Cara Untuk Mancungkan Hidung Ala-Ala Artis Korea Dengan Nose Shaping Clip

Cara Untuk Mancungkan Hidung Ala-Ala Artis Korea l Nak tak hidung mancung ala-ala artis korea? Maklumlah,hidung orang melayu ni macam buah jambu, jarang tengok hidung orang melayu ni yang betul-betul mancung. Tapi janganlah sebab nak sangat hidung mancung sampai buat pembedahan kosmetik. Itu haram kerana mengubah ciptaan tuhan. Kecuali bagi mereka yang ada masalah atau kecacatan pada hidung, hukumnya harus.

Nak hidung cantik macam pelakon Mira Filzah?

Tapi jangan risau, ada cara lain untuk jadikan hidung korang mancung tanpa pembedahan kosmetik,selamat dan tidak melanggar hukum. Hanya dengan modal bawah RM50, korang boleh jadikan hidung korang sekurang-kurangnya nampak mancung. Caranya ialah dengan menggunakan Nose Shaping Clip.

ALAT PEMANCUNG HIDUNG : NOSE UP CLIP

Bermacam-macam jenis nose up clip dijual di Lazada. Boleh beli di sana.

Nose Up Clip ini adalah produk rekaan dari Jepun yang direka khas untuk memancung dan mencantikkan hidung. Bagi yang ada masalah hidung kurang mancung atau hidung pesek,alat pemancung hidung Nose Up Clip ini sangat sesuai untuk digunakan. Hanya pakai di atas cuping, tepat digaris hidung untuk menaikkan hidung.


Walaupun Nose Up Clip ini disepit pada hidung, ianya tidak menganggu pernafasan dan selesa untuk digunakan. Boleh digunakan semasa menonton tv atau semasa tidur. Hanya guna selama 10-15 minit sehari dan lihat perubahannya dalam masa 1-2 minggu. Untuk hasil yang kekal, guna selama 3-6 bulan.

KELEBIHAN ALAT PEMANCUNG HIDUNG : NOSE UP CLIP

1.Mudah untuk digunakan, tidak menyebabkan kesakitan dan tidak menganggu pernafasan.
2.Boleh memancung dan meninggikan hidung.
3.Terdapat gel khusus yang bersifat anti bakteria melindungi hidung dari jangkitan bakteria.
4.Mudah dibersihkan dengan kain atau air.

Aku sebenarnya teringin jugak nak beli satu ni. Manalah tahu tiba-tiba hidung jadi mancung gitu :)

Post a Comment

6 Comments

  1. Hihihi...menarik..sesiapa yang nak mancung boleh usaha guna kaedah ni...

    ReplyDelete
  2. hidung kita memg tak mancung tapi dah redo hahaha..tpi blh try ni utk yg teringin nak mncung kan

    ReplyDelete
  3. teringin gak dl nak beli...
    tapi tak terbeli sampai sekarang!

    ReplyDelete
  4. hehehe.. nak beli ke taknak.. nak beli ke taknak.. nak beli ke taknak.. kikiki

    ReplyDelete
  5. Hidung aku tak mancung, tapi gigi aku yang mancung bak kata seorang doc gigi ni. Tapi sekarang dah pakai braces. Kalau nak dengar kisah braces, boleh lawat blog gue.. di sini..
    http://usagilovetravels.blogspot.my/
    ^_^

    ReplyDelete
  6. betul betul betul, awak dari jawa , macam mana awak nak pesan alat tu, kalo boleh hubungi awak 085291538684 . trimakasih

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.