Jangan Terkejut! Inilah Gaji Sebulan Seorang Menteri Di Malaysia

Slip Gaji Seorang Menteri Di Malaysia l Nak tersembul biji mata tengok jumlah gaji yang diterima oleh seorang menteri. Elaun sahaja dah mencecah puluhan ribu ringgit. Jumlah pendapatan sebulan RM126,431.26. Kalau ada potongan pun lebih kurang dalam RM5k sahaja. Patutlah sekarang ramai yang berebut nak jadi menteri..hurmmm.

Slip gaji seorang menteri di Malaysia

Slip gaji aku

Nak dibandingkan dengan gaji sebulan aku jauh macam langit dengan bumi. Gaji pokok campur dengan elaun baru dalam RM3k lebih. Kalau kumpul gaji aku dalam setahun pun baru dalam RM40k. Tapi yang RM3k lebih tu belum lagi potong hutang kereta, sewa rumah, potongan KWSP, duit air letrik, duit untuk mak/isteri, duit beli barang dapur dan sebagainya. Hari ni gaji masuk, esok lusa dah kering. Terpaksa tunggu jadual pembayaran gaji 2016 untuk bulan seterusnya. Bayangkan kalau mereka yang bergaji RM2000 ke bawah, sakit jugak kepala nak uruskan perbelanjaan. 

Yang bawah ni adalah gaji yang diterima oleh menteri di Malaysia. Tapi yang ni rasanya bukan gaji yang terkini. Mungkin tangga gaji tu dah meningkat. Gaji ni tak termasuk elaun lagi. Jealous aku tengok, mesti wallet menteri tebal, wallet aku je yang kosong.

  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan 
  • Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan 
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan. 
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan 
  • Setiausaha Parlimen – RM 7,187.40 sebulan 
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59 
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79 
Penjawat awam macam aku ni memang tak boleh berharap sangat pada gaji. Terpaksa cari sumber lain untuk cari duit lebih. Setakat ni, side income dapat banyak hasil dari blog. Yang kat luar sana tu, kalau tak tahu kerja apa nak dibuat untuk tambah pendapatan, korang buatlah blog. Mula dari bawah, jangan putus, nanti dapatlah hasil dengan blog. Atau korang boleh klik entri di bawah untuk tahu cara tambah pendapatan dengan mudah.


Jangan Terkejut! Inilah Gaji Sebulan Seorang Menteri Di Malaysia Jangan Terkejut! Inilah Gaji Sebulan Seorang Menteri Di Malaysia Reviewed by Nick Nashram on 19:22:00 Rating: 5

6 comments:

  1. Inn sya Allah,rezeki tu ada.mungkin rezeki anak belum tiba lagi..ehe :p !

    ReplyDelete
  2. hmm besar gajinya ya..ingatkan 20k jer...rezeki masing2lah tu bertugas memikul amanah sbg khalifah di bumi Allah bukan mudah kan.

    ReplyDelete
  3. besar periuk besarlah keraknya...

    ReplyDelete
  4. Singgah stalk + follow sini.. ^^

    jemput singgah n follow blog shawal juga.. :)

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2016/02/pencarian-sponsor-giveaway-february.html

    ReplyDelete
  5. memang besar gaji tu..teruja nampak..tak rugi kan jadi menteri ni..apapun banyak tanggungjawab tu Nick

    ReplyDelete
  6. saya buat bahulu untuk side income huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.