Cara Dan Petua Untuk "Tahan Lama"


NASI / LAUK

Nak bagi nasi atau lauk tahan lama?

Jangan guna tangan korang untuk ceduk nasi sebab tangan korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke..


PAKAIAN

Nak bagi pakaian tahan lama?
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat. Elak guna mesin basuh dan klorox. Jangan jemur bawah matahari. Basuh seminggu sekali. Jangan bagi pinjam kat kawan. Nak lebih tahan lagi, baju sendiri simpan, pinjam baju kawan.

KERETA
Nak bagi kereta tahan lama?
Simpan je kereta dalam garaj. Ada habuk sikit je terus lap. Jangan lupa tutup dengan kain sekali. Nak pergi mana-mana naik teksi je. Konpem seribu tahun pun kereta korang tak berkarat.


UMUR

Nak bagi umur tahan lama?
Selalu senyum, selalu berzikir. Masalah kerja jangan bawak balik kat rumah. Jangan banyak berhutang dan selalu bersedekah. Kalau nak sedekah jangan segan-segan pulak mintak no akaun aku..hehe

ROKOK

Nak bagi rokok tahan lama?
Jangan hisap, letak atas meja dan pandang je.

BUAH
Nak bagi buah tahan lama?
Pergi kedai jangan beli buah limau, epal ke hape. Cari buah hati, gerenti bertahun-tahun tahan lama. Tapi kalau duit takde 10k, jangan haraplah korang nak beli buah ni.


Dah berminggu-minggu aku tak update blog, tapi mujur CPUV masih banyak yang lekat. Takde idea nak update. Thank you Nuffnang :)

Post a Comment

18 Comments

  1. haha..simpan kereta dalam garaj tu yang tak boleh blah

    ReplyDelete
  2. hrmmm fikir lain dah tadi hahaha

    ReplyDelete
  3. TAK TAHU NAK GELAK NAK MARAH
    HAHA

    ReplyDelete
  4. hm x pe x update lama pun, traffik maintain je kan.. \0/

    ReplyDelete
  5. hahahahaha...bagus petua2 ni...nak pinjam baju kawan la..

    ReplyDelete
  6. hehe, pandai eh..atas tu yg tips pun..yg len hampeh..haha!

    ReplyDelete
  7. Pinjam baju kawan? Hehe..good idea!

    ReplyDelete
  8. EWAH MACAM2 TIPS KELUAR LEPAS RAYA YA..HEH..HEH..

    ReplyDelete
  9. Tak berapa nk petua je bila baca...huhuhu

    ReplyDelete
  10. Baik punya keyword! Menderu trafik masuk...haha!

    ReplyDelete
  11. Tajuk dasyat Nick pancing trafik tu..haha..petua kelakar lah pulak tapi ada gak logiknya..hehe

    ReplyDelete
  12. petua nak tahan bila kena maki acaner plak hahhaha ;p

    ReplyDelete
  13. hmmm...takde nak komen pape..cuma nak ckap nasik ambeng tu nmpak menyelerakan..heheh

    ReplyDelete
  14. kehkeh...motif apa kalau beli kereta tapi simpan dlm garaj..haha lawak..;p

    ReplyDelete
  15. makin comical entry2 dia.

    ReplyDelete
  16. tips terbaik nie...hahhaha

    ReplyDelete
  17. singgah sini..lawat kawan-kawan blog..
    GA first.. jom singgah sini http://cikath.blogspot.com/2014/08/giveaway-creative-selfie-by-jlm-cik-ath.html

    keep supporting ye..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.