Income Pertama RM400 Hasil Dari Buat Duit Dengan H12 Media

Income Pertama RM400 Hasil Dari Buat Duit Dengan H12 Media l Ini adalah income pertama hasil dari pengiklanan H12 Media. Income yang dapat dibayar dalam bentuk USD. Memang masyuk la bila tukar ke Ringgit Malaysia. Kebanyakkan blogger baru di Malaysia jana pendapatan dan buat duit blog melalui Nuffnang. Pengiklanan Adsense dan Innity pulak memerlukan syarat-syarat yang ketat dan perlu dipatuhi sebelum permohonan itu diterima.

Manakala H12 Media merupakan platform buat duit yang dikira masyuk jugak untuk blogger baru dan lama. Tak kisah la sama ada trafik blog anda slow macam siput sedut, dengan H12 Media, anda masih berpeluang untuk menjana untuk menjana wang dalam USD. Sekiranya anda menulis blog secara konsisten serta mendapat ramai pelawat setiap hari, mungkin anda boleh menggunakan kesempatan itu dengan meletakkan iklan daripada H12 Media.


1 Dolar bersamaan RM4.28 (buat masa sekarang). USD 109 ditukar kepada Ringgit Malaysia dapat RM446. Amacam? masyuk tak? Tak campur lagi earning dari Nuffnang dan Adsense.

CARA NAK DAFTAR DENGAN H12 MEDIA ADVERTISING


Untuk mendaftar dengan H12 Media, sila ikut langkah-langkah yang telah disediakan. Pendaftaran adalah percuma dan mudah je. 

1. Daftar blog anda disini : PENDAFTARAN dan isi maklumat peribadi dengan lengkap dengan email yang valid. Kemudian, buka email pengesahan yang dihantar ke email yang anda daftarkan.

2. Log in web H12 Media dan klik bahagian "Web Sites". Masukkan url blog anda seperti contoh di atas.

3. Pilih "Add a meta tag into your website".

4. Copy meta tag yang diberikan ke dalam coding Edit HTML blog. Tekan CTRL F dan cari code <head>. Paste meta tag tersebut selepas code <head>.

5. Klik pada kotak "I accept the rules of H12 Media about forbidden content types".

6. Klik Verify & Add to my account. Selesai. Anda hanya perlu menunggu email dari mereka yang menyatakan samada blog anda diterima atau tidak.

7. Selepas di approve, masukkan banner ke dalam blog. Klik pada "Banner Tags" dan pilih jenis banner yang sesuai.

CARA PEMBAYARAN H12 MEDIA


Tekan je request payment dan boleh dikeluarkan melalui akaun PayPal atau Wire Transfer. Yang menariknya cepat je earning meningkat. Nak buat duit dengan H12 Media Advertising ni tak sesusah syarikat pengiklanan yang lain. Anda tidak perlu menjadi pengemis dengan syarikat pengiklanan yang kedekut dan tak perlu menunggu pembaca atau pelawat untuk klik iklan. Kehadiran pembaca/pelawat sahaja sudah memadai untuk mendapat duit melalui H12 Media. Satu lagi H12 Media ini adalah referral program. Ada orang daftar guna link kita, kita akan dapat komise. Senang kan? 

BUKTI BAYARAN DARI H12 MEDIA


Tunggu 5 hari bekerja sebelum duit dimasukkan ke dalam akaun. Siapa kata jadi blogger akaun tak masyuk? Mudah je, kalau anda nak tambah income, follow apa yang aku cadang kat atas. Kalau tak nak, terpulanglah.

TUNGGU APA LAGI !

Daftar ke H12 Media Advertising sekarang di sini : PENDAFTARAN

Income Pertama RM400 Hasil Dari Buat Duit Dengan H12 Media Income Pertama RM400 Hasil Dari Buat Duit Dengan H12 Media Reviewed by Nick Nashram on 20:02:00 Rating: 5

14 comments:

  1. emm ..ympang tnya skit neh , depa antaq e-mel kata blog brjaya atau tidak dalam tempoh bapa lama ek??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu email pengesahan dari pihak H12 Media dalam masa 24jam untuk di approve. Yang saya punya dalam beberapa jam je dah approve. Kena check email selalu la.

      Delete
  2. Aduhh .. blogspot dah x leh trima dah laa dia antaq cam neh haa

    Adding a BlogSpot website under H12 Media publisher account is not allowed anymore

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa nak add website tu, ada kan tulis kat bawah tu : URL Address of your website: (Examples: http://www.example.com, http://mysite.blogspot.com, https://www.mysecuresite.com)

      maksudnya blogspot yang domain my tak diterima..tu susah kalau blogspot.com bertukar jadi blogspot.my..huhu

      jangan risau, tukar balik blogspot.my jadi blogspot.com..kemudian baru add website..konpem jadi.

      baca kat sini : http://nicknashram.blogspot.my/2015/09/cara-tukar-blogspotmy-kembali-asal-ke.html

      Delete
  3. wahh .. makaseh la ..saya dah buat smua dah, dah tukaq dot my jadi dot com dah, tapi tetap sama jugak la .. depa kata benda sama jugak.. blogspot tak diterima ...huhu, ape nak buat dah x dak rezekiiii ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punye akaun ni dah buat masa 2014 lagi..pihak H12 Media ada bagi notification bermula 1.3.2015 domain blogspot diorang tak terima dah. kena ada domain sendiri baru boleh add website tu.

      Delete
  4. owhh ..ok la kalau mcam tu, trima kasih la noh .. moga terus masyuk ..huhu

    ReplyDelete
  5. Cik akak dah lama tak aktif...pernah letak juga letak dulu..waktu tanya nick.
    Tapi sekarang dah tak ingat dah pasword bagai

    ReplyDelete
  6. tahniah...bertambah rezeki lagi syukur alhamdulillah...teringin juga nk cuba.

    ReplyDelete
  7. owh x pernah cuba lagi....
    lpas ni boleh apply..hope x kena reject hehehe

    ReplyDelete
  8. iklan H12 ni mengganggu kandungan blog tak? maksud saya menutup entri kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iklan H12 tak ganggu blog sebab ia jenis iklan statik..ada banyak jenis iklan yang boleh dipilih..cuma jangan pilih jenis pop up walaupun jenis iklan macam ni yang banyak dapat earning.

      Delete
  9. dari arituh lagi dok baca entry nih sbb nak try..tapi tak try2 jgk..tapi hari ini dah daftar dah..tunggu dorang aprrove jer..terima kasih sbb share pasal ini..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.