Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam : Bonus RM500 Bagi Penjawat Awam Dan RM250 Bagi Pesara Dibayar Januari 2017

Kandungan Intipati Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam l Pembentangan bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru sahaja dibuat. Jadi, dibawah disertakan kandungan intipati belanjawan Malaysia Bajet 2017 yang melibatkan inisiatif atau bonus untuk penjawat awam dalam peruntukan Bajet 2017. Diharapkan dengan pemberian bonus dan pelbagai inisiatif yang lain, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban kos sara hidup kakitangan kerajaan. 

KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2017 UNTUK PENJAWAT AWAM


Pertama : Bayaran khas RM500 diberikan kepada semua penjawat awam dan RM250 diberikan kepada para pesara kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.


Kedua : Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5000 kepada RM10,000


Ketiga : Kemudahan pembiayaan untuk beli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5000 setiap 3 tahun.


Keempat : Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.

 
Kelima : Cuti belajar dengan gaji penuh + biasiswa diberikan kepada Kumpulan Pelaksana.


Keenam : Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan kepada RM200,000 hingga RM750,000.


Ketujuh : Pegawai contract of service & contract for service yang akan tamat penghujung tahun ini, Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.


Kelapan : Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar. Kerajaan juga mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BRR1M) UNTUK 2017


Pertama : Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450


Kedua : BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih dinaikkan  daripada RM1,050 kepada RM1,200.

Ketiga : BR1M isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 ditingkatkan daripada RM1,000 kepada RM1,200.

Keempat : Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2017

Biasanya pembayaran bonus untuk kakitangan awam 2017 akan dibuat pada awal bulan Januari kerana minggu ketiga bulan Januari 2017 adalah tarikh pembayaran gaji. Secara tak rasminya, pembayaran bonus untuk penjawat awam bagi tahun 2017 seperti dibawah : 

Tarikh : Awal Bulan Januari 2017 minggu pertama atau kedua (akan dikemaskini)
Bayaran Bonus Penjawat Awam     : Bantuan Khas RM500
Bayaran Pesara Kerajaan/Pencen  : Bantuan Khas RM250

Pengumuman rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) akan dikemaskini selepas pengumuman dan pekeliling telah dikeluarkan. Selagi tiada pekeliling rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM) tarikh bayaran bonus 2017 akan berjalan seperti tarikh yang telah ditetapkan sebelumnya.

Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam : Bonus RM500 Bagi Penjawat Awam Dan RM250 Bagi Pesara Dibayar Januari 2017 Bajet 2017 Untuk Penjawat Awam : Bonus RM500 Bagi Penjawat Awam Dan RM250 Bagi Pesara Dibayar Januari 2017 Reviewed by Nick Nashram on 21:40:00 Rating: 5

3 comments:

  1. yang tak tahan tu sampai tahap beli smartphone pun nak hutangggg :-)
    beli je la apabila mampu... tak mampu pakai je yg biasa biasa dulu.

    ReplyDelete
  2. BELANJAWAN MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK TU LBH LAGI PENJAWAT AWAM...

    ReplyDelete
  3. smartphone, laptop, rumah, motor kena ikut kemampuan, ukur baju di badan sendiri ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.