Bahaya Mengadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari


Terdapat kajian yang mendakwa mereka yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Puncanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video ataupun ketika menonton televisyen.
 
Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Kata beliau “Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer memiliki peratus lebih tinggi mati iaitu sebanyak 125 peratus akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Para pengkaji berpendapat duduk terlalu lama di depan komputer atau televisyen boleh menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi punca masalah ini.

Untuk mengatasi masalah ini, Stamatakis mencadangkan “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama”.

P/S : Berapa lama korang korang berada depan laptop? Jangan sampai lebih 5 jam la ye :)
 

Post a Comment

6 Comments

  1. Okay...sekarang gak pegi jogging heheheheh...

    Cikgu Nik bolehlah.,..selalu g gym....badan pun da mantap tu huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. jom pegi gym..bagi nampak shape pon da ok da..hahah

    ReplyDelete
  3. hahaha...dulu pernah join Fitness First...bayar je mahal2 tapi jarang pegi...pastu berhenti hahahaha......nak bg abdomen muscle nampak cantik ckit, then kecikkan peha hahahaha....

    ReplyDelete
  4. jangan lupa datang sp boleh la jenjalan tgk titan dan empire gym..slalu workout kat situ. kalo tulis titan dan empire kat sp kat google, my entry yg first keluar..hahah..kalo nak bagi abs cantek kena la jaga makan dengan training.

    ReplyDelete
  5. sye duduk depan lappy confirm2 lebih dari 5 jam.bahaye ni.

    ReplyDelete
  6. err...bahaya ni...lepas ni xnk la mgadap lappy je....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.