3 Media Pengiklanan Untuk Blogger Buat Duit Selain Nuffnang, Adsense Dan Innity

4 Media Pengiklanan Untuk Blogger Buat Duit Selain Nuffnang, Adsense Dan InnityUntuk menjana pendapatan melalui blog, kita tak boleh bergantung pada satu media atau syarikat pengiklanan sahaja. Kebanyakkan blog yang boleh diperhatikan di Malaysia ni hanya menfokuskan kepada media pengiklanan dari Malaysia sahaja seperti Nuffnang. Mungkin nak daftar dengan Adsense dan Innity, syarat yang dikenakan agak ketat dan ada juga blogger yang beberapa kali cuba memohon untuk beriklan dengan mereka tetapi telah ditolak.

Dalam artikel yang lepas, ada dikongsi Cara Untuk Blogger Malaysia Buat Duit Dengan 6 Media Pengiklanan. Beberapa media pengiklanan seperti Nuffnang, Adsense, Innity, Adnow, H12 Media dan Geniee telah dipaparkan sebagai panduan kepada blogger di Malaysia ni untuk tambah lagi pendapatan mereka melalui blog. Dalam artikel ni, ada di tambah lagi beberapa media pengiklanan yang boleh didaftar jika berminat nak dapat duit dalam USD. Tambah lagi, nilai mata wang RM jatuh..1 USD bersamaan RM4.48. Bayangkan kalau dapat 100 USD. Masyuk!!

4 MEDIA PENGIKLANAN YANG BLOGGER BOLEH SERTAI


ADSTERRA
Bagi korang yang tak ada akaun Adsense dan berminat untuk buat duit dalam bentuk USD, bolehlah cuba media pengiklanan Adsterra. Apa yang menariknya, kelebihan Adsterra ni CPM (Cost Per Thousand)  tinggi. Lagi tinggi CPM lagi banyak bayaran yang korang akan dapat. Bayaran akan diterima secara mingguan dan dibayar melalui PayPal, WebMoney, Wire Transfer, Paxum and Payza.  Jenis iklan Adsterra adalah dalam bentuk display banner, popunders, direct links, sliders, push up ads, interstitial dan mobile display banners..boleh pilih mana-mana yag sesuai. Iklan sentiasa keluar pada paparan desktop atau mobile. Boleh download app di Play Store kalau nak monitor melalui smartphone. Nak daftar di sini Cara Daftar Adsterra


CHITIKA
Merupakan media pengiklanan yang telah didaftar sebanyak 350,000 publisher dan alternatif terbaik selepas Adsense. Cuma Chitika ni syarat untuk daftar tak seketat Adsense dan sesiapa sahaja boleh jadi publisher. Untuk pengetahuan korang, Chitika ni berfungsi dengan melihat apa kata carian yang dicari oleh mereka yang datang ke laman web anda. Bagi yang dah ada akaun Adsense, boleh gabungkan dengan Chitika untuk jana lagi pendapatan. Korang boleh cashout apabila earning sekurang-kurangnya 10 USD  dan bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun Pay Pal. Nak daftar di sini Cara Daftar Chitika

 
MOBICOW
Kalau trafik blog korang agak tinggi, memang sesuai sangatlah guna media pengiklanan Mobicow ni. Sebab iklan Mobicow ni hanya keluar pada paparan smartphone sahaja apabila ada orang melayari blog kita. Iklan tak keluar pada paparan desktop atau laptop. Sesuai dengan zaman sekarang ni, ramai orang guna smartphone untuk dapatkan sesuatu informasi. Tak ada syarat tertentu untuk jadi publisher, asalkan korang ada blog dan ada trafik, tu pun dah cukup. Had pengeluaran adalah sebanyak 5 USD dan pembayaran dibuat melalui akaun Pay Pal. Jumlah earning bergantung pada trafik blog korang. Lagi tinggi trafik, sudah pasti lagi tinggi earning yang bakal diperolehi. Cara daftar di sini Cara Daftar Mobicow

Sebenarnya, banyak lagi media pengiklanan yang ada dah boleh didaftar sebagai publisher untuk menjadikan blog korang ni sebagai mesin duit. Cubalah yang mana patut. Aku sekarang ni tunggu nak cashout duit hasil daripada USD je..hehe. Hujung bulan dah masuk dalam akaun :)

Post a Comment

7 Comments

  1. Mobicow biasa dengar. Chittika tu tak pernah lagi 😉

    ReplyDelete
  2. semuanya baru bagi PC..terima kasih perkongsian ya :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik sekali..
    Boleh try nie..
    Nak dapat akaun Adsense memnag susah gila sekarang..


    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
  4. Adsterra belum pernah cuba. mObicow dah cuba. masyuk gak. chitika tu income slow gila.lgsg x best. haha

    ReplyDelete
  5. banyak cara sebenarnya ... ermmm

    ReplyDelete
  6. Wah hebat ni saudara NN

    ReplyDelete
  7. Hebatnya blog NN sangat hebat...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.