Bil Elektrik Rumah Sewa Bulan April Hanya 10 Sen Je!

Bil elektrik untuk bulan 4 baru je sampai minggu lepas. Apa yang mengejutkan, jumlah bil elektrik untuk bulan ini memang jauh berbeza dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ini. Tengok bil memang rasa macam tak percaya je jumlah yang perlu dibayar ialah RM0.10. Nak rasa tergelak pun ada. Jika jumlah bil elektrik bawah dari RM20, kita tak perlu membayarnya. Ini kerana subsidi bagi tarif elektrik bagi skim pengecualian bayaran bil elektrik bawah RM20 dan ke bawah adalah ditanggung oleh kerajaan sebanyak RM 141 juta.   

Jumlah bil elektrik untuk bulan 4, nak tumpang charge handphone,boleh datang rumah :)

Padahal, dalam rumah aku, penggunaan elektrik memang sentiasa 'on' 24 jam. Peti sejuk memang tak pernah tutup walaupun ada air kosong je dalam tu..hehe. TV pulak sampai ke pagi terpasang sebab lupa nak tutup. Handphone memang kejap-kejap charge sebab cepat habis bateri. Laptop sama macam TV jugak la, esok nak pergi kerja baru tutup. Lampu dapur dan lampu depan rumah memang terpasang setiap malam. Paling banyak pun bil elektrik dapat lebih kurang dalam RM30 ke bawah. Tak pasti kena tunggu berapa bulan lagi baru boleh bayar ni..hurmm.

Apa yang aku buat, setiap kali keluar rumah nak pergi kerja, semua plug akan dicabut dari soket kecuali peti sejuk je. Cara lain yang aku buat ialah bangun awal pagi untuk slowkan kipas dan off handphone masa tengah charging. Rumah aku memang takde ekon, so nak bagi suhu tu sejuk pintu dan tingkap akan buka sekejap bagi udara masuk. Memang berkesan tengok pada bil elektrik untuk bulan ni.

Jumlah bil air berbeza sikit,maklum la musim panas sekarang ni.

Bil air cukup 3 bulan baru dibayar. Rasa macam serba salah pulak nak bayar dengan jumlah bil sekarang ni. Air pun rasanya banyak jugak aku guna untuk basuh baju, basuh kereta dan untuk kegunaan harian. Di rumah aku, setiap bilik mandi dan tandas disediakan satu tangki air sendiri yang dibeli untuk kegunaan kecemasan seperti time takde air. Mungkin sebab guna air dari tangki simpanan tu yang menyebabkan bil air agak rendah.

Disebabkan bil elektrik dan bil air rendah, korang dialu-alukan untuk datang ke rumah aku untuk charge handphone, charge powerbank, nak tengok bola, nak basuh baju, nak mandi, boleh je semua.

 Ajak-ajak ayam je..hehe 

Bil Elektrik Rumah Sewa Bulan April Hanya 10 Sen Je! Bil Elektrik Rumah Sewa Bulan April Hanya 10 Sen Je! Reviewed by Nick Nashram on 14:00:00 Rating: 5

11 comments:

  1. cabut plug dari soket memang membantu mengurangkan jumlah bil elektrik.

    ReplyDelete
  2. ok..bagi alamat. nanti ada masa aku serbu. hahaha..

    x menahan 10sen je bil letrik??? meter tu rosak ke apa??

    ReplyDelete
  3. perghhh.. murahnya. skrg bil dh naik sejak pakai astro dh xleh matikan plug.
    kalau bil air lain lah. hehe

    ReplyDelete
  4. bil api di umah abe memang makin naik sejak musim panas melampau ni.

    ReplyDelete
  5. wow! murah giler...hai apa2 pun kita mesti jimatkan penggunaan sumber tenaga, save mother earth ;)

    ReplyDelete
  6. Blogwalking n follow sini :)

    ReplyDelete
  7. sama la.. bil air free takyah bayar.. letrik paling tinggi pun RM30..

    ReplyDelete
  8. hehe, itu adalah sgt best..hehehe..sama la umah sewa ni pun, memsing kja.umah sunyi xda guna utk apa2 pun kecuali peti ais..

    ReplyDelete
  9. Bolehlah lepas ni cabut plug sebelum keluar rumah, boleh jimat sikit bil lektrik..

    ReplyDelete
  10. pesal murah gegila ni?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.