Ciri-Ciri Blogger Yang Popular Dan Terkenal

Untung betul kalau dapat jadi blogger popular dan terkenal. Sebut nama je nama blogger-blogger kat atas ni sume orang tahu. Bagi aku, blogger-blogger yang terkenal ni boleh diibaratkan sebagai bapa dan mak yang boleh mengajar blogger-blogger yang baru nak kenal dunia blog ni. Setiap trafik yang anda dapat dari blogger popular ibarat anda meneguk segelas air di padang pasir. Betapa berharganya trafik tersebut. Kalau anda nak tahu sama ada anda blogger popular atau tidak, jom baca kat bawah ni.

Antara ciri-ciri anda adalah blogger popular ialah :

1. Visitors yang ramai, trafik yang tinggi dan komen yang banyak. Bayangkan anda hanya perlu menulis satu entri yang cuma 100-200 patah perkataan tapi mendapat komen lebih dari 100 blogger. Popular la tu. Visitor tak yah cakap la ribu riban yang datang melawat setiap hari sampai kena minta bantuan polis trafik nak kawal.

2. Followers yang ramai. Biasanya blogger yang popular ada pengikut yang ramai. Tapi tak semestinya blogger yang ada followers yang ramai boleh dikategorikan sebagai blogger terkenal. Kadang-kadang ada jugak yang menambah followers "just for the sake of adding people to their blog". Aku ada tengok blog yang followers dia hanya 100 orang je tapi komen tu melebih jumlah followers. Yang penting entri tu panas dan ada info.

3. Komen yang banyak dari pak cik dan mak cik anonymous. Setiap kali buka komen nak approve mesti ada je komen dari si anon yang mengutuk dan mencaci anda. Tu tandanya ada popular, tak kira dikalangan blogger dan pembaca. Bila dah popular, mula la ada orang yang tak suka dan dengki dengan anda.

4. Review dari ramai blogger. Mula la ada blogger yang tulis entri seperti " Blogger Hanis Zalikha Komen Blog Aku" padahal taktik nak suruh orang masuk blog dia je tu..hahah. So, kalau ada orang pernah buat entri dengan menggunakan nama anda, ini bermakna anda memang popular dan terkenal sebab ada blogger lain mencari publisiti untuk dapatkan trafik dan visitors melalui nama anda.

5. Earning nuffnang yang mencurah-curah. Kalau setiap bulan earning anda mencecah 500-1000 ke atas, anda layak untuk untuk terima anugerah sebagai blogger terkenal. Dengan mengadap laptop je, dapat income nombor 4 sebulan. Campur duit gaji dengan duit cashout nuff, heaven betul hidup!

6. Isu korang akan cepat jadi hot atau kontroversi kalau di sentuh oleh blogger lain. Time tu ada yang fans atau haters akan mula memainkan peranan untuk buat kesinambungan entri dari isu tersebut. Sebabnya.. sudah tentu nak dapat traffic dengan buat isu backing atau blame anda.

Cukup la 6 ciri dulu la yang boleh bagi. Kalau blog anda ada ciri - ciri seperti ni, sedarlah anda kini sudah popular. Tunggu masa je nak dapat publisiti dari media. Blog Nick Nashram belum lagi ada ciri-ciri yang disebut..mungkin tahun 2020 adela kot..hehehe :)


Entri lain yang anda mesti baca :


Post a Comment

23 Comments

  1. bila lah nak jd mcm diaorang ni???

    ReplyDelete
  2. :(.. aku takde ciri-ciri tu.. adakah aku blogger haprak?

    ReplyDelete
  3. Untung arr jadi blogger famous.. update je ape-2 kt blog, terus orang komen.. ahhh !

    ReplyDelete
  4. iznawzi : rasanye kena bertapa 10 tahun lagi kot..huhu

    zool : relak bro.aq pun takde ciri-ciri tu jugak.keep blogging.

    ammar : yg tu la untung jadi blogger famous..earning pun masyuk.

    ReplyDelete
  5. haha, sekarang sy da okay...dah malas nak cari semua tu hehe...harap2 kekal la dgn niat skrg ni, untuk kekal menulis kerana minat menulis insyaallah.

    Tapi bagi siapa2 yang nak teruskan mencuba menjadi terkenal, apa salahnya kan? Hidup ni kena juga buat sesuatu yang menarik hehe..semoga berjaya yeah!

    ReplyDelete
  6. azham : mesti dah jadi blogger terkenal ne..heheh..semua tu bergantung pada niat masing2..kalo nak jadi famous kena la usaha lebih kan..

    ReplyDelete
  7. ungtung la yg femess tu...huuhu

    ReplyDelete
  8. hazanis : kite ne menumpang femes je la.

    ReplyDelete
  9. femes? hmmmmm..... yg femes di hati ini x perlu blogger yg followernya ribu riban, x perlu blogger yg cun dan ensem.........cukup dengan penulisan dan watak di alam maya yang menyenangkan hati.

    actually....akak dah menyampah baca blog blogger femes yg tulis control cute memanjang. Padahal di alam nyata punyalah sombong. cettt....

    ReplyDelete
  10. aku takleh nak jadik cam dorang sebab mak aku suh aku jadi bomba.camner?

    ReplyDelete
  11. afzalsukasuki : xpa bro, blogging part time je..keje kena cari.duit nuff masuk duit gaji pun masuk..ok r tu.

    ReplyDelete
  12. x pela x pemes pun janji ade yg nak bace blog kite haha

    ReplyDelete
  13. najihah : yeah,,tak pe tak femes asalkan ade pengikut yg setia follow blog kita :)

    ReplyDelete
  14. Susahnya nak cari followers mcm blog femes tu.. Apa-apa pun bangga dgn blog sendiri walaupun tak femes..

    ReplyDelete
  15. Laa..Bukan Susah Pon Nak Solat . Jom Baca/Komen :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/08/laabukan-susah-pun-nak-solat.html

    ReplyDelete
  16. ramai follower pun kalau setiap entri tu takde kualiti dan sampah je buat apa pun

    ReplyDelete
  17. follower ramai pun tapi kalo entri yang ditulis tu takde info orang malas nak komen jugak kan..

    ReplyDelete
  18. bila la boleh jadi cam dorang nie. maklumlah kiter nie bukan artis. model pun tak. kene kasi up skit blog nie. bru ramai yg sudi dtng.

    ReplyDelete
  19. Insaallah boleh, janji yakin kena ada target k...jika orang lain boleh kita pun boleh jugak...

    ReplyDelete
  20. haih
    bila lah nak dapat jadi macam dorang :(

    ReplyDelete
  21. lama lagi la nak jadi macam diorang ekekeke;;;

    ReplyDelete
  22. heheheee. susah jgak kalau da glamour ni.. guna nama kita ntk dpt trafik .
    yg baik xpe.. jgn yg buruk sudah =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.