Boleh Makan Tak Hidangan Masakan Orang Pantai Timur?

Resepi Hidangan Masakan Orang Pantai Timur l Bagi yang tak biasa dengan masakan orang pantai timur, mungkin rasa kurang berselera sedikit untuk menikmati hidangan seperti dibawah ni. Macam aku, pertama kali datang ke Johor, nak adapt dengan masakan orang Johor agak kekok jugak. Maklumlah, lidah dah terbiasa dengan masakan tempat asal kita. Sekarang ni dah boleh terima cara masakan orang sini.

Salah satu hidangan wajib orang Kelantan ialah ulam dan budu, sama ada hidangan untuk makan tengahari atau makan malam. Ulam tu boleh jadi petai, terung, kacang botol, kacang panjang, timun batang dan sebagainya. Biasanya ulam-ulam ini akan dicicah dengan budu yang telah dimasukkan cili dan limau nipis. Kadang-kadang ada jugak diletakkan sekali dengan tempoyak. Kalau nak tahu, budu merupakan salah satu dari keunikan hidangan orang Kelantan. Yang berhajat datang ke Kelantan, singgah je mana-mana restoren atau kedai makan, konpem korang boleh cuba hidangan macam ni.

Masakan orang Kelantan, budu dan ulam ialah menu yang wajib

Ikan goreng tu boleh dicicah sama ada dengan budu atau sambal

Contoh hidangan orang Kelantan yang korang perlu cuba rasa

Hidangan lain seperti ikan atau ayam goreng, tomyam, sup daging, singgang ikan tongkol, ikan masak lemak, kari ayam ialah antara hidangan yang biasa dimasak. Hidangan nampak biasa je tapi bila makan beramai-ramai dengan family, sedapnya tu rasa lain sikit. Sampai tambah nasi berpingan-pingan. Aku kalau balik kampung baru dapat rasa hidangan macam ni. Air masakan ibu, masak apapun tetap sedap. 

Agak-agak boleh masuk tak dengan selera korang?  Belum rasa lagi macam mana nak jatuh cinta kan. Kalau nak rasa, datanglah melawat Kelantan nanti masa cuti sekolah. Tempat penginapan tu, boleh menginap di Tok Aman Bali Beach Resort

Post a Comment

12 Comments

  1. samalah kak ana pun mula-mula makan menu kelantan ni rasa asing sikit namun sekarang dah mula mencari bila rindu dengan mek budu ni hihi :)

    ReplyDelete
  2. Jika ada hidangan ni..boleh makan juga Nick..Budu memang jarang nampak. Di kelantan berlambak kan

    ReplyDelete
  3. Budu cii akak memamg layan...sedap sangat...selalu dapat budu dari kelantan...member bagi....makan dengan nasi putih pun sedap

    ReplyDelete
  4. Benda dan perkara baharu awalnya pasti canggung...lama kelamaan in sha Allah ok...yang penting cuba..

    ReplyDelete
  5. sya boleh makan tapi kena ada cili kat sebelah hihihi mungkin sebb tak biasa..

    ReplyDelete
  6. adui.. sedapnya semua... rindu masakan kg. www.adarain.com

    ReplyDelete
  7. makanan feveret pantai timur utk aku nasi dagang, nasi kerabu n laksam..

    ReplyDelete
  8. HIDANGAN NAMPAK MUDAH DAN BIASA TAPI MENYELERAKAN AMAT...

    ReplyDelete
  9. masa bujang dulu duk serumah dgn budak ganu, so mmg selalulah makan budu sebab diorg bawak stok dari ganu.... sekarang ni jarang dah.

    ReplyDelete
  10. gmbr no 2 mcm menu kg ayam kg A.Hasan je? ke amek dr google.
    sedap boleh terima sgt sgt hehe suka makan kat a.hassan kat cheras tuuuuuu. rmbang mata tgk lauk..

    ReplyDelete
  11. mak aii.. lapo dah teman dibuatnyaaa

    ReplyDelete
  12. kelate ni syurga makanan!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.