Kalau Lah Salji Turun Di Malaysia


Kecoh dalam facebook yang salji bakal turun di Malaysia. Tapi, aku perasan jugak..sejak 2 3 hari ini..keadaan macam sejuk semacam. Air paip pun sejuk. Mandi tengahari pun rasa sangat sejuk air paip tu. Masa kanak-kanak dulu berangan nak rasa macam mana sentuh salji. Kalau la salji turun kat Malaysia, benda yang aku nak buat : 

1. Nak pergi kedai bundle cari baju sejuk.
2. Nak main salji sampai beku tangan.
3. Nak beli benih strawberry & anggur, tanam belakang rumah.
4. Nak beli sirap & susu banyak-banyak, nanti jugak boleh buat ABC.
5. Nak cuba main ice-skating even tak pandai.
6. Nak ajak kawan-kawan main baling salji.

Bunyi macam seronok. Tapi kalau tengok dari segi side effect tu banyak jugak. Penoreh tak boleh pergi menoreh, nelayan tak boleh turun ke laut even budak sekolah pun malas nak pergi sekolah..nak mandi kena guna air panas. Siapa masa kecik dulu suruh mak masak air panas pastu campur dengan air sejuk nak mandi, cepat mengaku!

Post a Comment

23 Comments

  1. kalau salji turun di malaysia. sye nak lari tempat lain, sbb sye dah serik kena sejuk salji..kesejukan lain macam..haha

    ReplyDelete
  2. memang xgemar dgn sejuk melampau ni n xpernah berangan negara kita dilimpahi salji...minta2 jgnlh berlaku bgitu...

    ReplyDelete
  3. Ohoh, memang rasa macam best ja bila dengar 'salji' tapi bila fikir2 macam takut pulak. :)

    ReplyDelete
  4. TAK BEST LGSUNG KOT KALAU DUK NEGARA BERSALJI SBB KITA BUKAN SEJAK AZALI LAHIR DI BUMI SEJUK, LAGIKAN MAIN SNOW SEJAM PUN DAH GIGIL INIKAN PULAK NAK PAKAI BAJU SEJUK 24 JAM

    AKAK DR KECIK MANDI AIR SEJUK
    SESEKALI MANDI AIR PANAS HOTEL PUN LAST MESTI BILAS AIR SEJUK JUGAK
    DAH BIASA

    ReplyDelete
  5. bestnya kalau betul2 turun salji....dapat lah merasa main salji...hahaha....
    tapi ada juga timbul rasa insaf... dunia dah tua, mcm2 yg terjadi...:)

    ReplyDelete
  6. haha...tiada kena mengena dengan cik akak..hihi

    ReplyDelete
  7. mcm teringin jugak...tp byk tpt kotor kat M'sia ni...mesti salji pun kotor huhu ;)

    ReplyDelete
  8. kalau salji turun tandanya kiamat.

    ReplyDelete
  9. tak ramai yang tahan sejuk... takut2 ada yg meninggal kesejukan sebab tak biasa dgn cuaca mcm tu

    ReplyDelete
  10. rasanya lumpuhlah negara kita..kereta semua tak boleh start,banyak pekerjaan tak boleh buat mcm pertanian,perindustrian,pembinaan dll ..kena ubah gaya hidup 360` le jawabnya nick..apapun rancangan Allah swt tiada siapa yg tahu..

    ReplyDelete
  11. haha nak baju sejuk jer haha nampak comel pakai baju tu ahaha

    ReplyDelete
  12. Nak buat snowball banyak-banyak. Rumah igloo pun nampak macam menarik. Kalaulah.. hehe

    ReplyDelete
  13. Ada pro n kontra, yg pasti kaki fesyen akn pakai baju tebal bulu2, siap lilit mafela dkt leher... Hehe..

    ReplyDelete
  14. Yup pastinya seronok..tapi tak lama coz nanti semua agak bosan coz banyak benda takleh buat..kita orang pun pernah jadi jakun bila first time salji turun..tapi kejab aje coz tak tahan even dah pakai glove and jacket. Boleh imagine lah kalau turun kat malaysia..mesti ramai yang excited kan!!!

    ReplyDelete
  15. macam seronok,, tapi,,,, :'(

    ReplyDelete
  16. kalau salji turun kat msia, gua orang 1st nak niaga ABC haha

    ReplyDelete
  17. ngeh ngeh ngeh.. macam seronok tapi implikasinya buruk tau. tapi kalau dapat main baling salji, Nik akan jadi mangsa pertama saya baling salji..boleh gitu? Hahahaha

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum...nick,

    kalau mselim3 nak minum cendol satu... lagi lagi best cendol pulut satu.. hehehhe

    mselim3

    pls: Harga ABC,ais jelly, dan cendol jadi murah...

    ReplyDelete
  19. hmm agaklaa. sy pun perasan akhir akhir suhu dingin je. memang sentiasa terlintas di pikiran "tiba tiba salji turun kat Malaysia !!". woah, i cant imagine that *.*

    ReplyDelete
  20. Tak best laa...cuaca skrang lagi elok...

    ReplyDelete
  21. Kalau turun - bnkrup ICity sebab dapat main salji free (takperlu bayar) Kikiki

    http://cheguzam.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. pg dgn malam mesti sejuk.. seronok tidur sampai malas nk bngun kerja

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.