Cara Promosi Blog Dan Tingkatkan Trafik Secara Offline


Hari ni ada feel pulak nak update pasal cara nak promosikan blog dan tingkatkan trafik secara offline. Gambar kat atas tu UV yang aku dapat setiap hari hasil daripada penggunaan backlink dan entri killer. Boleh la cukup makan. Ok, promosi blog secara offline ini bermakna korang tak perlu tulis sebarang entri dan ping kat mana-mana website atau share kat social networking. Caranya mudah sahaja. Antaranya ialah :

1.Tukar Cover Facebook Timeline.

Jika facebook anda dah bertukar kepada timeline, jangan sedih sebab ada jugak kelebihannya. Jika anda seorang blogger baru dan ingin menambah followers atau pembaca ke blog anda, design facebook cover anda dengan menulis nama domain blog anda. Contoh seperti facebook cover aku di bawah ni. So, apabila ada orang masuk ke page facebook anda ataupun ada orang yang request nak jadi friend anda, benda yang pertama yang dilihat ialah facebook cover. Secara tak langsung, anda dah mempromosikan blog anda kepada mereka. 




2. Tulis Nama Domain Blog di Setiap Nota/Assignment

Kalau ada kawan-kawan yang selalu pinjam nota anda, digalakkan tulis nama domain blog disetiap nota sama ada dekat cover page atau pun di setiap helaian.Pastikan tulis tu menarik dan berwarna-warni. So, bila ada member nak pinjam nota mesti dia tengok cover page dulu kan ataupun masa duk belek nota tu mesti dia akan perasan dengan nama domain blog anda. Kebarangkalian dia nak bukak blog anda ada jugak la. Kalau anda ni kategori 'berani mati' sila tulis kat assignment yang nak dihantar kepada lecturer. Mana tau nanti satu fakulti tahu pasal blog anda.

3. Buat Baju dan Stiker Sendiri

Buat baju yang ada nama domain sendiri pun agak efektif sebagai cara promosikan blog offline. Design cantik sikit baju tu pastu letak nama domain blog di tempat yang mudah orang tengok. Baju tu kalau boleh buat lebih sikit dan edarkan kepada kawan-kawan. Bayangkan kalau anda pakai baju yang ada nama domain blog anda pergi ke CC, rasanya semua orang kat situ pakat duk search blog anda. Stiker pun berkesan jugak. Lebih-lebih lagi kalau boleh tampal dekat kereta dan helmet motor. Mesti orang pandang semacam je. Sekurang-kurangnya ada impak jugak terhadap blog anda.

4. Domain Sebagai Dekstop Wallpaper

Pilih je mana-mana gambar untuk dibuat sebagai dekstop wallpaper asalkan ada tertulis domain blog anda kat situ. So, kalau ada member yang nak pinjam laptop atau desktop, tak kiralah nak main PES ke apa, tentu diorang akan perasan tentang blog anda. Nak senang lagi print screen je header blog anda untuk dijadikan desktop wallpaper. Contoh wallpaper laptop aku.




5. Buat Banner dan Pamplet

Yang ni kalau anda betul-betul nak jadi glamour boleh la buat macam ni..heheh..Gerenti 100% berkesan. Esok boleh la pergi ke kedai yang buat banner dan tempah banner yang ada nama domain blog anda. Bila dah siap, tampal banner tu tempat awam. Nak senang sikit tampal dekat lampu trafik. Setiap kereta yang berhenti konpem baca banner tu. Jangan lupa print pamplet tentang blog anda banyak-banyak. Pastu bukak satu booth kat pasar malam dan edar la pamplet tu..hahah..SELAMAT MENCUBA. 


Entri lain untuk naikkan trafik yang korang mesti baca :


Post a Comment

34 Comments

  1. yang cover timeline tu cam nice lah..:)

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing... nice...

    ReplyDelete
  3. Syukri : boleh la tukar cover timeline tu..tulis domain blog..huhu

    ReplyDelete
  4. gud entry..jom singgah blog i pulak http://wwwfarisya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. timeline tu ok...no.5, jom kita pi wat sama2...hahahaaaa

    ReplyDelete
  6. Few of my lecturers in IPG have literally "stalked" my blog because they thought I wrote about them but no. I write all the good stuffs only hahahaha.....

    ReplyDelete
  7. huhu idea 1 tu terbaik..

    ReplyDelete
  8. unik bangat cara kamu.
    ngak pernah ku jumpa.
    thanks!

    ReplyDelete
  9. Akak bookmark entri ni dan masukkan disidebar blog akak bwh title BLOG TUTORIAL JOM BACA! Idea 1, 2 & 4 akak terus buat skrg. Idea no. 5 (bak kata ayat bebudak zmn skrg "tak bleh blah")tak tahan akak tergelak pegh...dasat...haha. Kompem kaw2 pnye traffik menggila. Tak pernah2 blogger bagi idea ala2 kelakar tapi memang power mcmni. haha...
    psss... comment box akak dh normal. hehe

    ReplyDelete
  10. nambah cara promosi blog, buat stiker untuk ditempel disepeda motor

    ReplyDelete
  11. Info berguna dan dapat panduan untuk promote blog.

    ReplyDelete
  12. me gusta your sajesyen...!!
    akan dipraktikkan

    ReplyDelete
  13. info yg berguna ni.
    jom singgah sini
    www.zurarahman.com

    ReplyDelete
  14. thanks for sharing..al maklum la newbies mcm sy ni.. :)

    ReplyDelete
  15. keh keh sound funny
    but i think i can modified ur idea and try it on my own
    thanks noo

    ReplyDelete
  16. Menjual pakaian fesyen Korea, Jepun dan Taiwan pada harga yang amat rendah. Layari http://mionishop.blogspot.com/ dan https://www.facebook.com/mionishop

    ReplyDelete
  17. lumayan dapet tips :)

    kunjungi blog ane juga gan, jual sepatu bordir grosir dan eceran

    sepatubordir22.blogspot.com

    makasih :)

    ReplyDelete
  18. Thanks ya untuk input. Fahmy baru join blogging... silalah ke blog saya :D

    http://sabdapelangi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. Hi..nice info sharing...

    Jemput ke blog sy..menjual T-shirt
    bercorak ala2 K-pop.. :)

    http://leyrozewardrobe.blogspot.com/

    TQ & Cheers!!

    ReplyDelete
  20. Dah buat cover fb.. tak terfikir cara ni

    ReplyDelete
  21. Good info. Thank u for sharing...

    ReplyDelete
  22. very good info..terima kasih admin sebab sudi kongsi idea yang be
    jemput ke blog saya http://azzinnirah92.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. uhuiii..creative betul...boleh praktis ni,,,apa pun..dengan muka x malu ni..jemputla dtg ke website terbuka sye ye,,sempena raya cina ni sy buat open website..hehehhehe,,,
    http://ladypinch.weebly.com/diari/aku-seorang-blogger-cap-ayam

    ReplyDelete
  24. waa tsk terfikir pum nak buat mcm tu..good sharing :)

    ReplyDelete
  25. info sharing yg sgt bagus.
    Boleh lah share lagi..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.