Cara Nak Elakkan Entri Anda Di Copy Paste Tanpa Izin


Mesti anda rasa bengang dan sakit hati bila entri anda di copy paste dan dicedok bulat-bulat oleh manusia yang tak tahu menghargai hasil penat lelah orang lain tanpa meninggalkan sebarang komen atau diberikan backlink. Aku sebenarnya tak kisah kalau orang nak ambil sebarang entri untuk dipublish dekat blog diorang. Sekurang-kurangnya bagi la komen minta izin dengan tuan punya blog terlebih dahulu dan pastikan tuan punya blog tu diberikan kredit.

Nak tulis sesuatu entri yang berkualiti bukan senang. Kadang-kadang mengambil masa berjam-jam untuk cari bahan terlebih dahulu. Manusia yang tak bertanggungjawab senang je copy paste. Kalau berkenan sekalipun dengan entri tersebut, apalah sangat tulis sumber dari mana entri tersebut diperolehi. Kita yang penat cari idea tapi manusia yang tak bertanggungjawab ini mendapat nama. Satu dua entri dicedok tanpa diberikan kredit boleh tolak ansur lagi tapi kalau selalu berlaku, tak sabar jugak kan.

Budaya copy paste tanpa diberikan kredit ne tak boleh dipandang ringan sebab Google akan cop salah seorang daripada blogger yang publish mana-mana entri yang sama sebagai peng-copy paste. Padahal orang yang betul-betul hasilkan entri tersebut adalah kita..hasil milik kita tapi manusia lain yang mendapat nama. Sebab itulah ramai blogger sekarang ne dah cari jalan macam mana nak mengesan manusia peng-copy paste tanpa izin ini daripada berleluasa.

CARA NAK ELAKKAN ENTRI ANDA DARIPADA DI COPY PASTE TANPA IZIN

Terdapat beberapa cara iaitu dengan :

  • menggunakan JavaScript untuk disable copy paste, cut and right click.

Tetapi untuk entri ini aku nak bagitahu cara nak daftar melalui MyFreeCopyRight.Com sebab aku dah daftar blog aku guna benda ni.

CARA NAK DAFTAR

1. Pertama sekali masuk ke http://myfreecopyright.com/register dan isi maklumat yang diminta seperti di bawah. Apabila sudah siap diisi, klik I agree to the terms of service dan klik Protect my Creation now. 


2. Masuk ke inbox anda dan check email yang telah dihantar. Didalam email tersebut, terdapat tiga langkah yang anda mesti follow untuk pendaftaran copy right.

3. Langkah pertama klik pada link yang dibagi/ copy and paste pun boleh jugak.

4. Langkah kedua klik Protect My Creation.

5. Langkah ketiga, anda akan disuruh untuk memilih jenis copyright. Pilihlah jenis blog/ podcast.

6. Pada feed URL, masukkan URL rss blog korang. Contoh, blog aku http://nicknashram.blogspot.com/ so URL rss blog aku ialah http://nicknashram.blogspot.com/ rss.xml. Klik protect.

7. Bila dah siap akan keluar tanda congratulations! Ini bermakna pendaftaran copyright blog anda dah selesai. Setiap kali anda update blog, pihak MyFreeCopyRight.Com akan simpan data tersebut bersama dengan tarikh sebenar posting itu.

8. Jangan lupa letakkan juga banner MyFreeCopyRight tu di blog anda untuk memberi amaran kepada peng-copy paste tanpa izin macam yang aku buat. So, sesiapa yang copy entri anda tanpa izin atau tiada backlink yang diberikan, anda akan segera diberitahu oleh MyFreeCopyRight melalui email.


Entri yang mesti anda baca :

Post a Comment

13 Comments

  1. banyak lagi cara nk elakkan entri kita kena copypaste bulat2 ..pandai2 lar (;

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    besh! besh! mcm mana nak tahu ada org copy paste selepas daftar ya?

    mcm nak try je copy paste entri ni...hu hu hu testing ;)

    ReplyDelete
  3. a'a..kena daftar dulu..sila la copy paste..nanti bunyi siren..hahaha

    ReplyDelete
  4. maaflah copy entry awk tak backlink.. thanks sudi terjah blog saya.. hhehee :)

    ReplyDelete
  5. Bagus ini..kaluar macam ini aku tak boleh copy link blog ni ler..hehhheeh
    Thanks letakkan saya dalam bloglist
    U in my bloglist
    Hanif blog bloglist
    Check It Out!!!!
    Check blog anda berdasarkan bloglist abjad
    Every week saya datang melawat tapi dengan syarat always updated blog..hahahha

    ReplyDelete
  6. dah daftar...thank Nick sbb selalu memperingatkan blogger2 yg lemah mcm kami semua hehe....insyaallah lepas ni xde la kes copy paste bulat2 huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  7. heheh..privacy penting ne..nanti tak pasal2 google listkan kita ne sebagai peng-copy paste.

    ReplyDelete
  8. salam..
    nice blog..
    nice info too..
    terim kasih berkongsi
    semoga maju jaya dalam
    blogging :)

    ReplyDelete
  9. ada lagi stu guna script..tapi lau wat cmtue..alamaknya owg xleh guna tuto kita laa..

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,bro,, bkan kalau gne anti copy tu,,nanty disable right clik tok copy??

    ReplyDelete
  11. thanks br0! tapi kene boleh je copy drp blog bro nieh?

    ReplyDelete
  12. salam sir
    thanks ya kongsi bahan ni
    mmg penat bila artikal di copy dan lebih sedih apa yg kita tulis dikomersilkan dan dijual pula menyebabkan saya prnh rasa down nak blog

    ReplyDelete
  13. tumpang tanya..lepas diberitahu melalui email,apa pula tindakan selanjutya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.