Pernah Makan Tak Maggi Kari Milo?

Sedap Ke Maggi Kari Milo? l Duduk kat Malaysia ni, macam-macam makanan yang orang kita reka. Sup gearbox, sup turpedo, milo cincau, soya campur micheal jackson,bubur goreng, air kopi perisa durian, mee murtabak dan coklat cili padi. Makanan yang disebutkan kat atas rasanya tak ada masalah nak makan. Cuma satu je makanan yang direka dan aku paling tak boleh terima ialah maggi kari milo

Kalau berani makan, korang cuba la ye..risiko diri sendiri..hehe

Ada ke patut maggi perisa kari ditambah dengan milo nestle. Cuba bayangkan macam mana agaknya rasa maggi kari pedas campur dengan milo yang manis. Boleh termuntah rasanya makan maggi dengan kuah milo pekat. Kalau nak cuba, resipi ada kat bawah. Risiko diri sendiri ye!

Resepi Maggi Kari Milo:
1 paket maggi
1 paket perisa kari 
3 sudu milo

Gambar dari google

Tengok gambar je hilang terus selera nak makan. Tak boleh nak makan makanan yang pedas dan manis dalam satu, terus sakit perut. Siapalah punye idea keluarkan resepi macam ni. Kreatif tak bertempat betul. Tapi kalau korang tak kisah, boleh je cuba :)

Pernah Makan Tak Maggi Kari Milo? Pernah Makan Tak Maggi Kari Milo? Reviewed by Nick Nashram on 18:22:00 Rating: 5

3 comments:

  1. Blerrghhhh...dah kenapa wujud resepi macam ni haaaa? -_-

    ReplyDelete
  2. makan merapu-rapu perut pun jadi harubiru heh..heh..asal berselera ok jer kot...

    ReplyDelete
  3. Ish ish ish...kreatif 3x..tpi dok luarnegare ni milo dan Maggie adalah brg plig berharga dan mudah nk rindu..menelan mereka berasingn adalah sesuatu yg gile nikmat tau <3 Hoho..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.