Penting Ke Rupa Paras Dalam Dunia Blog?


Mungkin tajuk ini agak sensitif dan mintak maaf kalau ada blogger yang terasa hati dengan entri ini. Bukan nak mempersoalkan rupa paras seorang blogger sebab kecantikan ni benda subjektif. Cuma tergerak hati melihat trend orang zaman sekarang yang menilai seseorang tu berdasarkan rupa paras.  

Biasanya blogger yang ada rupa paras, blognya sentiasa menjadi 'port' tempat lepak blogger lain. Percayakah anda, rupa paras seorang blogger turut menjadi faktor kepada blog tu jadi terkenal. Contoh:

  • blogger yang cantik dan hensem, mesti ramai follower.
  • blogger yang cantik dan hensem, mesti banyak jum earning.
  • blogger yang cantik dan hensem, mesti tinggi trafik.
  • blogger yang cantik dan hensem, mesti ramai orang review.
Dan kat Malaysia ni, sememangnya ramai blogger yang berstatus cantik dan hensem..alhamdulillah..satu bonus untuk anda. Tapi tak semua blogger boleh berjaya dengan berbekalkan rupa paras saja. Ada blogger yang hanya letak gambar kartun sebagai profile picture tapi berjaya menarik ramai pengunjung untuk terjah ke blognya..bukan kerana paras rupa tapi kerana gaya penulisannya yang menambat hati pembaca.

Bagi aku sendiri, tak kisah blogger tu cantik, hensem atau tak...selagi entri mereka menarik dan best untuk dibaca, tetap jadi pengikut setia blog diorang. Walau apa pun, syukur la dengan anugerah yang Allah bagi. Persoalannya kat sini, penting ke rupa paras seseorang blogger dalam dunia blog?


Entri lain yang anda mesti baca : 

Penting Ke Rupa Paras Dalam Dunia Blog? Penting Ke Rupa Paras Dalam Dunia Blog? Reviewed by Nick Nashram on 9:01:00 PTG Rating: 5

43 ulasan:

  1. Memainkan pernan juga ni...ak yg buruk ni gigih mncri semua tu...

    BalasPadam
  2. @hazwan hairy
    mana ada buruk, aku tengok hensem je :)

    BalasPadam
  3. memang terbukti blogger yg cantik2 ni cpt ramai followers.. [singgah sini]

    BalasPadam
  4. tgk hanis zalikha dan fatin liyana....lawo beb!

    BalasPadam
  5. @Fendy
    kalo hanis zalikha ngan fatin liyana memang tersangat lawa dan cun bro.

    BalasPadam
  6. pada KY penting juga kut, seperti kata nick kat atas tu, blog blogger yg cantik dan hensem, selalu org singgah, apa lagi kalau entrinya vote..bonus tu kan?

    apa2 pun syukur dengar anugerah yg diberi Ilahi

    BalasPadam
  7. @KY
    memang untung jadi blogger yg cantik dan hensem..bonus untuk diorang tarik pembaca ke blog diorang..camne pun syukur :)

    BalasPadam
  8. *Nick pandai baca hati bloggers* Itupun salah satu tarikan untuk singgah blog sesorg. Tp tengok jgk... kalau content tak menarik hati... cepat lupe nk singgah lg :)Sy still blajar blogging, byk benda rasa nak baca. Hehe

    BalasPadam
  9. @Khalilah MNor
    nak buat entri yang menarik kenalah faham taste pembaca..apa yg kita tulis biarlah sama macam yg diorang expect..baru la ada respon dari pembaca..btw, saya pun bnyak lagi kena belajar jugak :)

    BalasPadam
  10. main peranan yang sangat besar bro. cuma kalau tak update blog tu takde guna gak r..hehe

    BalasPadam
  11. @skulluv
    hahah..kalo bersandar pada rupa je tapi takde entri yang fresh..pembaca pun malas nak terjah.

    BalasPadam
  12. bonus rr buat mereka

    tapi bagi aku, kalau entry & blog ko gempak

    tetap popular & mantap gak

    BalasPadam
  13. Salah satu faktor bro nick, sebenarnya kalau dilihat dari sudut industri seni pun orang yang cantik dan hensem lebih berjaya even bakat tak lah besar mana. Tapi kalau bab blog, kalau cantik atau hensem tapi penulisan merepek. rasanya orang tak singgah jugak kot. hehe

    BalasPadam
  14. @bukankosong
    macam orang cakap content is king.
    entri yg best tanpa letak profile picture pun berduyun2 orang masuk.

    BalasPadam
  15. tak penting .. yang penting tak berlagak

    BalasPadam
  16. biasanya kalau entry bagus, punya kreativiti pun blog tu akan terkenal, apa lagi jika penuh dengan info yang digemari serta diperlukan oleh individu. cantik & hensem tu bonus juga..cuma pada etuza tak penting. entry tu the most ..

    BalasPadam
  17. sentap seyh bace post ni. haha

    BalasPadam
  18. salah satu catalyst dalam blogging tu.

    terutamanya perempuan.

    laki, kalo biasa biasa pon tak apa..asalkan entry menarik.for sure trafik tinggi.

    BalasPadam
  19. penting la jugak . tpi ntah la . x berminat nak letak gmbr . aurat la. hehe

    BalasPadam
  20. tu dulu broo...sekarang ni semua mementingkan rupa. hm.. apa la nak jadi.. hehe. tak apa bro, janji kita ensem walaupun tiada siapa yang tahu. hehe

    BalasPadam
  21. blogger cantik / hensem mmg antara faktor penarik utk terjah blog. even dalam dunia sebenar pon kita suka tengok orang yang cantik / hensem kan?

    BalasPadam
  22. @Haris Khairuddin
    haha..memang naluri manusia sejak azali lagi suka pada kecantikan..beruntung la orang2 yang cantik ni.

    BalasPadam
  23. Aku hensem..tapi tak ramai yang nak kawan dengan aku pun ....hehheheh

    BalasPadam
  24. banyak jenis rupa,
    tapi kalau manusia lumrahlah tengok rupa dulu,
    lepas tu baru nilai yang lain..
    huhu

    yep kite afzan. kali ni ramai yang
    posting pahang dan jehor kan (:

    BalasPadam
  25. sgt penting le nick. Yg cantik akan menghasilkan gambar2 yang cantik. Gambar yang cantik akan mencantikkan blog. Lastly....blog yang penuh dengan kecantikan akan ramai le yg follow. Fitrah manusia, kan mmg suka yg cantik2. Makanya blogger yg kurang cantik tu, kena usaha lebih la. Silalah tulis entry yg best2. Haaa....cenggitu. dari mata turun ke hati. Ecewaahhhh.... (komen dari mokcik blogger yg x cantik...huhu...sedeyy....)

    BalasPadam
  26. paras rupa tu bonus kot.. kadang tgok blog org tu entry dia panjang n melalut dan bosan nk baca pon ramai pembaca hihihi :) tapi selalunya yg x cun pon rmai gak followernye ;)

    by the way just nk bg tahu da copy ur pic dr blog awie for my new entry hihihi jgn marah na curi lu baru bg tahu :P

    http://nurcheda88.blogspot.com/2012/10/carta-10-blog-kegemaran.html

    BalasPadam
  27. salam bro nick.
    Pekabar?

    :)

    BalasPadam
  28. Errr.. Jujur aku cakap, rupa paras tu penting. Kau cantik, kau tepek gambar besar2 kat blog, then ramai la yang datang. Hehe.

    Tapi ikut orang jugak. Ada yang menilai berdasarkan cara penulisan entry. Macam Mr. Kay. Dia tak letak gambar, tapi entry dia sedap untuk di baca. So, ramai la yang berminat. Termasuk la aku peminat tegar Mr. Kay. hehe.


    *kau cikgu ek? sem berapa dah?

    BalasPadam
  29. bagi sy x perlu kot semua tu..asalkan penulisan yg menarik ok apa. yg cantik & ada rupa paras tu bonus :)

    BalasPadam
  30. rasa tak kot mcm tu..sbb skrng org da ramai reti berfikir..kalau cantik ensem tp karut pun mcm xde ape kan..?? sbb bukan bole caya pun dgn contoh sesorg tu letak pix ntah spe2 yg memang cun habes or macho gila..tu belum pastu tuan punya rupa..bnyk fake ppl laaa FB ke TWITTER ke BLOGGER also i think..

    BalasPadam
  31. mungkin kot...tp kira bonusla tu...ramai follower skrg bijak2..bagi sya biarla identiti terus rahsia..biar org suka isi blog dari tuan punya blog...:>

    BalasPadam
  32. setuju ngan pendapat nick, tak kisah blogger tu cantik, hensem atau tak...selagi entri mereka menarik dan best untuk dibaca, tetap jadi pengikut setia blog diorang.
    erm.. saya kena belajar lagi lah bab nak buat entry menarik ni..hehehe

    BalasPadam
  33. nak cantek mcm fatin liyana, hanis zalikha.. tp xcantek mcm diaorg.. xper..tu rezeki diaorg.. asalkan ada follower setia kan.. hee

    BalasPadam
  34. bagi saya rupa bukan point utama utk saya suka sesebuah blog..ada yg blog owner cantik tapi saya lebih suka jd silent reader...sebab jenis saya, tak suka mencelah bila org lain tgh "giler syok" dgn certain blogger tu...itu prinsip saya...sebab, saya tak "minat" sesuatu jika terlalu ramai orang suka/ perkatakan ^_^

    ambik contoh, boleh la....

    BalasPadam
  35. HH : BURUK KER KAMU? tak punnn... ok apa....

    rupa paras main peranan der.. emmm apakan daya kan..

    BalasPadam
  36. hana suka hijau :)

    p/s: motif?

    BalasPadam
  37. selalunya begitu la..yg cntik yg kacak msti dapat phatian kan :) tpi apa2 pun rezeki msing2 .. kerja keras msti ad hsilnye :D

    BalasPadam
  38. saya comel tak sekali lagi ? haha

    BalasPadam
  39. tulisan itu perlu di baca.hehe

    name pun blog.hee tulisan kene mantob

    BalasPadam
  40. cantik n hensem tu bonus... yg penting kena lihat input dalam blog tu... tgk bermanfaat untuk kita ke tak ;)

    BalasPadam
  41. penting..klu dah ade rupa..entry biasa pun jadi luar biasa..berduyun yang suke...nak-nak lagi klu diletaknye gambar2 yang cun /comel... tak dinafikan sy sendri suke visit n bace blog diorang :)

    BalasPadam
  42. Noob hensem tak?
    Hahaha... saya minat Noob sebab dia seekor Partick yang tidak bodoh.

    Bagi aku, otak lebih penting dari muka blogger tersebut.

    P/s: Patrick pernah hilang otak masa dia main terjun2 dengan Sponge.



    BalasPadam

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.