Cara Nak Tambah Ketinggian


Anda terlalu pendek dan nak tahu cara tambah ketinggian? Orang kata bila umur kita dah mencapai 20 tahap pertumbuhan akan berhenti. Kalau tengok dekat internet banyak banyak kaedah yang bukan semulajadi untuk menambahkan ketinggian. Antaranya seperti penggunaan ubat-ubatan kimia dan pembedahan pemanjangan tulang. Biasanya penggunaan seperti ne mempunyai risiko yang tinggi dengan hasilnya yang tidak pasti lagi. Apa yang pasti pembedahan pemanjangan tulang melanggar hukum agama iaitu mengubah ciptaan Tuhan, yang dimana ianya dilarang sama sekali.

So, kat sini aku nak share camne nak tambah ketinggian dengan menggunakan cara semulajadi iaitu exercise.Kalau korang nak tahu, stretching exercise adalah satu cara yang paling berkesan untuk menambah ketinggian. Ini kerana stretching exercise fokus pada bahagian badan yang nak membesar.

Kalau korang betul-betul nak menambahkan ketinggian, stretching exercise ne kena buat sebagai rutin harian. Maknanya korang kena disiplinkan diri buat stretching exercise ne dengan berterusan supaya ianya berkesan. Dalam post ne akan diterangkan beberapa stretching exercise yang korang boleh buat untuk menambahkan ketinggian.

Hanging 


Bergayut dapat dapat meningkatkan ketinggian sekurang-kurangnya 1 hingga 2 inci. Kalau anda exercise dekat gym atau taman permainan biasanya disediakan bar dimana korang boleh bergayut. Cuba bergayut sekurang-kurangnya 20 saat dan ulang proses yang sama bila korang dah boleh genggam batang bar balik.

Alternate Leg Kick
Exercise ne fokus pada tulang belakang. Korang start exercise ne dengan berbaring dengan perut menyentuh lantai. Angkat tangan kiri lebih tinggi daripada tangan kanan. Kemudian angkat kaki kanan dan kaki kiri hendaklah berada di lantai. Ulang proses yang sama dengan menukar bahagian kaki dan tangan. Pastikan anda buat secara alternate. Tahan sekurang-kurangnya 10 saat sebelum korang tukar bahagian tangan dan kaki.

Pelvic Shift
Exercise ne senang je. Korang duduk terlentang dengan bahu dan tangan menyentuh lantai. Pastu bengkokan lutut dan tarik kaki ke arah pinggul semampu yang boleh seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Tahan posisi tersebut selama 30 saat.

Triangle
Exercise ne elok untuk memperbaiki posture badan dan mengurangkan tekanan.Berdiri dan rotate kaki kiri 90 darjah ke kiri dan  tangan kanan 45 darjah ke atas. Korang boleh buat exercise ne seperti yang ditunjukkan gambar di atas tu.

Standing Forward Bend 

Untuk start exercise ne, korang berdiri dan tapak tangan menyentuh paha belakang. Kemudian luncurkan tangan ke kaki tanpa membengkokkan lutut. Cuba luncurkan setakat yang mungkin sekurang-kurangnya 10 saat.

Head To Knee
Memulakan exercise ne dengan duduk di atas lantai dengan kaki korang sepenuhnya meluas ke hadapan. Bengkokkan sebelah kaki dengan menarik tumit anda dekat dengan kepala semungkin yang boleh. Tahan posisi tersebut selama 10 saat.

Double Bend Forward 


Mulakan dengan duduk di atas lantai dengan kedua-dua kaki dihulurkan ke hadapan. Regangkan tangan korang ke hadapan dan bengkokkan untuk menyentuh jari kaki. Tahan posisi tersebut selama 10 saat dan ulang proses yang sama.

Terdapat banyak lagi stretching exercises ne. Apapun korang kena jaga pemakanan, latihan yang berterusan dan tidur yang cukup. Selamat menambahkan ketinggian :)

Post a Comment

6 Comments

  1. suka bac info anda ..tq boleh aplikasi terutama anak2 saya ya

    ReplyDelete
  2. terima kasih,,baik aplikasi awal2.nanti nmpk la kesannya.

    ReplyDelete
  3. Height up adalah produk paling berkesan dan selamat untuk menambah ketinggian anda!! Produk telah disahkn selamat tanpa kesan sampingan! Utk keterangan lanjut whatsapp 0185790420

    ReplyDelete
  4. Boleh gunakan alat tambah ketinggian http://www.tambahketinggian.com/index.php?ref=luv

    ReplyDelete
  5. Betul ke boleh tmbah ktinggian guna kaedah nii ?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.