Hasil Kumpul Duit Mengikut Hari Dan Warna Sebanyak RM5580 : Wishlist 2016

Kumpul Duit Mengikut Warna l Apa yang aku perhatikan sekarang ni...bermacam-macam cara simpan duit sama ada simpan duit untuk kahwin, pergi travel, beli rumah, beli kereta dan sebagainya. Simpan duit dekat bank yang tu dah biasa kita dengar. Ada jugak yang cakap simpan duit dah tak relevan sekarang sebab mata wang semakin jatuh. Lebih baik simpan emas jenis gold bar.Yang paling uniknya ada yang simpan duit mengikut hari dan  mengikut konsep warna duit. Bayangkan sebulan ada 30 hari dan kalau simpan duit RM1 mengikut konsep hari, anda dah dapat RM465. Sebagai contoh :

1 hb : RM1
2hb  : RM2
3hb  : RM3

Sehinggalah sampai 30hb dimana perlu menyimpan RM30.

Jumlah keseluruhan yang terkumpul untuk sebulan ialah RM465. 
Nampak sikit pada mulanya, tapi bila dah terkumpul hampir RM500 jugak tu. Sekurang-kurang dah boleh buat bayar bil elektrik, bil air dan utiliti lain. 

Bayangkan kalau kumpul selama 12 bulan? Anggaran yang dapat hasil daripada simpanan ialah RM5580.

Duit simpanan aku mengikut warna..duit dah ada, tapi tabung entah ke mana..hehe

SIMPAN DUIT MENGIKUT WARNA

Cuma sekarang ni, aku berminat dengan konsep simpan duit mengikut warna. Contoh, simpan duit dengan memilih warna hijau RM5 atau memilih wang berwarna merah RM10. Tak perlu simpan setiap hari, cuma pastikan bila wang yang berwarna tertentu wujud dalam dompet, segera ambil untuk simpan dan dilarang membelanjakannya.Begitu juga duit syiling boleh memilih untuk menyimpan syiling 50 sen sahaja. 

So, ini adalah antara wishlist aku untuk tahun 2016. Simpan duit untuk travel ke Korea. Baca artikel ini Waktu Yang Terbaik Melawat Korea. Dah lama sebenarnya bercadang nak pergi sana tapi kewangan yang menghalang. Cuma kalau simpan duit sendiri, kena ada disiplin yang tinggi. Pastikan duit yang disimpan tu tak diusik. Jangan bila tengah pokai, duit tu jugak yang digunakan. 

Jealous tengok orang yang dah berjaya kumpul duit mengikut warna ni. Ini yang menaikkan nafsu dan motivasi aku untuk ikut jejak langkah diorang. Apa kata mulai tahun depan, kita ubah sikap dari suka berhutang atau suka shopping ke suka menabung?  Amacam..ada berani?

Hasil Kumpul Duit Mengikut Hari Dan Warna Sebanyak RM5580 : Wishlist 2016 Hasil Kumpul Duit Mengikut Hari Dan Warna Sebanyak RM5580  : Wishlist 2016 Reviewed by Nick Nashram on 14:34:00 Rating: 5

7 comments:

  1. Oh sudah...cik akak nie nick...cakap pasal duit simpanan...huhuhu..asyik tabungan...lepas tu korek balik..bila nak penuh..

    ReplyDelete
  2. ada juga buat sebulan.. janji kena disiplin diri lps simpan takkan guna.

    ReplyDelete
  3. azam 2016...kena simpan duit ikut warna! *tekad!*

    ReplyDelete
  4. Huhu akam kucoba juga azam 2016 menabung hehe

    ReplyDelete
  5. Duit gaji selalunya xde balance utk menabung.. hehe

    ReplyDelete
  6. Menabung memang perkara paling best sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. macam menarik.. nak buat jugak

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.