Tak Rela Isteri Kena Sentuh Dengan Doktor Lelaki

Keratan daripada Majalah Solusi...
Paling tidak dapat saya lupakan apabila doktor lelaki yang memasukkan ubat ketika proses induce bagi mempercepatkan kelahiran. Walaupun ditemani seorang jururawat wanita, perasaan malu tetap menebal sepanjang proses memasukkan ubat induce itu berlaku. Malah, ketika di dalam bilik bersalin pun, saya perasan ada dua orang doktor pelatih lelaki berada berhampiran saya dan melihat aurat saya ketika hampir hendak bersalin!

Dan ini pulak luahan seorang suami...
.....dengan ini memaklumkan kepada pihak puan bahawasanya saya tidak membenarkan sebarang penglibatan  doktor lelaki dalam proses bersalin isteri saya.


Pandangan aku...
Bersalin dengan mendapatkan rawatan daripada doktor wanita di hospital swasta cajnya agak mahal. Tapi, jika bersalin di hospital kerajaan bayaran tu berpatutan la, cuma kita tak boleh nak pilih doktor. Sebagai suami, konpem tak nak isteri korang masa bersalin tu dirawat oleh doktor lelaki kan. Apa kata korang?

Post a Comment

33 Comments

  1. Oh..tak rela saya. Hanya suami je boleh lihat aurat saya

    ReplyDelete
  2. kalau dah terpaksa nak buat macam mana.. huhu sekarang trend bersalin dalam air.. haa xda doktor pun nak tengok. doktor sambut baby je.. hehe

    eh2 hana pulak yang komen..hehe

    ReplyDelete
  3. sepatutnya begitulah....

    ReplyDelete
  4. Oh! tidak sesekali aku membenarkan doktor lelaki merawat isteriku melainkan dengan kebenaran, itupun jika darurat!
    Jika berkemampuan dapatkanlah hospital yg menyediakan doktor perempuan. Namun, Jika terpaksa...(itulah keadaan daruratnya)
    Pilihan masih ada, ianya ditangan anda!

    ReplyDelete
  5. sebolehnya memang tak nak. memang kalau ada husband pun dia takkan bagi. seeloknya try amik doktor perempuan

    ReplyDelete
  6. tape mahal, suami kita kn kaya.. eh? calon pun tade. hehe
    selagi bole pelihara, kita jaga lah baik2. tapi sbnrnya tak dosa pun, cuma malu and nk diri kita special untuk suami je:)

    nice entry, memahami hati wanita. hehehe

    ReplyDelete
  7. kakak saya bersalin di hospital kerajaan daripada anak 1 sampailah ke - 6 . semuanya dr perempuan malah semuanya sporting belaka aka x ada kerenah / masalah .

    klu kita permudahkan urusan org maka org juga akan permudahkan urusan kita ... percayalah ...

    ReplyDelete
  8. Sy harap rezeki dapat doktor perempuan bila dgr pengalaman bersalin kawan-kawan..

    ReplyDelete
  9. saya dah 2 kali kat HUKM, walaupun doc perempuan, tapi yang buat sume dari awal sampai akhir adalah doktor pelatih + student...doc dtg check ble da settle.yg sambut baby nurse. berderet student lelaki ..

    ReplyDelete
  10. aku rasa tiada masalah sebab benda tu membabitkan masalah darurat kerana ianya antara hidup dan mati kan. atau pun dgn erti kata lain islam memberikan kelonggaran jika berkait dengan kesihatan.

    ReplyDelete
  11. pendek cite..
    ko ngade2 pergi hospital bebayar okehh
    hahhaha...
    darurat tu amik paham je la..
    lagi pon bg aku dr perempuan ni bermasalah..
    sebab diorg ni mana da yang sanggup dtg lewat2 malam stanby.. ada la.. tpi ngan muka terpaksa..
    lepas tu mulalah nk marah2 nak bising2
    dr mana pon kalau buat kerja elok insyallah semua mudah.. memang malu tapi dgr cita sakit tu apa pon dah x igt dah..
    DR pon dah mangli kot..
    tapi aku rasa bab bersalin kat gomen ni kebnyakkan skrng nurse yang buat, nurse bidan.. malah lagi elok, dr ni mai cek kalau da kes je..
    tak pasti la

    ReplyDelete
  12. hal ini banyak isu yang perlu dikaji sebenarnya.
    memang kita terikat dengan hukum fiqh, tapi hukum fiqh juga tertakluk pada situasi dan keadaan semasa (realiti)
    realitinya bukan semua doktor wanita boleh terlibat dan mahu menjadi pakar dalam bidang perbidanan. bahagian-bahagian lain pun memerlukan doktor wanita.

    Perkara ini perlu penelitian banyak hal.
    Berapa jumlah doktor yang ada, berapa jumlah doktor pelatih, berapa pengambilan pelajar perubatan dalam setahun.
    Lihat juga berapa ramai doktor perempuan berbanding lelaki. Lihat pula kecenderungan bidang masing-masing. Bidang apa yang paling kritikal.

    Tak terkecuali juga, berapa kos yang dikeluarkan untuk membiayai pengajian menjadi seorang doktor.

    Lagiun, kalau di hospital swasta sekalipun, belum tentu lagi kita boleh dapat khidmat doktor perempuan.

    Saya faham, perempuan sebolehnya mahukan doktor perempuan. Tapi kalau masalah 'syahwat' dibangkitkan ketika doktor lelaki melihat aurat wanita yang hendak bersalin....kita boleh persoalkan - lelaki mana yang bernafsu syahwat melihat keadaan bersalin yang menyakitkan, besrta darah yang banyak keluar...

    Nampak mudah, tapi panjang lebar perbincangannye...

    ReplyDelete
  13. setuju dengan lelaki ni , tapi kalau dah darurat , tak tahu la...hehe
    malu tu memang la , tapi rasa sakit nak bersalin mengatasi rasa malu...

    ReplyDelete
  14. kalo anna pon x nak jugak tapi kalo terpaksa rasanya kena la jugak... nak buat macam mana lagi..

    ReplyDelete
  15. kalau tak rela isteri di sentuh lelaki lain wpun doktor,suami kena usaha simpan duit dan pilih spital yg boleh pilih doktor.kalau spital gomen jgn harap boleh pilih.kalau dapat itu mmg nasib baik sgtlah

    ReplyDelete
  16. klau ikot mmg malu..tapi..klau da doc pumpuan xde..suma laki je..nk wt cmne kan..tpi klau bley xnak doc laki!

    ReplyDelete
  17. memang la malu, tp tu la kalau dah terpaksa kan.

    ReplyDelete
  18. tak silap saya ada beberapa peringkat yang perlu dilalui yang disarankan oleh Islam bila seseorang perempuan hendak bersalin.

    tapi walau apa pun keadaan mestilah didulukan doktor perempuan Islam.

    namun saya yakin dalam situasi sekarang, doktor perempuan mencukupi untuk diletakkan di bahagian labour room. dan memang sewajanya untuk pihak KKM mengambil berat hal begini.

    Minta pandangan mereka yang arif dalam hukum hakam. :)

    ReplyDelete
  19. Kalau boleh memang nak khidmat doc pompuan je. Apa kan daya, bukan org kaya. Bersalin kat gomen je. Terpaksa c-sect sebab baby poor progress. Dan doc yg incharge adalah lelaki. huhu.. apa nak buat. Dah tertulis sebegitu.. Yang penting, anak dan ibu selamat. Apapun sy suka ngn khidmat hospital kerajaan, HRPZ2 memang tip top ;)

    ReplyDelete
  20. Ermmmmm..mulai sekarang sye akan kumpul duit untuk bersalin di hospital swasta demi kebaikan sye dan suami..

    ReplyDelete
  21. kita ikut kemampuan yelah...

    ReplyDelete
  22. atas sebab darurat perkara ini boleh dimaafkan ..

    ReplyDelete
  23. huhuhu....pernah terbaca artikel pasal doktor lelaki yang memilih untuk menjadi pakar sakit puan, dan doktor wanita yang menjadi pakar sakit tuan...tapi malas nak share sebab boleh menyentuh sensitiviti; nanti I kena saman plak :(

    ReplyDelete
  24. lama x singgah sini :)
    bru nk blw blik..
    ramai je doktor pompuan skrg nie....so xyah la rsau.

    ReplyDelete
  25. Salam singgah. Pandangan saya kerana mempunyai kenalan doktor, suami perlu berusaha untuk hantar ke hosp swasta kerana hosp kerajaan terutamanya waktu oncall (malam dan pagi buta), kdg2 hanya ada sorg je doktor dan yg lain2 adalah nurse. Di kala emergency begitu, apa yg suami tu boleh buat kalau the only doc is lelaki sedgkan wife tgh sakit. Kalau ke swasta, memang akan request dgn doc mana jadi kita ada hak memilih, bayar pun lebih la.

    ReplyDelete
  26. x sanggp.. -_- mudah2an nt waktu sy, doc pmpuan yg akan smbut.. xpn, pegi swasta.. bayar lebih xpa.. xpn, kawin je ngn doc.. hee

    ReplyDelete
  27. honestly... sya x sggup.. huhuhu
    perasaan malu ttap ade..
    pegi swasta aje..

    ReplyDelete
  28. sememangnya sgt malu..tapi jika keandaan terpaksa nk buat mcm mana, sy pilih doc perempuan utk bersalin di hospital swasta, tetapi ade masalh so terpaksa dibedah, n x semua kaitangan yg terlibat ukt pembedahan adalah perempuan...so nk buat mcm mana lagi...malu mmg malu...tp keadaan yg memaksa..xkn nk lari kot...hehehe

    ReplyDelete
  29. sememangnya sgt malu..tapi jika keandaan terpaksa nk buat mcm mana, sy pilih doc perempuan utk bersalin di hospital swasta, tetapi ade masalh so terpaksa dibedah, n x semua kaitangan yg terlibat ukt pembedahan adalah perempuan...so nk buat mcm mana lagi...malu mmg malu...tp keadaan yg memaksa..xkn nk lari kot...hehehe

    ReplyDelete
  30. kalo dengar pengalaman kawan pejabat ni dia kata sebelum bersalin memg dia minta dokter permpuan tapi bila waktu smpai dokter lelaki je yg ade. bila dah sakit tu dia tak kesah dr lelaki atau permpuan janji semua selamt. Darurat nak buat macam mana kan..huhu

    ReplyDelete
  31. Pe komen anda kalu doktr pelatih lelaki melihat proses bersalin anda@kawan2 anda?

    ReplyDelete
  32. Malaysia bukan negara darurat...haram dan berdosa besar jika membenarkan doktor lelaki merawat tubuh wanita...jangan cakap tak mampu nak pi hospital swasta...majlis kenduri kahwin yang tak wajib dulu habis berbelas atau puluh ribu boleh mampu, hutang kereta yang tak wajib mampu, dan macam lagi kita semua mampu tp bab mempertahankan maruah dan kehormatan kenapa bagi alasan mahal...setakat 2k, 3k tu mahal ke?? ingat akhirat wahai anda semua...

    ReplyDelete
  33. Isteri saya bertelanjang bulat dalam labor room

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.