Cara Buat Ayam Goreng KFC Yang Ranggup Dan Murah Tak Sampai RM10

Cara Buat Ayam KFC Yang Murah Tak Sampai RM10 l Kadang-kadang rasa nak makan ayam goreng KFC tapi malas nak pergi. Yalah, nak cari parking satu hal. Salah parking nanti kena saman. Lepas tu, terpaksa beratur panjang. Kalau ayam tengah goreng, terpaksa tunggu lagi dalam 10 minit. Kali ni korang tak perlu lalui semua tu sebab resepi ayam KFC yang ranggup dan sedap telah terbongkar. Boleh buat sendiri kat rumah, jimat dan nak makan sampai termuntah pun takde hal la.

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM GORENG KFC YANG RANGGUP

1. Beli seekor ayam atau separuh dan potong ikut kesukaan korang. Untuk mengekalkan kesedapan ayam goreng KFC ni, elakkan beli ayam yang jenis frozen. Beli yang masih segar lagi.


2. Sediakan bahan-bahan rempah untuk diperap selama 30 minit. Bahan-bahan rempah untuk diperap seperti :
  • 2 sudu serbuk cili atau chilli flakes (nak extra pedas boleh tambah 3 sudu)
  • 10 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu lada sulah
  • 1 sudu serbuk perasa/ajinamoto
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonate
  • 2 sudu sebuk kari ayam
  • 1 sùdu cuka ( utk ayam juicy di dalam rangup di luar) 
Sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang diperap dan digaul sehingga sebati bersama ayam.


3. Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk salut tepung pada ayam. Antaranya seperti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 biji telur - pukul secara berasingan
CARA-CARA UNTUK MENYEDIAKAN AYAM GORENG KFC YANG RANGGUP

1. Perap ayam dengan bahan-bahan rempah yang dinyatakan di atas selama 30 minit. Pastikan bahan-bahan untuk salut tepung pada ayam yang dinyatakan di atas juga telah digaul rata sehingga ramuan tepung sebati.


2. Kemudian, pukul telur dan golekkan ayam dengan telur. 


3. Selepas itu, letak ayam yang sudah digolekkan dengan telur ke dalam bahan-bahan salut tepung dan diletakkan dalam bekas yang ada penutup serta digoncang sehingga sebati. 


4. Akhir sekali, goreng ayam yang telah disalut dengan tepung ke dalam periuk atau kuali dan biarkan ayam tenggelam dalam minyak yang panas. Masak sehingga 15 minit dan boleh dihidangkan. Makan dengan sos cili masa panas-panas,terbaik!
Cara Buat Ayam Goreng KFC Yang Ranggup Dan Murah Tak Sampai RM10 Cara Buat Ayam Goreng KFC Yang Ranggup Dan Murah Tak Sampai RM10 Reviewed by Nick Nashram on 11:28:00 Rating: 5

4 comments:

  1. wah terbaiklah...yakin...tanpa was was...

    ReplyDelete
  2. mana gmbr slps goreng ni??

    ReplyDelete
  3. Salam singgah...

    wah, sedap tu... Tapi kalo buang kulit jadi x? mcm bleh cuba ni. Cuma xnk lepas serbuk chili tu mesti pedasss...huhu

    salam perkenalan dari,
    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    ReplyDelete
  4. SEDAP TU XYAH SUSAH2 KE KFC BUAT JER SENDIRI TAPI MESTI RAJINLAH...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.