Jom Ajar Anak Menabung Dengan Kit Bijak Menabung MyCEO

Jom Ajar Anak Menabung Dengan Kit Bijak Menabung MyCEO l “Ibu,nak mainan kereta control tu”, "Ibu nak patung teddy bear yang besar tu". Mesti korang pernah dengarkan pujuk rayu kanak-kanak minta dibelikan barang permainan yang mereka nak.Biasalah tu, kanak-kanak memang tak boleh nak pisahkan dengan mainan. Setiap kali melalui bahagian permainan di dalam pasar raya, kebiasaannya mereka mula merengek dan meminta dibelikan mainan. Selagi tak dibeli, selagi itulah diorang 'mengamuk'. Nak tak nak, terpaksalah dibelikan jugak. Jika ibu bapa yang berduit, tak jadi masalah. Cuma bagi yang kurang berada, duit tu menjadi halangan sedikit kerana ada benda lain perlu diberi keutamaan.

Jadi, dah tiba masa untuk anak-anak diajar untuk menyimpan duit sejak kecil lagi. Jika mereka ada barangan yang nak dibeli, boleh gunakan duit simpanan mereka sendiri. Bila dibeli dengan duit simpanan sendiri, mereka akan lebih menghargai barang tersebut  berbanding kita yang terhegeh-hegeh beli dan beri pada mereka. 

Tapi macam mana nak ajar anak menabung? Nak simpan duit dalam botol ke?

Jangan risau, jalan penyelesaian untuk didik anak-anak simpan duit ialah melalui Kit Bijak Menabung.

APA ITU KIT BIJAK MENABUNG ?

Kit Bijak Menabung adalah merupakan sebuah kit pengurusan kewangan untuk kanak-kanak yang pertama di Malaysia. Kit ini adalah sebuah modul yang mudah, praktikal dan seronok untuk mengajar anak tentang asas kewangan dan konsep pengurusan wang menggunakan konsep SSB (Simpan, Sedekah & Belanja). Ilmu dan kemahiran yang sememangnya tidak diajarkan di sekolah.

tabung duit dalam kit bijak menabung myceo
Idea kreatif dari MyCeo dalam menghasilkan Kit Bijak Menabung...gerenti anak korang suka

Dan semalam, Kit Bijak Menabung baru je sampai di tangan. Tanpa buang masa, terus buka dan tengok apa dalam Kit Bijak Menabung. Memang lain daripada yang lain, percayalah aku cakap. Paling menarik ada tiga jenis tabung dengan stiker yang berbeza dilekatkan. Konsep simpan, belanja dan sedekah secara tak langsung telah diterapkan dalam Kit Bijak Menabung untuk mendidik anak-anak tentang betapa pentingnya menabung. Aku walaupun masih takde anak lagi, tapi dah excited sangat nak suruh anak-anak aku menabung dengan Kit Bijak Menabung suatu hari nanti.

Buat masa sekarang, Kit Bijak Menabung ni aku gunakan sebagai alat bantuan mengajar dalam kelas. Nak bagitahu pada pelajar tentang kepentingan pendidikan kewangan. Kali pertama diorang tengok semua kecoh nak pegang. Siap ada pelajar yang masukkan duit RM1 dalam tabung tu..hehe. Ada yang tanya "Sir, nak beli kat mana tabung macam sir tu?". Syabas MyCeo kerana menghasilkan produk yang terbaik!

KELEBIHAN KIT BIJAK MENABUNG UNTUK ANAK

Secara ringkasnya, kit ini berupa sebuah modul yang lengkap yang boleh membantu dalam pendidikan dan pembelajaran anak-anak di rumah berkaitan asas kewangan serta konsep pengurusan wang. Melalui kit ini, ibu bapa boleh memberikan anak-anak peluang untuk mengendalikan wang mereka sendiri sebagai langkah pertama dalam menguruskan wang secara bijak.

Antara kelebihan Kit Bijak Menabung : 

- Belajar mengurus & menjana wang secara praktikal
- Berbelanja dengan berhemat 
- Bersedekah kepada yang memerlukan
- Bijak menyimpan untuk masa hadapan  

APA YANG ADA DALAM KIT BIJAK MENABUNG INI ?

Korang takkan menyesal membeli Kit Bijak Menabung ini kerana ia mengandungi :

Satu set 3 buah tabung : Simpan, Sedekah dan Belanja

Memang comelkan tabung ni. Biasanya, kanak-kanak mudah tertarik kepada sesuatu yang comel dan menarik. Bekas tabung bersifat lut sinar dan mudah nampak isi di dalamnya, mudah menarik perhatian anak-anak menabung duit. Secara tidak langsung, anak-anak akan berlumba untuk menabung untuk melihat bekas tabung mereka penuh. Yang lagi menarik, setiap tabung telah dibezakan fungsinya iaitu tabung SIMPAN, BELANJA dan SEDEKAH dan setiap tabung telah diberikan penerangan bagi memudahkan anak-anak memahami fungsi tabung tersebut.

TABUNG SIMPAN : terangkan kepada anak duit dalam tabung ini hanya digunakan untuk masa depan atau kecemasan sahaja. Bukan semua wang simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan. 

TABUNG BELANJA : jelaskan kepada anak duit dalam tabung ini boleh digunakan perbelanjaan harian dan membeli barangan kemahuan mereka. Jika mereka nak beli sesuatu, simpan duit dan masukkan dalam tabung ini.

TABUNG SEDEKAH : ingatkan kepada anak yang tabung akhirat jangan dilupakan. Fungsi tabung ni untuk sedekahkan duit kepada mereka yang memerlukan. Lagi banyak sedekah lagi banyak rezeki datang. Tabungan inilah yang sebenarnya akan menjamin masa depan kita di dunia dan di akhirat.

Sebuah buku panduan untuk ibu bapa

Buku panduan ibu bapa ini mengandungi panduan dan cara macam mana nak uruskan Kit Bijak Menabung ini dengan betul supaya ibu bapa dapat membimbing anak-anak mereka ketika menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang telah disediakan bersama dalam Kit Bijak Menabung. Jadi dinasihatkan kepada ibu bapa supaya hadam betul-betul panduan yang diberikan dalam buku ini. Baca jangan tak baca!

Satu set 4 buah buku sebagai panduan untuk anak-anak iaitu Buku Seronoknya Menabung, Buku Matlamat, Buku Bajet, Rekod Duit Saya

Penerangan secara terperinci mengenai set 4 buah buku ada dinyatakan di bawah.

Buku Seronok Menabung

Buku Seronoknya Menabung ini mengandungi beberapa bab yang memberi info tentang amalan menabung, dari mana sumber wang yang nak disimpan, bagaimana nak menjana wang, perbezaan antara keperluan dan kehendak, cara merancang wang, merekod kewangan dan matlamat yang nak dicapai. Dalam buku ini juga ada beberapa aktivi seperti mewarna, cari perkataan tersembunyi,melukis dan lain-lain lagi. Disamping membaca, anak-anak boleh aktiviti santai yang dinyatakan. Memang seronok!

Buku Matlamat

Buku Matlamat ini pula digunakan untuk menulis matlamat jangka masa panjang dan matlamat jangka masa pendek yang diinginkan. Cara mengisi matlamat jangka masa pendek dan panjang juga turut diterangkan. Stiker juga diberikan untuk dilekatkan dalam ruangan misi tercapai apabila sesuatu matlamat itu berjaya dicapai.

Buku Bajet

Buku Bajet ini mengajar macam mana nak merancang bajet secara mingguan atau bulanan. Disamping itu, turut diterangkan kelebihan bajet dan tip rancang bajet. Bila anak-anak faham tentang kepentingan bajet, diorang akan menguruskan wang dengan lebih baik dan tak berbelanja sesuka hati.

Buku Rekod 

Buku rekod ni untuk rekod aliran duit masuk duit keluar mengikut minggu dan berapa simpanan yang boleh disimpan. Cukup sebulan boleh masukkan dalam jadual sebulan. Mudah untuk rekod, lihat dan rancang untuk bulan seterusnya.

Carta Upah Magnetik

Carta Upah Magnetik ini digunakan untuk merekodkan jenis pekerjaan dan jumlah upah yang sesuai untuk diberikan secara mingguan. Carta upah ni lebih kurang macam "carta gaji" anak kita la. Bila dia buat sesuatu kerja, dapatlah "gaji". Yang ni pun salah satu sumber wang untuk anak-anak simpan dalam tabung. Bila anak buat kerja, tick, cukup satu minggu totalkan berapa “gaji” dia minggu tu. Lekatkan je carta upah ni pada peti sejuk. 

MENGAPA IBU BAPA PERLU BELI KIT BIJAK MENABUNG INI?

Antara komen daripada ibu bapa terhadap Kit Bijak Menabung..anak bertambah rajin nak buat kerja rumah :)

Anak mula belajar berjimat cermat untuk menyimpan duit dalam tabung

1. Memberikan anak-anak peluang untuk mengendalikan wang mereka sendiri sebagai langkah pertama dalam menguruskan wang secara bijak.

2. Mempercepatkan proses penabungan mereka dan tertarik bagi membuat perancangan masa hadapan mereka sendiri.

3. Menggalakkan anak menyimpan sebahagian daripada harga barang yang ingin dibeli dan ibu bapa menambah bakinya sekadar memberi penghargaan bahawa anak berjaya menyimpan. 

4. Mengajar anak untuk melakukan kerja kecil untuk mendapat upah. Ini juga dapat mengajar anak  konsep bekerja dan berusaha untuk menjana pendapatan. Wang yang diterima boleh dikumpul untuk membeli barangan yang diinginkan.

CARA NAK BELI KIT BIJAK MENABUNG

https://myceokidseducationproduct.easy.co/
Tunggu apa lagi, cepat dapatkan Kit Bijak Menabung ini dengan harga yang istimewa

Harga Kit Bijak Menabung ialah RM 49.90

Kos penghantaran ialah RM 10.00 (Semenanjung), RM 15.00 (Sabah/Sarawak)

Cara membuat pembelian:


Sebarang pertanyaan tentang produk ini, boleh hubungi kami melalui :

Pihak MyCEO juga ada membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Rakan Niaga MyCEO (Agen/Stokis) di seluruh Malaysia.

Jom Ajar Anak Menabung Dengan Kit Bijak Menabung MyCEO Jom Ajar Anak Menabung Dengan Kit Bijak Menabung MyCEO Reviewed by Nick Nashram on 09:03:00 Rating: 5

5 comments:

  1. salam..

    wahh..salah satu alternatif yang bagus utk anak2 ..
    lebih Islamik..siap ada dengan tbung utk sedekah..bgus sgt! ^_^
    bole bg kat ank buah nti ni.. =D

    ReplyDelete
  2. Sangat praktikal utk budak2 nak belajar menabung ni

    ReplyDelete
  3. sangat menarik kit ini..

    ReplyDelete
  4. Baik sekali utk mengajar anak2 bajet kewangan..perlu dapatkan satu ni

    ReplyDelete
  5. wah bagusnya...impress saya...harga pun berpatutan ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.