Jamu Kucing Liar Dengan Seketul Ayam KFC

Jamu Kucing Liar Dengan Seketul Ayam KFC l Malam tadi hujan turun dari petang sampai ke malam..tak henti-henti. Pukul 8.30 malam aku dah siap berselimut tebal..sejuk sampai ke tulang, tambah lagi dengan angin yang bertiup kuat. Bercadang nak tidur tapi mata segar lagi. Bukak laptop layan movie Fantastic Beast and Where To Find Them. Tengah syok duk tengok movie tu, tiba-tiba terdengar suara anak kucing mengiau di depan rumah. Ingat nak tak endah je, tapi makin kuat bunyi kucing tu mengiau. 

Kucing Mengiau Kesejukan Dan Kelaparan

Bukak je pintu rumah, tersembul kepala warna oren. Rupanya kesejukan dek terkena tempias hujan. Tengok pada badannya yang kurus, mesti kucing liar ni atau kucing jiran yang dekat taman perumahan ni yang tengah kelaparan. Kesian pulak tengok, takde mak ayah tempat nak mengadu bila lapar. Mengharap belas kasihan daripada orang je! Disebabkan tak sampai hati tengok keadaan kucing tu, aku ambik letak depan rumah, pada bahagian yang tak kena tempias hujan. Masuk balik dalam rumah, cari tuala yang tak guna untuk lapkan badannya yang basah.

berselera tengok makan ayam KFC tu.

Mujur Ada Seketul Ayam KFC

Badan dah kering tapi masih lagi mengiau tak henti-henti, sambil pandang kat muka aku. Aisshhh...sayu pulak aku tengok muka kucing tu. Tengok pada badan yang kurus, mungkin tak makan lagi kot hari ni. Teringat petang tadi ada beli ayam KFC..ada seketul tak habis sebab nampak terlalu berminyak dan berlemak sikit..jaga badan..hehe. Apa lagi, cari pinggan dan hidang untuk kucing tu. Makan la kucing, rezeki kau makan ayam KFC malam ni.

Makanan Dalam Mulut Belum Tentu Rezeki Kita Lagi

Pernah tak alami situasi dimana makanan yang korang nak suap ke dalam mulut tiba-tiba jatuh ke tanah ? Anggap la tu bukan rezeki korang, rezeki semut-semut yang ada kat atas tanah tu. Sama jugak dengan duit yang ada dalam wallet atau purse kita. Hakikatnya, memang duit kita tapi ada terselit kat situ hak untuk orang lain melalui sedekah. So, nak dapat rezeki yang murah, formulanya mudah je. Jangan berkira untuk bersedekah samada kepada orang atau haiwan. Hari ni kita tolong orang, tak mungkin satu masa nanti bila susah, orang akan tolong kita balik. So, kepada yang nak bersedekah tu, jangan segan ye nak mintak nombor akaun aku. Jasa korang amatlah dihargai :)

Jamu Kucing Liar Dengan Seketul Ayam KFC Jamu Kucing Liar Dengan Seketul Ayam KFC Reviewed by Nick Nashram on 13:40:00 Rating: 5

9 comments:

  1. mulianya hati sir sorang nie.. :)

    ReplyDelete
  2. baiknyer hati cikgu...

    ReplyDelete
  3. the more we give, the more we get...

    ReplyDelete
  4. Mai kalau sengkek macam mana pun, kalau jumpa kucing lapar tapi perut lapar, mai pilih untuk kenyangkan kucing tu. Bukan apa, kalau tak bagi kucing tu makan, nanti balik tak boleh tidur asyik terfikir dia je, hahaha. Tapi takpa, yang penting rasa bahagia bila tengok dia makan tu priceless. Nanti mesti ada rezeki lain datang.

    ReplyDelete
  5. Semoga dimurahkan rezekinya selalu. suka kucing dapat makan ayam mahal. :D

    ReplyDelete
  6. wah, sedap makanan si kucing, alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. kucing pun makhluk Allah...besar pahala nya berbakti pada kucing ni...

    ReplyDelete
  8. memberi itu menambah mengikut Islam walau secara zahirnya nampak berkurang.

    Alhamdulillaah...kenyang dah dak meow malam tu....❤️��

    ReplyDelete
  9. tabahnya berblogging.
    bila tah nak start balik.
    nice entry btw.
    moga Allah membalas dengan kebaikan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.