Beli Jersi Filem Ola Bola Yang Style Di 3ciety.com

Beli Jersi Ola Bola Yang Style Di 3ciety.com l Dah tengok filem Ola Bola? Baca review filem Ola Bola ni ramai kata best. Kalau korang nak tahu, Ola Bola merupakan filem fiksyen yang diinspirasikan oleh kegemilangan skuad bola sepak tempatan pada dekad 80-an dan mula ditayangkan sejak 28 Januari lalu. Ianya mengisahkan semangat juang pasukan bola sepak Malaysia untuk bangkit daripada kekalahan,sekaligus muncul sebagai wira negara.

Apa yang menariknya, penggunaan CGI dalam filem Ola Bola ni memang nampak real giler. Aku tengok trailer pun dah nampak gempak habis. Bagi aku, filem Ola Bola ni salah satu filem yang korang wajib tengok. Tak minat bola pun kena tengok jugak! Sebab filem ini menggabungkang pelbagai jenis bangsa dan mereka bersatu dalam mencapai satu matlamat. Ada satu dialog dalam filem ini berbunyi "Kita menang sama-sama, kita kalah pun sama-sama". Haa, apalagi, hujung minggu ni boleh beli tiket tengok kat pawagam.


JANGAN LUPA BELI JERSI OLA BOLA
Nak pergi tengok filem Ola Bola ni, tonjolkan semangat korang dengan pakai jersi Ola Bola yang macho lagi style ni. Gerenti orang akan jeles bila tengok jersi Ola Bola yang korang pakai. Aku memang suka pakai jersi buat jalan-jalan. Rasa macam ringan dan bergaya. Sekarang ni macam-macam jersi aku dah beli. Ada je promosi, terus order secara online. Jersi Malaysia yang baru memang dah lama ada dalam koleksi aku. Cuma jersi Ola Bola yang limited edition je belum ada lagi.


CARA UNTUK BELI JERSI OLA BOLA
Jersi Ola Bola ni boleh dibeli di website http://www.3ciety.com/ . Untuk jersi bola, ada dikeluarkan satu jenis sahaja iaitu warna kuning hitam dan beberapa t-shirt Ola bola yang lain yang awesome. Jersi bola ni jenis team custom jersey maknanya korang boleh letak nama sendiri dan nombor pilihan korang dibelakang jersi. Huh, memang smart la tengok jersi bola sepak dulu. Awek tengok pun meleleh air liur.


Untuk Ola Bola - Team Custom Jersey warna kuning hitam, harga untuk setiap jersi ialah RM79.90. Saiz yang ada dari XS,S,M,L,XL,XXL,XXXL. Kalau korang rasa nak pakai baju fit, boleh order saiz jenis XS dan S dan kalau korang berbadan besar, jangan bimbang sebab saiz XL,XXL dan XXXL tetap ada untuk korang. Berminat dengan jersi Ola Bola, boleh tempah kat sini : Team Custom Jersey


Harga Ola Bola - Team Custom T Shirt ialah RM69.90. Saiz yang disediakan ialah XS,S,M,L,XL,XXL. Ini bukan jersi ye, tapi jenis t-shirt custom. Korang boleh tulis nama dan nombor yang korang nak. Hanya warna putih sahaja yang ada untuk koleksi custom t-shirt ini. Berminat dengan t-shirt ini, boleh order terus disini : Team Custom T Shirt

Ada banyak lagi koleksi t-shirt yang lain yang korang boleh tengok dan order website 3ciety.com ini. Hodie pun ada sekali tau. So, tunggu apa lagi? Tempah terus di http://www.3ciety.com/.

Post a Comment

5 Comments

  1. hai , ain datang singgah sini dan follow
    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  2. comel juga jersi ni... sana sini orang kata best cerita Ola Bola ni... tapi blm berkesempatan tengok...

    ReplyDelete
  3. kabarnya ola bola ni hebat filemnya...tshirt ola bola pun cantik juga tu.

    ReplyDelete
  4. okeh.

    memang smart gak jersi nih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.