7 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Malaysia

10 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Malaysia l Cakap je pasal berbulan madu, mesti ramai yang terbayang suasana pantai dan pulau. Tapi trend berbulan madu sekarang dah berubah di mana kebanyakkan pasangan yang baru berkahwin atau bagi mereka yang ingin menyambut ulang tahun perkahwinan dengan memilih lokasi di gunung, tanah tinggi atau bermalam di resort yang berlatarkan hutan. Tempat sejuk memang sesuai sangat la untuk merapatkan lagi hubungan suami isteri..if you know what I mean :)

Ok, dibawah ni ada disediakan 10 lokasi destinasi berbulan madu yang terbaik di Malaysia.


TANJONG JARA RESORT
Terletak di Batu 8, Off Jalan Dungun, Kuala Terengganu, Dungun, Terengganu. Resort ini pernah dipilih sebagai lokasi pengambaran bagi program realiti tv iaitu Fit For Fashion 2014. Resort mengadap pantai yang indah dan bercirikan suasana kampung yang tenang, Tanjong Jara Resort menyediakan 99 bilik dengan rekaan yang berunsurkan istana melayu. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.tanjongjararesort.com/


TOK AMAN BALI BEACH RESORT
Merupakan resort terbaik yang bertaraf 4 bintang yang ada di Kelantan. Ianya terletak di Tok Bali, Pasir Puteh iaitu lebih kurang 50 km dari bandar Kota Bharu. Dibuka pada bulan November 2011, ianya menepati citarasa dari segenap lapisan pengunjung. Jika berkunjung ke Kelantan, resort ini sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.tokamanbali.com.my/


BELUM RAINFOREST RESORT 
Jika tercari-cari resort di Perak yang berunsurkan kehijauan flora dan fauna, cuba menginap di Belum Rainforest Resort yang juga dikenali Tasik Banding Resort. Berlatarkan panorama alam semula jadi hutan dan tasik  yang belum terusik, tentu ini akan menjadikan percutian lebih bermakna. Untuk tempahan percutian berbulan madu, boleh layari website : http://www.belumresort.com/index.html


BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT 
Terletak di Bukit Merah, Semanggol, Perak, resort ini menawarkan pelbagai pakej percutian. Terdapat 2 jenis penginapan yang disediakan iaitu, Kampung Air (Water Chalets) dan Laketown Hotel (Hotel Rooms). Resort ini juga turut menyediakan taman tema seperti Ecopark dan Waterpark disamping pelbagai aktiviti rekreasi. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.bukitmerahresort.com.my/


RESORT COLMAR TROPICAL,BERJAYA HILL
Suasana dingin yang mendamaikan merupakan destinasi berbulan madu yang terbaik yang baru berkahwin. Terletak di Bukit Tinggi, Pahang, berhampiran Genting Highlands. Hotel ini dibina dengan bertemakan ala-ala French, dengan deretan kedai-kedai kecil yang bercirikan perkampungan Colmar, Perancis. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.colmartropicale.com.my/


PHILEA RESORT AND SPA
Merupakan log resort terpanjang dan terbesar terletak di Ayer Keroh,Melaka. Suasana tenang berlatar belakangkan hutan menggamit perhatian pasangan yang cintakan alam. Untuk tempahan, boleh layari website : https://www.phileahotel.com.my/


FOUR SEASONS RESORT, LANGKAWI
Resort mewah ini terletak di Pantai Tanjung Rhu dengan dikelilingi 99 buah pulau di lautan Andaman. Reka bentuk resort yang cuba ditampilkan hasil dari gabungan senibina Asian, India dan Arab. Memang menarik untuk dijadikan destinasi berbulan madu. Untuk tempahan, boleh layari website : http://www.fourseasons.com/langkawi/


7 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Malaysia 7 Destinasi Bulan Madu Terbaik Di Malaysia Reviewed by Nick Nashram on 21:46:00 Rating: 5

4 comments:

  1. colmar di bukit tinggi tu cantik tapi malam nya membosankan.... tiada aktiviti sangat.

    ReplyDelete
  2. semua tempat best2 ..teringin nk pergi Philea dengan belum rainforest..

    ReplyDelete
  3. Tok bali tu cm best..dkt dgn kg nenek..

    ReplyDelete
  4. bukit merah laketown resort tu mcm menarikkkk

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.