Kesalahan Yang Selalu Dibuat Semasa Hari Raya

Di sini aku nak kongsikan beberapa kesalahan di hari raya. Dah jadi kebiasaan kita kot sebab memang payah nak ubah. Sama-sama kita ubah diri menjadi lebih baik. Antaranya kesalahan yang biasa dibuat semasa hari raya : 

  
Bermegah-megah dengan persiapan raya yang melampau. Contohnya, tukar perabot baru, tv baru, meja baru. Kalau boleh semua nak baru.




Bersalaman antara lelaki dan wanita ajnabi. Masyarakat kita ni terlalu mementingkan adat dari agama. Nanti kalau tak salam ada pulak yang cakap sombong. Tak pasal-pasal first raya dah dapat dosa.



 Makan berlebihan. Alasannya nak qadha makan masa bulan puasa. 



 Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja. Bukan apa, kalau minta maaf masa raya takde la malu sangat. Jarang dengar orang minta maaf selagi tak raya.



Hari raya orang pergi ziarah saudara mara tapi ramai yang duk lepak depan TV tengok cerekarama. Biasalah, time raya banyak rancangan yang best kat TV.



Bergaya dan berhias yang melampau. Maksudnya berpada-pada sikit la nak berhias. Jangan la kalau duk kampung berhari raya dengan pakai kasut tumit tinggi. Tenggelam kang kasut tu dalam tanah.



Beria-ria bangun pagi nak pergi solat sunat hari raya tapi solat subuh tadi tak bangun pun.

  
So, tu adalah antara kesalahan yang kita buat masa hari raya. Harap-harap tahun ni raya kita lebih sempurna. Selamat Hari Raya semua. Maaf zahir batin kalau entri-entri sebelum ini ada yang terguris dan terasa :)

Post a Comment

4 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri yeah Nik Nashram...mohon ampun segala salah silap kita huhu.....raya kedua ni kita balik Kelantan pulak, last minute planning huhuhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. heheee... thanks ingatkan...

    ReplyDelete
  3. MAkasih telah mengingatkan hal-hal ini ramai yang melakukan kesalahn ini pada hari raya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.