Bila SMS Anda Dibalas 'K'

Bercerita pasal SMS memang menyakitkan hati. Katakan la anda ada hantar SMS dekat seseorang. Tunggu punya tunggu dia tak reply jugak. Sejam selepas tu baru la dia reply. Bila anda bukak nak baca SMS tu, dia tulis 'K' je. Bayangkan apa perasaan anda kalau orang hantar SMS camne? Kalau 'OK' pun boleh terima lagi. Lebih sedih lagi kalau ada orang yang tak balas dan buat tak tau jer. Walau apa pun..kita perlu fikir positif jugakkan. Nak tau sebab apa SMS anda lambat dibalas atau dibalas dengan 'K' je? 
Aku rasa ne la sebab-sebabnya :

1. Sakit atau terseliuh tangan. Yang perempuan tu tangan terkena pisau kot masa potong sayur. Yang lelaki pulak terseliuh sebab angkat dumbbell. So, bila anda hantar SMS, dia nak reply camne..takkan pakai mulut..hewheww

2. Buta huruf dan buta nombor. So, bila tak kenal huruf, mana boleh taip SMS kan..terpaksa la cari orang untuk tolong jawab SMS. Masalahnya orang tu pulak tak ada time tu. Lambat la reply jawabnya.

3. Handphone canggih sangat. Dah tau first time guna handphone, pergi beli BB tu buat apa. Mana reti nak taip SMS..nak tekan button pun dah terkial-kial.

4. Kedekut kredit. Bayangkan kalau 10 SMS yang dihantar satu je yang dijawabnya. Tu pun dia tulis 'K'. Rasanya macam nak lempar je handphone kat kepala dia.

5. Mungkin time tu ada ribut taufan atau dia tengah junggle trekking dalam hutan Amazon. So, memang la tak da line atau line tak berapa nak clear.

6. Habis kredit. Anda SMS dia tengah malam..dia nak reply kredit tak da. Kedai top up pun dah tutup. Memang tak terjawab la.

7. Sibuk. Orang yang anda SMS tu tengah meeting..mesti dia silent handphone tu. Bila SMS masuk pun dia tak dengar.

8. Sedang memandu. Yang ne jangan marah ye kalau SMS anda dibalas 'K' je. Tak pasal-pasal kereta dia terjun dalam longkang sebab duk sibuk reply SMS anda.

9. Tengah tidur. Hantar la banyak mana pun dia takkan reply. Kalau dia tersedar dengar bunyi SMS pun, just tengok je. Esok je la balas. Orang tengah mamai. 

Post a Comment

2 Comments

  1. Hahahaha.....mcm perli seseorang je ni hehehe

    ReplyDelete
  2. berdasarkan pengalaman yang lepas :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.