Homestay Murah, Selesa Dan Terbaik Di Gambang Water Park : i-Gambang Homestay

Homestay Murah, Selesa Dan Terbaik Di Gambang Water Park : i-Gambang Homestay l Jika datang bercuti ke Pahang atau menghantar anak-anak ke IPTA/IPTS di kawasan yang berhampiran, memang tak sah kalau korang tak datang ke Bukit Gambang Water Park. Sempena cuti sekolah ni, boleh bawak anak-anak dan keluarga tersayang mandi manda dan rehatkan minda di Gambang Water Park. Pernahkah korang terfikir, cukup ke kalau pergi ke Gambang Water Park dalam masa sehari je? Tapi kalau nak pergi ke sana dalam beberapa hari, nak tinggal kat mana? Takkan la nak lepak kat surau atau tidur dalam khemah. Pergi bercuti, tempat penginapan pun mestilah nak yang selesa kan.

Jika korang mencari Homestay di Gambang, Pahang yang berdekatan dengan Gambang Water Park, sangat-sangat dicadangkan supaya menginap di i-Gambang Homestayi-Gambang Homestay merupakan sebuah rumah teres yang selesa, bersih dan selamat untuk korang sekeluarga, sangat sesuai untuk penginapan sementara terutama yang berkeluarga. Tambahan pula, homestay ini menawarkan harga yang murah dan berbaloi untuk percutian bersama keluarga berbanding dengan homestay yang lain. Memang harga penginapan homestay terlajak murah di Gambang, Pahang

KEMUDAHAN YANG ADA DI I-GAMBANG HOMESTAY

Dengan bertemakan konsep homestay, homestay ini menyediakan pelbagai kemudahan yang lengkap, moden dan selesa untuk yang datang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan untuk pengunjung yang datang ialah : 

  • Kemudahan sofa moden dan selesa di ruang tamu
  • Bilik tidur utama dengan kelengkapan pendingin hawa
  • Ruang dapur dengan kelengkapan memasak, meja makan dan kemudahan peti sejuk.
  • Kemudahan mencuci atau mengeringkan pakaian
  • Kemudahan menonton televisyen dengan pakej Astro
  • Kemudahan almari bagi penyimpanan pakaian
  • Ruang dan kemudahan menunaikan solat
  • Tandas yang bersih dan selesa
  • Kelengkapan bilik tidur dengan katil queen saiz

Rasanya korang tak dapat perolehi kemudahan seperti ini di homestay lain. Apalagi, bila datang bercuti ke Gambang Water Park, jangan lupa pilih i-Gambang Homestay sebagai tempat penginapan. Lokasinya pun hanya 2 minit sahaja dari Gambang Water Park dan beberapa minit sahaja jika korang dari pusat pengajian tinggi seperti Kolej Matrikulasi Pahang, Pusat Asasi UIA, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

RUANG TAMU DENGAN SOFA DAN TV PLASMA

Ruang tamu di i-Gambang Homestay

Ruang tamu yang lengkap dan bersih diutamakan di  i-Gambang Homestay. Homestay macam ni la perlu dicari untuk dijadikan sebagai tempat penginapan. Suasana ruang tamu yang ceria dengan tekstur warna yang mendamaikan, menjadikan percutian korang lebih bermakna disamping orang tersayang. Sofa yang empuk dan karpet turut disediakan kepada pengunjung untuk berehat di ruang tamu. So, tak perlulah korang nak bawa tikar semua tu. Masuk je dalam rumah, kemudahan untuk berehat tu dah disediakan semuanya.

Tv plasma yang disediakan di i-Gambang Homestay

Kebiasaan jenis tv yang disediakan di homestay adalah jenis yang biasa, macam kotak besar. Tapi jika korang menginap di  i-Gambang Homestay, tv plasma 32 yang lengkap dengan pakej siaran Astro disediakan untuk mereka yang menginap disini. Memang syok! Sambil-sambil berehat menghilangkan penat pada waktu malam, boleh la sekali tonton tv dengan keluarga. Apatah lagi kalau time tu, ada siaran langsung bola sepak..bersorak sakan la jawabnya.
 3 BILIK TIDUR

Bilik tidur utama dengan katil yang besar dan penghawa dingin

Bilik tidur yang berhawa dingin disediakan kepada tetamu yang datang menginap

i-Gambang Homestay ini menyediakan 3 bilik tidur yang mana 2 bilik dilengkapi dengan penghawa dingin. Kelengkapan bilik tidur juga disediakan dengan katil queen saiz. Disamping itu juga, kemudahan almari bagi penyimpanan pakaian turut disediakan. Saterika, sejadah, penyidai kain, iron board, toto dan bantal extra juga disediakan untuk keluarga yang ramai.

DAPUR

Seronok kalau homestay lengkap macam ni kan?

Ruang dapur dengan kelengkapan memasak, meja makan dan kemudahan peti sejuk

Fuhh!..memang lengkap kelengkapan memasak,meja makan, peti sejuk, dapur gas dan mesin basuh yang disediakan di i-Gambang Homestay ni. Kalau bercuti biasanya mesti banyak baju yang nak pakai. Maklumlah, asyik basah main air je kan? Jangan risau, mesin basuh kan ada. Nak memasak sendiri pun  takde masalah. Boleh beli barang basah dan masukkan dalam peti. Bestkan? :D

KEMUDAHAN DI KAWASAN SEKITAR

Selain kemudahan penginapan yang selesa dan lengkap, pengunjung yang datang menginap di homestay ini juga dapat merasai kemudahan yang ada di kawasan sekitar seperti :
  • Berhampiran kemudahan kedai makan & kedai runcit (lebih kurang 150 meter)
  • Bukit Gambang Water Park (lebih kurang 2 minit)
  • Kolej Matrikulasi Pahang (lebih kurang 5 minit
  • Kolej Komuniti Paya Besar (lebih kurang 5 minit)
  • Pusat Asasi UIA (lebih kurang 5 minit)
  • Felda Lepar Hilir ( (lebih kurang 5km/8 minit)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP) (lebih kurang 12km/15 minit)
  • Kuantan Airport (lebih kurang 25km/26 minit)
  • Kolej Poly Tech Mara (lebih kurang 30km/32 minit)
  • Kolej Shahputera (lebih kurang 34km/35 minit)
  • Bandar Kuantan (lebih kurang 40km/45 minit

KADAR SEWA DAN DAFTAR MASUK KE I-GAMBANG HOMESTAY

Yang menariknya, korang dapat menikmati kadar sewa yang sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan di i-Gambang Homestay. Dengan pelbagai kemudahan asas yang ada di dalam rumah dan kemudahan di kawasan sekitar, penginapan di homestay ini memang sangat berbaloi.

Daftar Masuk : 2 :00 Petang 

Daftar Keluar : 12 :00 Tengahari 

Bayaran Deposit/Booking : RM50.00 semasa sesi perundingan (baki bayaran semasa daftar masuk) 

Kadar sewa adalah sebanyak RM200.00 bagi Hari Jumaat/Sabtu/Ahad/Cuti Umum & Musim Cuti Sekolah.

Kadar sewa adalah sebanyak RM180.00 bagi hari Isnin hingga Khamis

Harga sewa juga boleh dirunding sekiranya menginap lebih daripada sehari.

Jika korang nak buat tempahan atau nak dapatkan maklumat lanjut berkaitan homestay ini, boleh hubungi pengurus Homestay :

Pn. Aida : 0199179509
En. Ariffin : 0199895693

Boleh datang sendiri untuk tengok homestay ini di alamat : 

i-gambang Homestay
No. 43, Lorong Gambang Damai 10
Jalan Kuantan – Gambang
26300 Gambang, Pahang

Penginapan homestay ini khusus bagi keluarga muslim & muhrim sahaja. Selamat menikmati percutian dengan penginapan yang selesa dengan kadar sewa yang berpatutan di i-Gambang Homestay :)
Homestay Murah, Selesa Dan Terbaik Di Gambang Water Park : i-Gambang Homestay Homestay Murah, Selesa Dan Terbaik Di Gambang Water Park : i-Gambang Homestay Reviewed by Nick Nashram on 08:18:00 Rating: 5

2 comments:

  1. salam...
    haiiii

    yaya pun pernah pergi sini..mmg mura..beshh.. ^_^

    ReplyDelete
  2. HOMESTAY YG SELESA UTK BERCUTI SEKELUARGA DI GAMBANG...NAK KE KUANTAN PUN DH XJAUH DARI SINI

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.