatan Islam atau sampai tarikh kita akad nikah..?

      Delete
    3. Kira dari tarikh kita buat test sampai tarikh kita hantar semua dokumen.

      Delete
  15. Mintak mintaklah negative nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau, kalau amalkan gaya hidup sihat, result tu mesti negatif :)

      Delete
  16. kalau pmpn tu dya prgnt. hiv test akn positive kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perempuan kita guna pregnancy test..jika pregnancy test tu tunjuk 2 bar, itu maknanya positif (mengandung).jika satu bar sahaja, itu negatif (tak mengandung).

      Delete
  17. selain dari ujian hiv,adakah klinik kesihatan ni memberi kemudahan utk memeriksa ujian darah lain seperti hep b dan c?kalau ada berapa lama kita kena tunggu untuk dapatkan keputusan nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya ujian hiv dan ujian talasemia sahaja yang dibuat di klinik. untuk ujian darah seperti hepatitis b dan c tak termasuk.

      Delete
  18. nk tya... borang tu mmg ada disedikan di klinik or.hosp kerr? ker.kna amik dekat.pejabat.agama???

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang tu kena ambik di pejabat agama atau boleh masuk web laman pejabat agama negeri dan cari borang ni untuk download pastu print.

      Delete
  19. nick..sya nk tnya..klu kita nk test untuk pngethuan sma ad kita ad hiv atau x blh ke kat klinik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bole je buat sama ada kat klinik kerajaan atau klinik swasta..nak buat sendiri kat rumah pon boleh tapi kena beli rapid test kit dulu.

      Delete
    2. Hai nick.. Saya nk bertanya... Dimanakah ada jual rapid test hiv?

      Delete
    3. Hai fazira..rapid test hiv boleh dibeli di farmasi.Kalau nak beli online pon boleh. Beli di lazada..search 'rapid test hiv'.

      Delete
    4. Hai nick... Dekat mana ada jual rapid test hiv?

      Delete
  20. Borang apa yg kena ambil kat pjbt agama?? Tk bape faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang maklumat diri tentang pengantin dan pasangan.

      Delete
  21. ujian HIV ni valid sampai bila yea? ?brpa bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. keputusan ujian hiv hanya valid untuk tempoh 6 bulan sahaja.

      Delete
  22. result darah nie ade tarikh luput x..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tarikh luput..selepas 6 bulan dari tarikh buat ujian hiv,keputusan ujian darah tu dah tak valid.kena buat yang baru.

      Delete
  23. Kalau orang to pregnant boleh ke amek test hiv ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perempuan mengandung takde masalah untuk buat hiv test..hiv test ni hanya ambil setitis darah je pada jari untuk diperiksa dengan rapid test kit sama ada positif atau negatif hiv.

      Delete
  24. Kalau saya ambil HIV Test di hospital swasta, adakah ujian saringan HIV itu valid?
    Atau semua ujian HIV mesti diambil di hospital kerajaan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak valid jika diambil dari hospital swasta..keputusan hiv test hanya valid jika ianya dibuat di hospital atau klinik kerajaan sahaja.

      Delete
  25. assalam nick, nak tanya. macam saya orang melaka tapi nak buat HIV test dekat putrajaya. if buat tanpa ada borang dari paid melaka boleh ke? maksudnya buat dulu then attch semula bila da amik borang nanti?

    ReplyDelete
  26. Hi nick, tadi ada terbaca komen kat atas cakap pasal hiv test ni valid 6 bulan kan.
    Tapi haritu kat kursus kahwin, diorg cakap valid 3 bulan je. camne nie? majlis bulan 3/2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu tak pasti pulak..tahun sebelum ni memang 6 bulan.mungkin ada perubahan baru kot yang tempoh sah hiv hanya 3 bulan je.

      Delete
  27. Ujian HIV blh buat di klinik swasta x? Sbb mls nk tunggu2, lambat sgt kalau buat dekat klinik kerajaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat ujian HIV kat klinik swasta untuk saje2 xde masalah..tapi kalau untuk tujuan pernikahan tak boleh..ujian HIV wajib buat di hopsital atau klinik kerajaan..buatlah appointment terlebih dahulu untuk elak dari tunggu lama.

      Delete
  28. Kalau saja2 nak buat boleh k?xpernah buat pon sbb masa kawen dulu xdak syarat camni..lama dah kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saje2 nak buat boleh je..tak perlu pergi ke hospital/klinik..beli je hiv test kit kat kedai atau order online di lazada.

      Delete
  29. Nk tnya klu jumaat n sabtu bka ke utk test hiv di kelantan?

    ReplyDelete
  30. berapa lama tempoh sah ujian tu??

    ReplyDelete
  31. Thanks!!! Penjelasan yang mantap dan jelas ^_^

    ReplyDelete
  32. Tpi betul ke kalau org kesihatan tu tk ckp apa2 pasal keputusan, then dia bgi result dlm sampul yg telah di seal cm tu je..adakah sya tkda Apa2 masalah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya buat ujian hiv,dia ckp keputusannya.Pastu bagi borang keputusan tu untuk diserahkan kepada pegawai pendaftar perkahwinan. Cuma,bagi mereka yg keputusan hiv positif,doktor akan cadangkn mereka hadir untuk sesi kaunseling.

      Delete
  33. Assalamualaikum...
    Kalau reaktif(positif)tu disebabkan ape ye? Kaunseling ape pulak perlu buat? Saye bakal pengatin... belum buat ujian saring hiv lagi.. baca kat atas tu cam takut lak nak buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau positif,ianya disebabkan oleh hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti hiv atau selalu bertukar pasangan..dan masa buat hubungan seks tu tak pakai kondom.

      Selepas buat ujian hiv dan didapati positif,doktor akan buat sesi kaunseling..biasanya dia akan bincang samada nak teruskan perkahwinan tu atau tak dan bagitahu sekali risikonya.

      Jangan risau,kalau amalkan gaya hidup sihat,insha allah takde apa-apa.

      Delete
  34. borang tu ditulis kat atas nurse yg akan berikan?

    ReplyDelete
  35. Dimana nak dapatkan borang hiv tu? Diklinik kerajaan ke atau di jaim? Kena buat borang hiv secara online ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Borang tu boleh dapatkan di klinik kerajaan masa nak buat hiv test.

      Delete
  36. Assalamualaikum, nak tanya dalam Borang BNO, dia ada minta kita isi no siri pemeriksaaan kesihatan, tapi nurse tak tulis dalam slip HIV tu.. tak isi dekat borang BNO tu xpe ke?

    ReplyDelete
  37. Salam...klw kita nk test kat mana2 klinik kerajaan bole x..kira saja nk test..apa ya kena isi borang kawen jgk ka mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.kalau saja2 nak test, tak perlu pergi klinik kerajaan.boleh buat sendiri test hiv kat rumah.dengan syarat ada hiv test kit.boleh beli kat lazada.

      Delete
  38. Salam sya nk tya..klw kta saja nk test ujian hiv tersbut..kira mcm saja2 test..nk tgok tahap kesihatan kita..hihi

    ReplyDelete
  39. Terima kasih. Sangat membantu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.