Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki

Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki l Banyak kes penceraian berlaku disebabkan kurang persefahaman antara pasangan lelaki dan perempuan. Kurang persefahaman ini mungkin kerana perbezaan umur sama ada perempuan lebih tua dari lelaki atau perempuan lebih muda dari lelaki. Gaduh sikit je terus bercerai. Umur pasangan sama ada tua dan muda, bagi kita nampak remeh je tapi sebenarnya yang remeh itulah perlu diberi perhatian.

CARA MEMAHAMI HATI PASANGAN MENGIKUT UMUR

Sumber gambar dari facebook

PEREMPUAN LEBIH TUA DARI LELAKI 
Perempuan yang lebih tua dari lelaki selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah dan suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia. Tapi dia suka bersedih sendirian, tahap ego yang tinggi, cemburu, sensitif, mudah wasangka, cepat merajuk dan susah untuk dipujuk. Kadang-kadang susah nak faham kehendak dia. Perempuan yang umurnya lebih tua dari lelaki sebenarnya tak suka dirinya ditegur. Walaupun dia emosi sikit tapi jangan risau sebab dia ni seorang penyayang dan pandai menghargai orang.

PEREMPUAN LEBIH MUDA DARI LELAKI

Perempuan yang lebih muda dari lelaki adalah biasa. Beza umur dengan lelaki biasanya antara 2-5 tahun. Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria dan kelakar. Dia suka bercakap banyak. Jenis yang sporting tapi kuat cemburu dan sensitif. Dan lelaki kena banyak ikut kemahuan dia. Kurang matang tapi memahami. Kadang-kadang perempuan yang lebih muda akan cari masalah dengan pasangannya  semata-mata nakkan perhatian yang lebih dari pasangnnya. Bagi pasangan perempuan, kalau nak pikat hati lelaki idaman, boleh klik di bawah. Gerenti cair punye hati lelaki idaman korang!


PEREMPUAN DAN LELAKI YANG SAMA UMUR 
Pasangan yang sama umur memang nampak sweet tapi negatifnya sama-sama ego. Susah nak memahami antara satu sama lain dan kurang matang. Maklumlah, masing-masing tak nak mengalah dan selalu gaduh. Mood kedua-dua pasangan pun berubah-ubah. Masing-masing nak tunjuk hebat Biasa la, darah orang muda. Perlu banyak bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya masalah yang dihadapi itu tak bertambah besar.

Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki Perempuan Lebih Tua Dari Lelaki Vs Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki Reviewed by Nick Nashram on 11:42:00 Rating: 5

7 comments:

  1. Apa pun situasi...rumahtangga mesti didirikan atas dasar 3k..keredhaan Allah dan ibu bapa...kasih sayang...kerja sama...in sha Allah..

    ReplyDelete
  2. hahaha tetiba terfikir bakal jodoh nanti tua ke muda or maybe sebaya T_T wuuuwuuu

    ReplyDelete
  3. Chewah.....jodoh pertemuan ajal maut rahsia Allah...
    Tua, muda semua tak de yang beza....yang membezakan cara pemikiran...

    ReplyDelete
  4. Hhaha tergelak bila baca part perempuan lebih muda suka cri masalah utk trik perhatian. terasa kottt kah kah kah

    ReplyDelete
  5. pmpn muda dr lelaki tua tu mcm byk yg tepat kot hehe lagi satu mcm rasa byk masalah kalau sama umur sbnrnya kot bnding ngn lebih mudah atau lebih tua.

    ReplyDelete
  6. Usia hanyalah pd angka. yg penting saling mempercayai n menghormati sesama pasangan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.