Nostalgia Telefon Awam

Nostalgia Telefon Awam l Siapa pernah gunakan telefon awam ini? Siapa pernah bergayut berjam-jam di telefon awam? Bila kali terakhir guna telefon awam? Ingat lagi tak? Maklumlah, zaman sekarang ni masing-masing dah ada smartphone, terus lupa telefon awam. Tak kenang budi langsung! hahaha.

Kalau korang sezaman dengan aku, lebih kurang dalam 80/90 an, telefon awam ni kira tempat yang paling top untuk bergayut sebelum adanya gajet yang canggih. Berbekalkan duit syiling, line clear je berjam-jam bergayut walaupun nyamuk duk berkerumun dekat kaki.

Dialog yang femes bila guna telefon awam "Awak la letak dulu..aik..saya pulak. Takde-takde..kali ni awak yang letak dulu telefon".Mesti korang pernah cakap kan?hehe

Antara nostalgia telefon awam yang memang tak lupa sampai hari ni. Kalau korang pernah buat benda di bawah, kita geng.
  • Tebuk duit syiling seringgit pastu ikat benang. Masukkan kat lubang, bila dapat je baca terus tarik balik.
  • Tekan * dan # serentak untuk dapat call lebih lama. Sapa entah yang bagi idea camni.
  • Paling menyampah bila pergi takde orang, tapi tengah call tu tiba-tiba ramai pulak beratur belakang. Takde mood terus nak sembang lama. Sebab tu kena cari port yg tak banyak orang pakai.
  • Ketuk duit syiling 20 sen sampai leper. Ini dapat jadikan 20 sen tu jadi 50 sen bila dimasukkan dalam lubang telefon tu.
  • Orang yang pakai kad telefon dikira kaya dan menjadi sasaran pencuri.
  • Telefon berdering. Sesiapa yang berdekatan akan kena angkat. Lepas tu berlari mencari orang pemanggil ingin call. Budak asrama kompem tau benda ni.

Bila diperhatikan zaman sekarang, yang dekat semakin jauh,tetapi yang jauh semakin dekat. Semua sibuk dengan telefon bimbit masing-masing. Hingga abaikan hubungan yang dekat, dan sanggup tersenyum sorang-sorang depan skrin telefon. Tiba-tiba terasa rindu sangat pada zaman dulu kala. Nak berhubung melalui surat,sabar sungguh menanti balasan dari penerima. Nak berbual, sanggup berbaris guna telefon awam, cukup nostalgia kenangan masa dulu.

Nostalgia Telefon Awam Nostalgia Telefon Awam Reviewed by Nick Nashram on 22:49:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Wahhhh, memori terungkap...
    Ok yang bab ketuk duit 20 sen tu pernah buat...
    Yang tekan star dan hash bersama pernah buat..
    Satu lagi time di kolej, kami modified phonecard letak paperclip dan boleh telefon berjam jam tanpa caj, woohoo!
    Kenangan kolej 1997...

    ReplyDelete
  2. Zaman asrama ni duk bergantung kat Telefon awam depan dewan selera sambil duk melalak kat mak cakap takmau duduk asrama. Hahaha, sampai satu tahap mak tak angkat call berbulan, kahkahkah.

    ReplyDelete
  3. teringat masa kt hostel dulu kitorg panggil telefon dinding sebab letaknya kt dinding asrama....

    ReplyDelete
  4. gambar no1 tu x sempat guna... rindunya publicphoene

    salam bw

    ReplyDelete
  5. KENANGANX TERLUPAKAN TU..

    ReplyDelete
  6. ni memang kenangan tak boleh dilupakan ni haha. dulu teman sepupu bergayut sampai 2 jam.
    Yang kita ni duduk la termenung kat tepi sementara nak tunggu dia habis bergayut tu.

    ReplyDelete
  7. Haha memang kenangan ni dulu. Rasa bernilai sangat kalau nak borak guna telefon awam ni.. Siap simpan kad2 telefon dulu tapi sekarang taktau kat mana dah..

    ReplyDelete
  8. kat sebelah dorm dulu ada publicphone.. selalu p gayut kat sana. paling bengang bila dia telan duit tak tentu pasal.. :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Powered by Blogger.