Doa Yang Jarang Ditolak Oleh Allah

Ramai yang berdoa tetapi adakah kita pasti doa kita diterima oleh Allah? Sama seperti solat hajat, kita hanya buat solat hajat hanya apabila memerlukan sesuatu. Tidak semua, mungkin hanya sesetengah daripada kita sahaja. Contoh yang paling mudah jika kita mengisi borang untuk mendapatkan sesuatu, permohonan tersebut tidak semestinya terus diterima. Ia perlu melalui proses tertentu. Sama juga seperti doa. Kita selalu mengeluh kerana doa kita tidak diterima oleh Allah. Tetapi pernahkah kita terfikir berkenaan dengan adab berdoa?


Terdapat beberapa waktu berdasarkan beberapa riwayat di mana doa kita jarang ditolak oleh Allah. Antaranya :

Doa Ketika Hujan Lebat
Rasulullah bersabda : "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". Hujan membawa rahmat kepada manusia dan kehidupan lain. Manusia perlukan air untuk diminum dan tumbuhan perlukannya untuk tumbesaran. Imam Nawawi memberitahu doa pada waktu ini jarang ditolak kerana turunnya rahmat terutama curahan hujan pertama di awal musim.

Doa Ketika Mendirikan Solat Fardu
Sabda Rasulullah ini menggambarkan afdalnya berdoa saat ini : "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun." (Riwayat Abu Daud)

Doa Apabila Bilal Selesai Azan
Kita sepatutnya melazimi diri berdoa pada waktu ini sementara menunggu iqamat yang akan diucapkan oleh bilal. Dengan demikian, doa kita tidak akan ditolak oleh Allah berdasarkan apa yang disebut oleh Rasulullah. Baginda bersabda : "Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamat." (Riwayat Abu Daud  dan al-Baihaqi)

Doa Ketika Sujud
Rasulullah bersabda : "Seorang hamba paling hampir kepada Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka kamu perbanyakkanlah doa." (Riwayat Muslim An-Nasa'i, Abu Daud dan Ahmad). Ketika bersujud kepada Allah, dahi kita mencecah lantai, maka Rasulullah memberi tunjuk ajar kepada kita supaya memperbanyakkan berdoa kerana waktu ini kita terlalu hampir dengan Allah.

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah, dapat entry paling bererti ..tq

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah,,sama-sama kita amalkan.saya pon baru tahu pasal ne.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya tips ni. Nak doa cepat kaya ni :)

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
    Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.