Jenis-Jenis Fesyen Jaket Lelaki Yang Bergaya Dan Terkini

Jenis-Jenis Fesyen Jaket Lelaki Yang Bergaya Dan TerkiniKalau perempuan sinonim bergaya dengan cardigan, lelaki pulak tak boleh dipisahkan dengan jaket. Bagi aku sendiri, setiap kali keluar jalan-jalan, pakai jaket tu salah satu syarat wajib. Rasa macam tak lengkap kalau keluar rumah pakai baju t-shirt tapi tak pakai jaket. Disebabkan aku ni minat bersukan, kebanyakan koleksi jaket aku ialah jenis sport macam nike dan adidas. Casual jaket pun adalah jugak, termasuk satu kot untuk majlis rasmi di sekolah.

Jangan terkejut kalau jaket ni dianggap sebagai antara pakaian paling popular dalam kalangan lelaki bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Bukan susah pun bagi lelaki nak bergaya. Dengan memakai jaket, korang mampu mencairkan hati,mata dan perasaan awek yang memandang. Kenapa? Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku, lelaki yang memakai jaket akan lebih kelihatan macho dan berkarisma berbanding lelaki yang hanya berbaju t-shirt kosong. Aku mengorat isteri aku dulu dengan hantar gambar aku pakai jaket nike dan she was mesmerised the way I dressed. Ingat, first impression tu penting!

JENIS-JENIS JAKET LELAKI YANG POPULAR

Nak pakai tapi tak tahu jenis jaket lelaki? Sebenarnya terdapat banyak jenis jaket lelaki yang ada di pasaran. Kadang-kadang rambang mata tengok tapi kalau nak beli jaket, pilih jenis jaket yang sesuai dengan selera dan bentuk badan. Kat bawah ni adalah jenis-jenis jaket lelaki yang popular dan banyak dipakai oleh lelaki.

Denim Jacket

Casual Jacket

Leather Jacket

Hoodie Jacket

Antara jaket lain yang ada dipasaran seperti Bomber Jacket, Field Jacket, Rider Jacket dan banyak lagi. Yang pasti, salah satu daripada jaket di atas mesti ada dalam koleksi jaket korang tahun ni. 

CARA UNTUK BERGAYA DENGAN JAKET LELAKI

Bermacam-macam cara boleh digayakan dengan koleksi jaket lelaki terkini. Cara yang mudah, cari je video di You Tube tentang cara untuk bergaya dengan jaket. Taip je "how to style a jacket" dan macam-macam video yang korang boleh tengok untuk tiru cara bergaya dengan jaket. Gerenti korang akan nampak lebih maskulin dan penampilan diri lebih terserlah.

Sebagai contoh, kalau hujung minggu nak keluar berjalan-jalan, boleh padankan jaket denim kegemaran korang dengan sepasang seluar hitam atau black skinny, baju t-shirt berwarna putih dan sneakers atau kasut boots dengan warna yang sesuai. 

Cara bergaya dengan jaket lelaki

Jaket lelaki amat fleksibel kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Tapi kalau nak beli jaket tu, jangan beli jaket lelaki yang tebal kerana negara kita bukan beriklim sejuk sepanjang masa. Beli jaket yang selesa dan sesuai dengan musim yang ada di negara ni.  Pastikan jugak jaket yang dipilih tu mudah untuk dipadankan dengan fashion item yang lain seperti baju t-shirt, seluar dan kasut. Ia adalah antara yang wajib harus ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki.

Sekarang ni banyak website online shopping Malaysia ataupun butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi baju jaket lelaki online dengan pilihan yang cukup meluas. Korang tak perlu keluar ke shopping mall untuk dapatkan item kegemaran ramai ni, sebaliknya boleh dibeli secara online!

Jenis-Jenis Fesyen Jaket Lelaki Yang Bergaya Dan Terkini Jenis-Jenis Fesyen Jaket Lelaki Yang Bergaya Dan Terkini Reviewed by Nick Nashram on 14:20:00 Rating: 5

5 comments:

  1. Berjaket nampak smart bergaya tapi kena sesuai dgn suasana n aktvti yg dibuat...

    ReplyDelete
  2. nice entry..suka jaket jgk..x lengkap kan kalau keluar x pakai jaket.haha

    ReplyDelete
  3. nice la tp keadaan cuaca ni di negara kita ni tak berapa sesuai. kena pakai time hujan tak pon utk travel luar negara

    ReplyDelete
  4. Musim musim panas ni mahu nya basah ketiak klu pakai jaket... :-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.