Kisah Lucu Semasa Ambil Lesen Kereta


Masa tengah kemas fail terjumpa pulak dengan borang penilaian ujian memandu. Korang ingat lagi tak macam mana perasaan korang bila nak test lesen dengan encik JPJ? Kecut perut, takde selera nak makan, berdebar..macam-macam lagi la. Bagi aku, cukup la sekali ambil lesen..tak nak dah ambil lesen pasni. Mujur sekali test terus lulus..tu pun dapat 17/20..ngam ngam je lulus..hehehe

Ok, ni cerita lucu masa aku ambil lesen tahun lepas. Ada sorang perempuan ni..rasa-rasanya dia memang tak pernah bawak kereta. Bila ditanya boleh ke dia bawa kereta naik bukit, so dia jawab boleh. Biasanya bila dah naik bukit tu kita tekan brek dan tarik handbrake kan. Tapi dia ni siap bukak pintu nak brek dengan kaki..gelak sakan weh..hahaha. Ada jugak yang terlanggar divider atas bukit sampai terbalik kereta..mujur driver tu ok. Macam mana agaknya pengalaman korang ambil lesen kereta/motor dengan pengajar yang garang ?

Kisah Lucu Semasa Ambil Lesen Kereta Kisah Lucu Semasa Ambil Lesen Kereta Reviewed by Nick Nashram on 4:35:00 PTG Rating: 5

30 ulasan:

  1. haha dia ingat naik motor ke nak tahan pakai kaki.

    BalasPadam
  2. Len dapat 20/20.

    O.O!!!

    Serius!

    BalasPadam
  3. x nak share...
    i hate that moment kena marah kaw2 punyer..nasib lulus..lega!

    BalasPadam
  4. laaa macam tu pun ade ke ???

    BalasPadam
  5. pengalaman akak,sekali ambik sib baik terus lulus..mungkin sebab jpj itu lelaki dan dia nak jual minyak urat.masa dah siap test dia tanya'dtg test ni sapa hantar?'akak cakap 'suami yg hantar' dia kata 'la dah kawen ke?'agaknya kalau dia tahu awal akak dah kawen,dia fail kan akak kot.hahaha

    BalasPadam
  6. lesen..huhu..cik akak belom ade lagi...hahaha

    BalasPadam
  7. huhu,,mybe dak tu nerves tu..:) tu yg macam2 hal berlaku..hehe

    BalasPadam
  8. uik. ada gak org mcm tu ek. ingat basikal ke apa. hehe. rasanya dia ingat semua tapi bila dah berdebar di awang-awangan habis suma xingat.

    hana part parking 3 penjuru xlepas tapi jpj xnampak. hehe lulus je..

    hana test 2 kali jalan raya, pertama jpj peramah, bajet kalau buat silap sikit dimaafkan tapi hampeh. test ke2 plak jpj muka agak garang sikit la. ada gak hana buat silap. tapi lulus :)

    BalasPadam
  9. serius bukak pintu kereta then tahan dengan kaki? seriusss?? ahahahaha

    BalasPadam
  10. hehehehe..kelakar nyer..sudi2kanlah singgah blog kathy pulak
    http://coretanhatikathy.blogspot.com

    BalasPadam
  11. haaaa leeza fail 1st test.. kah kah.. on da road. baru jew bawa 2 minit.. dh kena patah balik... ki ki ki

    BalasPadam
  12. konfem gelak guling2 pegawai JPJ yang jaga tu. buleh lak tahan pakai kaki kan? ingat tu keta flinstone ke?? hahaha.. ;P

    sampai terbalik keta eh? dasat tu.

    aku ok je. xde pengalaman yang rare nak citer.. biasa2 je.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ... saya parking x de masalah . Tapi bila on the road , saya terperangkap hampir 1 jam kat simpang 3 tanpa traffic light waktu org keluar lunch ... berpeluh bro ... alhamdulillah lulus wpun belajar memandu cuma sebulan n amik exam lak gantikan tpt org cancel . study satu mlm jer ... dah rezeki agaknya ... heheheeee

    BalasPadam
  14. samalah..KY pun dapat markah ngam ngam jugak heee

    masa test tak de lah yg menakutkan sangat cuma mula2 masuk dlm kete, tengok muka jpj garang terketaq2 tangan nak baiki side mirro hahaa

    BalasPadam
  15. ciss!!nyakitkan at giler.jpj over nak mampos..sakit at..scretch kan keta..baru tau.pdn muka.haha..

    BalasPadam
  16. aahahahaha,, ada ke patut ..
    ahahhaa,,
    dia buat lawak ngn encik JPJ tu kot..aahhaha

    BalasPadam
  17. haha.. tahan dgn kaki? 1st dengar
    bln 5 nie nk test jpj..adoii seram2 :)

    BalasPadam
  18. zaman saya dulu ada sorng tu revese kereta masa naik bukit smpai masuk hutan ngheh ngeh ngehhh kalkar nasib x de apa jadi..
    zman saya dulu pak cik JPJ ramah lebih saja sembang bg kita lupa unduang2 muahahha.. nyampah dennn nak lulus punya pasal layan je la kann..

    BalasPadam
  19. Boleh pulak keluarkan kaki? hahahaa macam naik moto la pulak.. adoii nia belum ambil lesen. tengah kumpul keberanian nak memandu sendiri. hehee

    BalasPadam
  20. haha...markah atas pagar je, tapi 2kali jugak test..

    BalasPadam
  21. cahayacinta.com

    first gagal jalan raya kedua ok hee..lega hati saya masa tu

    BalasPadam
  22. ehehhee lawaknya :D mmg takot sgt tgok muka encik JPJ kan, terketaq-ketaq la jgk time nk test tu, tp naseb baek laa lulus jgk..hee :D

    BalasPadam
  23. pengalaman saya lain..time belajar memandu, utk jalan raya langsung xpandai dan bukit terror tpi bila test, jalan raya lulus, bukit fail..heheh

    BalasPadam
  24. anna ada lesen motor je..kereta xde lagi.. tp pglaman masa amik lesen motor mmg teruk.. anna dtg paling last n nmber anna yg ke 50.. pkja sana bg nmber 5 kat anna, so anna duduk ikut turutan la... lpas hbs test pakcik jpj turun jumpa anna n tya mana kad anna.. anna kata anna x tahu, smua pkja sana yang sediakan.. jpj pggl dorang n marah, bila di check balik mmg anna dah tersilap sebab walaupon anna pakai nmber 5 tapi giliran anna tetap no.50.. pkja suh anna buat smula nnti tp pakcik jpj kata xpa, bg kad anna kat dia.. trs sattle.. huh, selamat rasa time 2.. hihihihi...

    BalasPadam
  25. Hahaha..kak intan okeh..ada tgk pemandu yg nak test tu elok sampai bukit je, sekali toink terbuka bonet belakang..mau gamat org gelak

    BalasPadam
  26. tak ada lesen lagi cikgu.. T___T haritu tengok kakak test naik bukit pun dah rasa macam apa..huhu.cuak juga

    BalasPadam
  27. <------ bakal menyusul :D

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah. Gagal dekat parking sebab tayar sangat dekat dengan line putih. Kalau ikutkan dah masuk cuma JPJ saja suruh ulang. Heheh. Takpe. And alhamdulillah kali ke2 repeat semua berjaya.

    Part jalan raya, sekali je terus lulus. Abang JPJ tu sangat baik even though I realised that I made some mistakes. Haha. And I get 17/20. Lol.

    Tergelak bila teringat balik kenangan tu.

    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.