Filem Yang Bakal Keluar Tahun 2020

 Ini adalah filem-filem yang bakal dijangka akan keluar pada tahun 2020.

Kepada peminat filem Twilight, jangan lupa tunggu kemunculan filem baru ne yang bertajuk Dimlight. Filem ini dikatakan memakan belanja yang banyak kerana sukar untuk mencari heroin yang baru bagi menggantikan heroin yang sedia ada. Tayangan perdana filem ini akan dimaklumkan melalui SMS kepada semua pada tahun 2020.


Sape kata filem Harry Potter dah tamat? Berita terbaru mengatakan bahawa filem Harry Potter yang terbaru dan masih dalam pembikinan. Filem ini bertajuk Harry Potter and The Missing Dentures bakal ditayangkan di Malaysia pada tahun 2020. Jangan lupa dapatkan tiket percuma di stesen bas yang berdekatan.


Kepada peminat filem animasi yang bertajuk Cars, korang berpeluang untuk dapatkan tiket free menonton filem terbaru ne iaitu Cars 2 - Rust yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam dan kedai mamak yang terpilih. Tiket percuma ini akan diberi kepada mereka yang ada kereta sahaja.


Filem aksi hebat iaitu 300 dikatakan telah mendapat "box-house" dari tarikh tayangannya di seluruh negara. Oleh itu, pengarah filem ne bercadang untuk menerbitkan sebuah lagi filem sequel yang bertajuk 100 sebagai menghargai sokongan peminat.


Tak lupa juga filem yang berkisar tentang superhero turut menjadi tumpuan produser filem. Baru-baru ini dilaporkan produser filem Hancock, yang sebelum ini banyak dikritik oleh para peminat telah membuat kenyataan yang beliau akan membikin satu lagi filem iaitu Retired Hancock yang dijangka akan ditayangkan pada bulan 12 2020.


Kepada peminat Bruce Willis, anda mesti teruja untuk menyaksikan hero terhebat pada abad ne dengan aksi yang lebih mengancam. Dengan kemunculan filem terbarunya iatu Died Hard 22 yang dikatakan bakal pecah berkecai di pawagam pada hari pertama ianya ditayangkan. 


Pada masa yang sama, filem Batman yang tiba-tiba hangat diperkatakan macam pisang goreng Kak Limah akan keluar dengan edisi terbaru yang bertajuk The Grey Knight - Batman Ends. Mengikut sumber yang bocor daripada batang paip, pembikinan filem ini terpaksa dibuat pada waktu malam sahaja dan ianya dijangka keluar awal tahun 2020.



Post a Comment

1 Comments

  1. haha!
    i wish itll be true :D

    btw twillight, suppose bella will not be like that rite? shes vampire already ^^,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.