Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone

Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone l Bagi yang tak maklum lagi, laman web utama BR1M 2017 iaitu https://ebr1m.hasil.gov.my/ tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih seperti smartphone, iPad dan tablet. Jika laman laman web utama BR1M 2017 dibuka melalui smartphone dan peranti lain, satu mesej akan keluar mengatakan laman web tersebut tidak menyokong smartphone anda.

Jadi, untuk permohonan baru atau kemas kini BR1M 2017, permohonan hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan laptop sahaja.

Tapi jangan risau, dalam artikel ini ada disediakan cara untuk daftar permohonan baru dan kemaskini permohonan BR1M 2017 dengan menggunakan smartphone jenis iPhone atau smartphone jenis android.  

Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone

Boleh guna browser Chrome atau browser Firefox

1.Buka browser Chrome atau Firefox, pergi ke web BR1M. https://ebr1m.hasil.gov.my/Default.aspx. Jika baru nak memohon, pilih menu permohonan baru. Untuk kemaskini, pilih kemas kini permohonanan. Kemudian, akan keluar notis halangan menggunakan smartphone seperti di atas. Tekan ok.

Klik pada icon setting dan tick pada kotak Request Desktop Site

2. Kemudian klik pada icon setting menu chrome (tiga titik di bucu kanan atas untuk menu).Tandakan pada kotak Request Desktop Site.

Sekarang, anda daftar permohonan baru dan kemas kini permohonan dengan guna smartphone je.

3. Kemudian, anda boleh pilih samada klik pada Permohonan Baru jika anda penerima BR1M yang pertama kali atau klik pada Kemas Kini Permohonan jika anda ingin mengemaskini data.

           Untuk permohonan baru, masukkan ic dan klik hantar. Untuk kemaskini permohonan, masukkan ic dan klik kemaskini permohonan.     
              
4.Sekarang anda boleh lihat ruang No. Mykad seperti paparan desktop walaupun menggunakan smartphone. So, tunggu apa lagi, daftar dan kemaskini data peribadi anda untuk BR1M 2017 tanpa menggunakan laptop atau komputer. Senang kan.

  • Khas untuk pengguna iPhone. Jika tak boleh masuk dengan panduan yang diberikan di atas, boleh tekan link yang admin bagi tu. Lepas tu, copy https://ebr1m.hasil.gov.my/ dan paste dekat google chrome. Kemudian, tekan bintik 3 atas belah kanan tekan request desktop site.

Cara Kemaskini BR1M 2017 Secara Online

  • Penerima sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan baru sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai tarikh pengemaskinian maklumat BR1M 2017 dibuka. 
  • Kemaskini permohonan boleh dilakukan secara online tanpa perlu sertakan borang.
  • Bagi penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BR1M 2017 melalui sistem kemaskini online (E-BR1M) atau manual (guna borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan.
  • Sekiranya tidak perlu membuat pindaan atau tambah maklumat dalam sistem aplikasi kemaskini e-BR1M , tekan butang Kemas Kini dalam sistem berkenaan dan tunggu sehingga paparan mesej pengesahan muncul di skrin serta ikuti arahan selanjutnya yang diberitahu.
  • Tetapi, anda perlu ke LHDN untuk mengemaskini permohonan dan sertakan salinan jika anda memiliki tambahan tanggungan seperti anak yang baru lahir.
Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone Cara Daftar Dan Kemaskini BR1M 2017 Menggunakan Smartphone Reviewed by Nick Nashram on 13:39:00 Rating: 5

2 comments:

  1. Dh apply dah, baru tahu tips ni. Nice tips...Senang kerja bg org yg tak ada laptop kan, hihi...

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. senang la tak payah org susah nk cari lp
    unni pun da update

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.