Blogger Ceyana Minta Maaf Kerana Hina Cikgu

Blogger ceyana dah minta maaf sebab hina kerja cikgu di dalam entrinya yang bertajuk "Untung Laa Sape Jadi Cikgu". Terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata buruk padahnya. Lain kali sebelum nak kata sesuatu, fikirlah la dulu akibatnya...awak kan engineer, sebelum apa-apa keputusan dibuat mesti la kena ada penelitian dan kajian mendalam terlebih dahulu...tapi adakah awak terfikir untuk meneliti perkara ini sebelum tulis atau main hentam je?

Apabila awak mempersoalkan sesuatu perkara dalam blog ianya bukan melibatkan seorang cikgu saja tetapi semua orang yang ada title cikgu. Cuba awak fikir :
 

- apa perasaan ibu-bapa seorang CIKGU bila membaca perkara ni?
- apa perasaan suami/isteri seorang CIKGU bila membaca perkara ni?
- apa perasaan adik/kakak/abang seorang CIKGU bila membaca perkara ni?
- apa perasaan anak seorang CIKGU bila membaca perkara ni?
- apa perasaan seorang CIKGU bila membaca perkara ni? 

 



 sumber : http://malaysiandilemmas.blogspot.com 

Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan..mengungkit rezeki yang kita dapat atau orang lain dapat semacam mengungkit hak Allah S.W.T. Awak berani mempersoalkan qada' dan qadar Allah?" Harap blogger ceyana dapat belajar sesuatu daripada perkara ini. 

Entri lain yang anda mesti baca :   

Post a Comment

41 Comments

  1. TERlajak perahu boleh diundur, TERlajak taip boleh didelete, tapi delete la cepat² sebelum orang nampak.. haha..

    ReplyDelete
  2. iha zaliza : terlajak taip sempat jugak orang print screen..hahah..nak tulis sesuatu kena fikir dulu sama ada menyinggung perasaan org lain ke tak even pendapat peribadi pun.

    ReplyDelete
  3. hai selamat petang cikgu nick nashram.hik hik hik. betol tu lain kali kene la pkir dulu sebelom nak release ape2 entry.

    ReplyDelete
  4. cik abit : selamat petang cik abit..kena fikir banyak kali dulu..kan dah terasa hati sume cikgu di malaysia..tak pasal2 blog diremoved :)

    ReplyDelete
  5. fikir dahulu sebelum bertindak

    ReplyDelete
  6. dah minta maaf, para cikgu terima je lah k. bulan raya ni bermaaf-maaafan lah :)

    ReplyDelete
  7. eesya : yeah..think twice before saying something because people will get offended at anything..

    ReplyDelete
  8. huhu..sy pun terasa byk dgn dia punya entry.. ayah sy ckgu, sanak saudara pun ramai cikgu even sy sendiri pun bakal cikgu..

    ReplyDelete
  9. maisarah : insha allah, tetap sabar. dia dah minta maaf, so maaf je.harap tak berlaku lagi :)

    iena : kalo yang kerja sebagai cikgu,bakal cikgu dan keluarga yang ade kerja cikgu, konpem terasa ngan entri tu..manusia ni banyak ragam..huhu

    ReplyDelete
  10. abis blog dia mmg dh ttup lah eh?? hmmm semoga menjadi pengajaran untuk dia dan juga org lain..

    ReplyDelete
  11. cik yuyu : blog dia dah tutup..cuma entri versi print screen dengan webcache je yang ada..pengajaran untuk semua..kalo tak nak timbul kontroversi, fikir terlebih dahulu sebelum nak tulis sesuatu..

    ReplyDelete
  12. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

    Sebab itulah selalu orang kata berfikir sebelum bertindak. Bak kata stephen covey, begin with end in mind. Kalau buat begini, fikirkan kesudahan/kemungkinan yang terjadi.

    Saye adalah seorang guru, anak seorang guru, suami kepade seorang guru, juge mempunyai bapa mertua yang merupakan seorang guru. sedikit sebanyak ade juge terase hati dengan artikel berkenaan.

    ReplyDelete
  13. fauzi : apa-apa je perkara yang menyentuh isu sensitif mana-mana pihak cepat tersebar..so, sebagai blogger, kena fikir banyak kali sebelum menulis sesuatu entri.

    betul tu, golongan guru konpem terasa hati dengan entri ni..ingat, sehebat mana kerja kite tu, tanpa cikgu, kite tak kenal ABC dan 123..

    ReplyDelete
  14. dalam blogging ni berpada2 nak buat entry. x pasal2 jadi macam tu. aduhai

    ReplyDelete
  15. najihah : dunia blogging ni luas kan..tulis satu entri satu dunia boleh baca..entri bagus orang puji..entri kontroversi konpem la buat orang marah..so, be careful.

    ReplyDelete
  16. sebagai pengajaran buat kita semua .. fikir dulu sebelum bercakap ..

    selamat malam cikgu :)

    ReplyDelete
  17. Sebenarnya ramai jer penulis blog yang buat macam tu. suka publish artikel tanpa usul periksa. Terutama penulis blog hiburan. Kebanyakkannya suka berlumba2 siapa publish dulu hot story. as long income masyuk. by the way pasal kes ni maybe minah tutt tu under pressure kot. kadang2 orang bila dah terover stress. memang akan membuat sesuatu diluar batasan.

    by the way. kita sebagai manusia pun kenalah belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain. tak rugi pun kalau memaafkan dia tu.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum,
    Baguslah dah sedar.

    Tanpa cikgu, tak adalah Perdana Menteri...apalah sangat takat enginear baru keja setahun dua.

    Hebat macam manapun kita...bermula dari cikgu juga. Kalaulah boleh jadi padi kan elok...makin berisi, makin menunduk....

    ReplyDelete
  19. itulahkan, nak kata tak pandai..pandai, belajar pun tinggi, tapi itulah kesilapan, siapa boleh duga, Alhamdulillah kalau beliau sudah sedar

    ReplyDelete
  20. semoga menjadi pengajaran kpd kita & semua..

    ReplyDelete
  21. anyss : hebat mana sekalipun kita, kena ingat sume tu jasa cikgu yang didik..tak perlulah nak sombong dengan kerja yg tinggi kan..tanpa cikgu siapalah kita.

    ky : baguslah kalo dia dah sedar..harap perkara sama tak berlaku lagi.

    babycomel : betul tu, pengajaran dan peringatan untuk semua.

    ReplyDelete
  22. bro ...dia ni , nak mintak maaf macam nak marah je...tengok ayat dia tuh ..haish ....

    ReplyDelete
  23. para cikgu dan bakal cikgu,jangan patah semangat sbb kritikan..
    insyaAllah,segala usaha kita walaupun tak dipandang manusia,Allah pandang :D

    ReplyDelete
  24. syaifuddin : terpulang la pada dia sama ada ikhlas atau tak nak minta maaf tu..kalo dia sedar dan ikhlas, bagus la kan.

    miss fifi : insha allah, tak patah semangat..bertambah lagi semangat nak mengajar, nak pandaikan anak orang :)

    ReplyDelete
  25. OMG takut gila jadi perkara2 mcm ni kat kita...manalah tahu kita ada terlebih, terkurang dalam memberikan pendapat kan? huhuh

    ReplyDelete
  26. no! No! No! perlu berfikir la sebelum buat ape2 statement...huish! takotnyer,sampai dah tutup blog...huhu

    ReplyDelete
  27. azham : sebab tu la kita kena fikir terlebih dahulu pros and cons masa nak bagi pendpat tu..silap bagi pendapat buruk padahnya..huhu

    masha : tak pasal-pasal terpaksa tutup blog..orang marah lagi..pengajarannya fikir bnyk kali sebelum buat statement tu.

    ReplyDelete
  28. Mesti naik traffic dia...hahahahha
    Tu ler tulis tak berlapis...

    ReplyDelete
  29. bagusla dah mintak maap!

    think b4 u type!

    ReplyDelete
  30. x ikhlas pon dia minta maaf...blh tak dia kata 'semua org kata saya salah, jd saya pon mengaku salah lah'..... **aiyarrkk blh ke cmtu??

    ReplyDelete
  31. Apa punya engineerla...bnda2 mcm ni tak blh pk....blh pulak ckp semua org kata sy salah...memang kau salah...badigol...kalau org ckp engineer mkn duit haram...tau pun kau marah...bljar je Tinggi...

    ReplyDelete
  32. rasanya kat skolah mana2 kecoh pasal blog ceyana ni...tp ni la bru aku dapat baca apa yg berlaku...aku nagajar kat pedalaman dpt buka intenet pon 1bln skali je masa kluar g bandar..

    ReplyDelete
  33. Saya melihat entry yg dibuat oleh ceyana tu ada pro & kontra nya. Sy sendiri dah pun baca entri beliau dan sy sendiri tak nampak beliau menghukum kesemua guru sedemikian, ada yang dipuji belaiu. Mungkin gaya bahasa beliau yang kurang menyenangkan menyebabkan ramai yang melihat secara negatif & terlalu diperbesar2kan oleh sesetengah pihak yang ingin melihat mengikut sudut pandangan masing2 dan mengambil kesempatan.

    Apa yang baiknya, di sebalik kejadian ini boleh dijadikan panduan dan teladan kepada rakan2 & bakal guru di Malaysia untuk menidakkan apa yang dikatakan oleh ceyana sebagai cabaran & dorongan untuk lebih berdedikasi.

    Apa2 pun kepada semua guru yang pernah dan tidak pernah mengajar saya, diucapkan berbanyak terima kasih kerana jasa kalian semua.

    ReplyDelete
  34. itulah....smua ahli kluarga dia engineer ke....yg mengajar dia dulu tu engineer ke....hehe....pandai jugak ceyana ni buat lawak hina cekgu ye....biasalah...hidup ni ada karma,mula2 ko hina org dulu....pas tu ko terima ler balasan org hina,kutuk,maki n sumpah ko balik.ko yang mintak kan3....

    ReplyDelete
  35. i rase cara die minta maaf pon x ikhlas...nampak sgt terpaksa...mmg budak ni x sedar n insaf...die still rase die betull aje tuh..

    ReplyDelete
  36. macam2 die cakap pasal tcher nie . saya as student pon tak snggup cakap macam tu coz i know the responsibilty of a 'teacher' .... pgi mengajar , balik urus anak , masak , kemas rumah .... very hard . amazing who can stand to be a tcher :)

    ReplyDelete
  37. orang yang x terlibat dlm profesion perguruan mmg x tau mcm ne sshnya jadi 'cikgu'. saya dah mengajar selama 10 tahun.mcm2 ragam saya jumpa.kita ikhlas mengajar pun org caci.bukan saya nak mengungkit tapi itulah kenyataannya.cikgu zaman sekarang langsung x dihargai...sedey rasanya...

    ReplyDelete
  38. still nak salah kan cikgu guna bahasa kasar... minta maaf la cikg pun manusia kalo dah tahap kesabarannya dah over limit segala bahasa yg selama ni yang tak digunakan akan terkeluar juga..penulis hangin kan guru kenapa? cikgu2 ni hangin dengan awak sbb tu la mcm2 kuar.. harap awk insaf cikgu pun manusia..pekerjaan ni sama mcm keja lain lagi stress..keja cikgu ni 24/7.. nak ajar memang senang nak mendidik tu allah aje yg tau...saya bkn tup kuar jadi cikgu..saya dah keja dpd gaji rm20 sehari sampe la ni baru jadi cikgu.. tipu takde org keja sebb nak gaji besar..kami bersyukur dengan jadi cikgu wpn org kata curi tulang dll tapi kami terus menerus membuat amal kebajikan dengan ilmu yang berterusan digunapakai oleh anak2 murid.. pk2 kan la.. soalan saya masa ditanya dalam interview.. kenapa nak jadi cikgu.. pekerjaan ini adalah pekerjaan yg mulia.. ye la sblm ni mcm setan harap2 dpt jadi manusia yang berguna alhamdulillah cara hidup dan semakin berubah berbanding dulu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.