Bahaya Duduk Kaki Bersilang

Pernah tak korang baru 15 minit duduk di kerusi, pastu dah berasa penat dan tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, korang tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan. 
Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat. Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran bergerak.

Duduk dengan bersilang kaki akan memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. Ia mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh. Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’. 
Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. So, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.

Cara Duduk Yang Betul
  • Pastikan anda duduk menghala ke depan.   
  • Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi.  
  • Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi.  
  • Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan.  
  • Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat).  
  • Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.
Promosi : Tulis cerita mengenai Biskut Julie dan menang hadiah menarik di sini

Post a Comment

0 Comments