Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja

Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja l Membeli kereta pada dua tahun pertama merupakan kesilapan besar fresh graduate atau graduan yang baru bekerja dengan gaji rm1800 hingga RM2500. Wujud pulak tawaran beli kereta "skim tanpa deposit" yang mana tak perlu bayaran pendahuluan dan penjamin. Tapi fresh graduate ni tak tahu bila tak ada bayaran deposit, secara automatik bayaran bulanan dan interest bank akan jadi tinggi.

Bila tak mampu menanggung beban bayaran balik hutang pinjaman kereta yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang panjang, pihak bank akan isytiharkan muflis.

Bayangkan masa belajar di IPTA/IPTS dah hutang dengan PTPTN, bila dah kerja tambah lagi hutang dengan bank. Sebab tu orang kata ramai graduan yang tamat pengajian memulakan pekerjaan dengan kewangan negatif.


RASA NAK BELI JUGAK KERETA? BACA YANG INI DAN FIKIR.

1. Bila tamat pengajian, ramai ada impian nak beli kereta.

2. Terlalu lama naik motor, buat kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.

3. Gaji pertama guna beli kereta, beban hutang jadi dua, PTPTN dan kereta. Biasanya kereta yang dibeli oleh bakal graduan/mereka yang baru bekerja ialah (Myvi,Axia,Vios,Honda City).

4. Tujuh tahun ke depan anda tanggung beban. Jika tamat pengajian pada usia 23 tahun, usia 30 baru habis hutang kereta.

4. Nak beli rumah susah sebab hutang kereta lama sangat. Bank pun ketawa tengok sikap anda.

5. Kereta yang dibeli harga RM60 000+ selepas 7 tahun dah jadi RM20 000. Nak jual dah tak laku.

6. Jangan teruja bila ada kawan bergambar depan kereta dan atas bumbung Almera. Itu semua hutang bukan harta.

7. Naik LRT pun selesa jugak, banyak awek di dalamnya. Naik motor pun syok jugak, sebab tak perlu berbaris panjang bila traffic jammed. Tahun pertama dan kedua naik motor atau kenderaan awam apa salahnya.

8. Buat tabungan dan lupakan dulu hal kereta, ramai orang menyesal beli kereta dulu cuma mereka malu nak cerita. Tapi kita kenal siapa mereka.

9. Jangan percaya jika dia kata beli kereta hasil titik peluhnya, dia mungkin baru bayar duit muka. Hutang bank masih lagi berganda.

10. Trending sekarang bukan beli kereta tanyang waktu konvo, tapi beli rumah yang sederhana.

PENGALAMAN AKU BELI KERETA BARU

Aku yang beli Vios pun sakit nak bayar ansuran bulan RM900. Minyak sahaja dah RM200 sebulan. Tak campur lagi dengan maintenance kereta semasa service setiap 3 bulan sekali. Sekali service antara RM300-RM400. Kena jugak sediakan duit sekiranya berlaku kerosakan seperti tayar bocor atau kemalangan. Tayar bocor ganti dengan tayar baru RM250 sebiji. Bayaran parking kereta pun kena ambil kira. Bila beli kereta baru, mesti teringin nak make up kereta kan? Tambah skirting, spoiler, tukar audio, letak tinted gelap, tukar sport rim..kos nak make up kereta tu je dah mencecah RM2000 hingga RM3000.

Satu tayar bocor kena tukar dua tayar baru untuk nak bagi balance. Kat situ dah RM500 Kalau sebiji tayar RM250.

Orang yang baru bekerja biasanya ni  tak nampak mana yang lebih penting. Memang nampak seronok tengok orang yang baru graduate bawak kereta baru. Tapi kita tak sedar kadang-kadang poket diorang lebih kering dari poket kita. Aku cakap hasil dari pengalaman aku sendiri. Sepatutnya kita lebihkan simpanan sebab lebih banyak benda yang kita perlu buat sebelum beli kereta!

Contohnya, kahwin. Lepas kahwin, kereta dah boleh kongsi, rumah pun dah boleh beli. Beban kewangan ditanggung bersama, lebih jimat dan kepala pun tak pening fikir cara nak bayar hutang. 

Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja Reviewed by Nick Nashram on 11:02:00 Rating: 5

6 comments:

  1. abam posting ke sabah thn 1997. pakai motor je gi sekolah. bila balik ke kelate thn 2001 barulah beli kereta...

    ReplyDelete
  2. Penatnya cari duit untuk jaga kereta.

    ReplyDelete
  3. awal2 kerja tu naik moto je la kan... selalu selalu jugak lah berpuasa sunat isnin dan khamis... pahala dapat, sihat dapat, jimat pun dapat :-))

    ReplyDelete
  4. Tuh la adoi dok kira bp tahun lg tinggal nk bayar hutang kereta ni...

    ReplyDelete
  5. Memang sakit weh...btl tu kena fikir plak pasni byrn bulanan brape..service place mcm mane...byk kene pertimbangkan..

    ReplyDelete
  6. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.